Saturday, July 30, 2011

perkhemahan pengawas : jangan tak disiplin lak lepas ni ^_^ (part 1)

assalamualaikum,,

dua hari aq tak de kat rumah. mana aq pergi? hilangkan diri? wahhh...semua itu tidak benar sama sekali. sebenarnya aq pergi kem pengawas kat sekolah. aq jadi pengawas? macam tak percayakan? budak yang selalu bercakap masa perhimpunan, malas nak beratur and selalu wat pekak bila pengawas tegur tiba-tiba jadi pengawas? jangan terkejutnya kerana keajaiban boleh berlaku. wahhh ayat tak boleh blah.

kem yang aq join ni dua hari je. kenapa sekejap sangat? kau jangan tanya aq. pergi tanya sir terrence, guru pengawas aq. haha. walaupun dua hari aq rasa macam seminggu duk kat situ.(haha ayat tipu di situ). yang kawal keseluruhan kem ni atau selaku komander kem ni bekas ketua pengawas tahun 2010/2011. bapak tagas aq cakap kau!. salah sikit siaplah kena ketuk ketampi. tapi semua tu aq dah biasa. sapa yang tak biasa balik kang sakit lah kaki korang. okey aq nak cite pengalaman aq dua hari kat kem tu.


hari pertama tu iaitu hari jumaat. pendaftaran peserta pukul 4. pastu semua kena pergi kat dataran and abg fasilitator tuh pun kenalkan lah diri dan peraturannya. tak sangka abg and akak yang aq tengok sebelum ni kepala 2 X 5 cam aq boleh jadi tegas and garang nak mampus kat kem. baru je mula sesi ice breaking dah kena ketuk ketampi sebab tak de kerjasama. sakit hati pun ada masa tuh. pastu sesi ice breaking tamat terus bagi kumpulan. kumpulan aq best! dapat akak and member kumpulan yang gempak. kau ada?

masa sesi ice breaking ngan member group, kena bagi nama singkatan. aq tak tau nak kasi nama singkatan untuk aq sendiri. gila bukan?. lepas terguling-guling, meniarap kat situ pastu siap buat lompat katak lagi aq pun cakap la "pangil zie" singkat bukan?. lepas dah habis turn aq tiba-tiba terasa nak tukar nam lak sebab nama yang aq kasi tu mengelikan  (kut!). pastu aq cakap r "eh korang nak tukar lah, jangan pangil zie. panggil ziera" hah tuh lah. sian kat dorang yang lain penat perah otak kanan kiri ingat nama aq zie pastu sedap lidah aq je nak tukar pulak. tersasul-sasul nak panggil nama aq masa sorang2 kena ingat nama member grup.


malam kebudayaan lagi best and ade benda yang tak diingini berlaku. nak tau apa dia...jangan lupa saksikan sambungannya okey!


gotcha!!

Sunday, July 10, 2011

MURALYSM SHOP OPENING CONTEST

assalamualaikum, 


tadi usha FB jap tengok apa yang ada pastu ada sorang ni add aq masuk dalam group dye. aq un terima dan usha jap sekali dye de wat contest. ni hah


  
   

    so hati aq tergerak nak join jugak! shawl yang dye jual semuanya cantik macam tuan dye kau tau! serius aq cakap, tak bohong pun. ni link blogshop dye right klik please kalau korang nak join pun boleh tau! aq sure punya kalau korang tengok shawl yang dye jual mesti tertarik and rasa nak beli jew! aq pun rasa nak beli cuma duit susah sangat nak keluar dari wallet..hahaha..

    shawl2 yang dye jual semuanya menepati cite rasa muda mudi sekarang ni. kalau korang rasa susah sangat nak cari shawl yang cantik lagi cun hah kini korang tak perlu bimbang lagi kerana muralysm shop ada segalanya! jangan lupa terjah and beli banyak2 ok!

kalau korang nak join contest ni pun boleh tau, tapi de syaratnya.. jeng jeng jeng..inilah dye ^_^
Cara Nak Join Contest ! ;)

  1. Firstly, korang WAJIB follow Blog Muralysm Shop . Kalau nak follow BLOG TAUKE MURALYSM SHOP pun dialu-alukn .
  2. Tampal notis contest ni dalam entry korang dan letakkan link Blog Muralysm Shop dalam entry tersebut .
  3. Wajib letakkan gambar contest sebagai banner dalam blog korang . (tak kesah sidebar kanan ke kiri, letak kt bawah pun ok! )
  4. Buat entry mengenai Blog Muralysm Shop untuk promote kat kawan2 korang . Entry korang haruslah menarik dan buat kawan2 korang excited nak terjah Blog Muralysm Shop! ;))
  5. Next, buat ayat yang bestgilekreatif tidak melebihi 10 patah perkataan . Ayat yang terbaik akan digunakan sebagai MOTTO Blog Muralysm Shop .
  6. Buat tajuk entry korang macam nie รจ “ MURALYSM SHOP OPENING CONTEST “ .
  7. Tinggalkan link entry korang diruangan komen entry contest ni untuk dinilai .
  8. Lastly, tag kan 5 orang kawan korang untuk join same2 contest ni ok! ;))
Hadiah

1st Price :
1 China Pashmina & 1 Satin Shawl

2nd Price :
1 Satin Shawl

3rd Price :
1 China Pashmina



  hah tengok lah hadiah dye..keluar air liur basi tau! dalam banyak2 syarat tu ada syarat dye yang kena wat ayat :

bestgilekreatif tidak melebihi 10 patah perkataan .
    
so setelah perah otak kanan, otak kiri tungang terbalik..habis satu buku reka... idea pun kontang so ni jew lah aq dapat buat..hopefully ok..

                                         nice to see, soft to touch and beautiful to wear


nak tag sapa nye?? ehh so ni lah dye!
                  *nadz si budak pemalas*
sorang lagi untuk sesiapa yang teringin tau! semua pun boleh join..




gotcha!!!



   

Wednesday, July 6, 2011

KOT peringkat sekolah

assalamualaikum,,

semalam bersamaan 05/07/2011 bertempat di stadium panasonic, shah alam telah berlangsungnya majlis Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat sekolah smk sri pantai .. wahhhh dah macam buat laporan pulak. okey la semalam aq stadium panasonic tu sebab ada KOT. aq masuk kawad kaki badan beruniform ppi (pergerakan puteri islam). semua rumah sukan and badan beruniform terlibat sama. kalau dah namanya kawad memang kena berdiri je la kan? memang lama la jugak berdiri dengar ucapan semua segala. and so on la..


habis kawad kaki, pertandingan larian rumah2 sukan pulak.. aq tak ambil bahagian dalam larian ni.. aq x mau la masuk larian nanti comform3 aq kalah punya. orang lain dah sampai dulu aq masih terkedek-kedek macam itik berlari. aq memang tak suka lari.. sapa yang lari ngan aq sure2 la orang tu menang. aq ni lari macam berjalan je.. teruk kan? aq kalau lari mesti ketinggalan..even kawan aq yang lari ngan aq un tinggalkan aq kat belakang. dalam hati dorang mesti cakap "lembab tul dye ni lari' betul kan? jgn tipu. aq memang lembab pun lari..apa kau kisah?


sebab tu lah aq selalu lari sorang2 kat belakang sebab semua kawan aq tinggalkan aq..nasib badan lah kan.. aq tak tau kenapa tapi tiap kali aq lari mesti semput. sakait kat bahagian pinggang dan perut. baru lari satu meter perut aq dah sakit. kena lah jalan supaya sakit tu reda. dah tak mau citer pasal lari. tutup.

pertandingan kawad kaki aq tak menang. memang dah agak dah dari awal. bukan sebab kawad tak betul tapi ada la sebab yang aq rasa aq patut simpan sendiri. kite kalau kawad ni tak leh duk sebelah BFF kan sebab nanti asyik bercakap je. betul tak? malas nak citer panjang. ni aq sajikan sedikit gambar. gambar ni aq cilok kt kwn aq. jgn marah naaa.. :)

mana aq ni??? oh x nmpak coz aq kat belakang



nak gak aq cuba sume aksesori tue

bila dah bosan ni lah jadinya..

kat tengah padang pun jadi lah..

tarian satu malaysia..kawan kelasa aq ramai yang masuk ni...cute dorang :)

bila bosan lihat orang berlari.. ni lah keja kami :)

hah ni la ckgu aq. .yang pakai tudung biru tu ckg puteri islam..yg pakai  tudung pink tu ckg kh aq thn lepas. dye mengandung sekarang ni.. kiteorang suka usik perut dye kalau jumpa. dye bengang je =_= :) hahha


ehh!!??? asal tiba2 gmbr ni tersesat pulak?? aq ambk kt pakcik google..

okey tu je lah... see u next time :)



gotcha!!