Sunday, February 20, 2011

pelajar UM hilang

jeng..jeng...jeng..tgk tjk entry pun dah suspen kan? Tak suspen? ok tak pe..tak mou kawan..ahah..

dear MRM (singkatan tuk MIORY STORY MORRY..mls nak tulis panjang-panjang)
   pagi ni perumahan tempat tinggal aq gempar dengan misteri kehilangan pelajar UM..hissyy..terkejut aq bila dapat berita tuh (mcm de kaitan ngan aq je). pagi tadi tengah aq syok tengok cerita kartun kat tv (cm bdk2 je even dh umur 16 thn) tiba-tiba aq dengar suara orang duk bising-bising kat luar. dok ketuk pintu rumah orang. aq ingat orang nak jual barang so malas la nak ambil kisah, cepat-cepat aq tutup pintu rumah tak nak kasi orang jual mai (jahatkan?). memang bising la kat luar tu orang duk ketuk pintu kuat-kuat macam nak pecah rumah (tiba-tiba aq jadi takut pulak) bagi salam pun kuat..hussgghh.. aq masih lagi buat bodoh dalam rumah tu macam tak de apa-apa yang terjadi..pastu mak aq jenguk la kat luar nak tengok apa kes bising-bising kan? sekali terserempak lak ngan ayah aq kat luar pintu rumah (baru balik dari berjalan ngan cucunya) mak aq pun tanya lah pe hal yang terjadi. so ayah aq pun ceritalah benda yang berlaku. aq pe lagi pasang telinga sekali la nak dengar.

     Ayah aq pun cakap la ada pelajar UM hilang kat sini. sekali lagi aq terkejut. rupa-rupanya yang bising-bising tu bukan orang jual barang tapi orang cari orang..faham?. ceritanya begini pelajar UM yang hilang merupakan seorang wanita dan dia merupakan calon pilihan raya kampus diorang. so semalam diorang ni ada la datang kawasan rumah aq coz nak kutip undi (betul ke? ala yang masa pilihan raya tu calon pilihan raya nak menang datang kat rumah orang nak mintak undi lah kan? aq tak tau la..lebih kurang cam tu la). Si calon pilihan raya ni datang la dengan kawan-kawan dia kat sini. nak dijadikan cerita. si pelajar UM yang hilang ni nak beli top-up kat bawah flat aq. dia turun la sorang-sorang, kawan-kawan dia yang lain ni tunggu kat atas.
 
    Tunggu pun tunggu tuan badan tak sampai lagi. tunggu lagi tak sampai gak. pastu diorang carilah pelajar ni tapi tak jumpa. so dorang syak kawan dorang ni kena kidnap..waaaa takut lagi. cari-cari tak jumpa gak so mesti lah pelajar ni hilang kan. impossible la kalau dia ni g mana-mana sampai tak inform kat member dia. dah la dorang mengundi esok hah memang sah la dia kena kidnap ngan sapa-sapa yang ada niat jahat kat diakan?. biasalah kalau bab undi-mengundi ni macam-macam perkara yang boleh terjadi diluar jangkaan kita. tak baik la buat cam tu kan? biasalah kalau mengundi ni ada yang kalah and menang. jangan sampai ikutkan perasaan badan binasa tak pasal-pasal masuk jail kalau disabitkan kesalahan (mcm polis lak aq ni). ok berbalik pada cerita. akan ni still lagi tak jumpa gak.

    operasi mencari pelajar yang hilang pun bermula dari semalam sampai hari ni (setakat sekarang). Meraka semua mencari di kawasan sini dan aq pun usha la sekali nak tau pe yang terjadi. tengok ramai gak yang terlibat dalam operasi mencari ni tak tertinggalan jawatan kuasa perumahan ini juga membantu mencari pelajar itu sekali. ( sungguh terharu di situ..tak tau kenapa T__T ). aq pun tengok sekali tak tau nak wat pe lagi kang aq menyibuk tak pasal-pasal aq yang kena. dalam ramai-ramai orang tu tiba-tiba mata aq tertatap pada seorang abang ni..masya-allah..mata aq tak nak berlalih lah pulak (tengok sempat lagi nak mengatal)haha..so operasi mencari masih dijalankan kut sekarang ni..

    apa yang aq boleh cakap ialah semoga akak tu elamat dan dijumpai dengan selamat..amin..sama-sama lah kita berdoa.

1 comment:

  1. hi...
    nyh blogwalking untok ary nyh...
    so jgn lupe jadi follower i k...
    i follow u,ufollow me...
    tq..

    Entry Terbaru:cara buat snow text guna adobe photoshop

    ReplyDelete

kata2 dari korg yg wt aq tersenyum :)