Sunday, February 27, 2011

2 in 1..boleh??

hai semua, salam berhujung minggu!
                                                                       
                                                                     EXAM (tjk entry)
     demam exam dah habis last week. 1 minggu otak aq bekerja keras nak ingat semua subjek. baru test 1 belum lagi ujian pertengahan tahun n akhir tahun mau pecah agaknya otak aq ni nak kena putar balik topik belajar sebelum-sebelum ni T__T. dah la aq kena bersaing dengan classmate aq sendiri yang semuanya pandai-pandai cuma aq je yang tak pandai (sdg merendahkan diri). betul aq tak pandai..x caya ok korg kasi soalan budak universiti punya cuba tengok aq boleh jwb or tak. (haha..ketekejalan di situ). ok nak tau komen aq psl paper tu semua..mari kita ikuti..:

B.MELAYU: alhamdulillah aq boleh jwb cme ada bahagian B tu dia suruh kasi peribahasa berdasarkan petikan yg diberi mampus kau..otak aq tersekat tak tau nak letak peribahasa aq. dah la aq tak pandai berperibahasa sangat ni nak suruh kasi peribahasa yg sesuai dengan petikan tu..nasib baik petikan tu senang n ada la peribahasa yang aq tau sikit-sikit. tapi keseluruhannya ok la paper bm.

ENGLISH: hahahahaha..(mari ketawa sama-sama) ni senang mcm kuaci je (org suka gne kacang goreng kan. tapi aq nak gne kuaci..len skt). tapi ada bahagian2 t'tentu aq careless skt..sedih sikit di situ tapi tak pe la benda dh lepas.

MATHEMATICS: hah ni satu lagi senang mcm kuaci. pejam mata pun boleh buat (ckp besar kjp).. saya sayang ckg (bg soalan senang sayang la..kalau soalan susah I hate you..eh x la..)

SEJARAH: salah 1 subjek yg diisytiharkan wajib lulus (benci betul!). tapi nasib baik soalan yang dia kasi senang n aq boleh jawab hanya dalam masa setengah jam..senang kan??korg boleh jwb setengah jam? haha..tapi dia aq masuk bab 2. dah la aq tak belajar lagi sekali dia masuk daa..otak aq jam lagi..soalan tu aq tinggal last sekali. 3 minit terakhir baru aq wat menggunakan kuasa baling dadu..(anda sendiri tahu bukan bagaimana baling dadu?)

P.ISLAM: baru je hbs jumaat lepas. senang gak..cume soalan pasal makna ayat al-quran je aq terkial-kial nak buat sebab tak tau..huhu

ADD MATH: malas aq ak ckp pasal paper ni..soalan yang dia kasi masya-Allah tak terfaham aq..nasib baik 2 soalan je kalau tau..tunggu la buah tangan dari ckg..

PHYSICS: hanya mampu bertawakal je kat paper ni.

CHEMISTRY: alhamdulillah aq boleh jwb. thank ckg!! saya sayang ckg.(hanya ckg n aq je tau pasal apa aq ckg syg..hehhe)

BIOLOGY: waaaa..waaa..soo..sob...sob..sob (nak nangis jap..jangan kacau! klu nk join pun leh) waaa...waa...maaakkk...sob..sob..sob (jap lap hingus meleleh)..waaaaa...aq akan menangis bila dapat paper ni nanti.. MAAFKAN SAYA CIKGU..lain kali saya tak buat lagi..lain kali saya buat betul-betul sampai dapat A+..insya-Allah

Dah habis topic pertama.. tu je komen aq pasal semua paper yg aq ambik ...masuk topic len pulak



                                                                     MOTIVASI 
    dah habis pasal exam kita masuk pulak pasal aktiviti yg aq buat semalam. ok semalam aq ada motivasi kat TAKAFUL IKHLAS anjuran TAKAFUL IKHLAS tu sendiri la. motivasi ni mengenai kejayaan di dunia dan akhiran  & bagai mana menjadi pelajar cerdik dan baik. motivasi ni antara motivasi yang best pernah aq pergi. sebab aq aq cakap best? sebab sebelum-sebelum ni semua program motivasi yang aq pergi semuanya hanya duduk di kerusi and pasang telinga je tanpa pergerakan tapi motivasi yang di anjurkan oleh TAKAFUL IKHLAS ni dia bukan sahaja kita duduk kat kerusi and pasang telinga tapi dia banyak melakukan pergerakan seperti game. penceramah yang memberi motivasi ti ada 3 org..abg arif, abg bad
(bkn bad dlm majika tu ek) and Tok wan (tak tau nama dia. dia yg suh panggil cm tu).

     PAling best dia kasi grup and grup mana yang dapat merkah terbanyak akan dapat markah. nak tau grup aq nama apa? hah grup aq namanya RABIATUL ADAWIYAH.. islamik kan nama tu? sebenarnya bukan grup aq yang nak nama tu tapi abg fasilitator tu yg kasi. tapi aq suka nam tu..sedap sangat. motivasi yg dia kasi memang best and menyentuh hati gitu expecially slot ke-3 iaitu slot bertajuk penghalang diri..waaa...sedih betul slot ni.meyentuh hati.

     Setiap grup kena aq kata-kata semangat and grup aq punya memang la kelakar terkejal pun ada gak semua ye dtg dari idea aq yg gile2 tu..wat malu je. nasib baik majoriti yg hadir tu perempuan kalau lelaki maunya aq sorok muka dalam kain meja tu hahha.. tapi grup aq semuanya sporting habis. grup kiteorang memang hyper nak mampus. ada bab nyanyian tu memang grup kiteorg balun r expecially aq. dah la suara tak sedap boleh lagi nak nyanyi. semua lari, tone lagu tu pun aq main belasah je. nak dapat markah punya pasal..haha.

    bab makanan lak memang sedap..3 kali sehari makan. sampai malam pun kenyang lagi. Pagi tu dorang sajikan kami mihun goreng, nugget and onde-onde or kuih melaka..sian kat orang yg beeratur belakang sekali tak dapat nak makan nugget coz dah habis mana tak nya semua ambik 3 4 biji sorang. memang tak sempat r yg kat belakang tu. aq? kalau nak tau..aq la orang pertama yang keluar dewan tu and orang pertama yang ambik makanan.orang lain ambik makanan aq dah habis makan and dalam besen letak makanan tu gak la pinggan aq yg pertama..hahaa..cepat je pasal makan..makan tengah hari pulak nasi putih, ayam kicap (my favourite tu), sayur campur (x suka sayur..thats why aq kecik), and tempe (memang sedap r tempe.. i like), buah tembikat tidak dilupakan. air oren je..tapi lega tekak lepas penah menjerit haha.. makan petang lak dia kasi bubur nasi, karipap and muffin (muffin tak sedap, krim banyak ..aq tak suka krim!!) and air tea o panas..fuhhh..sedap..

    Majlis penutup diadakan di surau selepas solat asar berjemaah. Ucapan penutup disampaikan oleh TOK Wan dan tibalah masa yang di tunggu-tunggu oleh semua. keputusan grup yang dapat markah tertinggi..jeng jeng jeng (kasi suspen) kumpulan yang dapat markah tertinggi sekali ialah kumpulan...................................
RABIATUL ADAWIYAH...wahhhh kumpulan aq tu..kumpulan aq tu..hahah..sebagai katua kumpulan aq pun dengan segan silu pi ambik hadiah..hahaha..malu kut time tu! markah yg grup aq dapat 180. banyak gak la..berbanding yg lain haha..tak sia-sia tekak aq sakit menyanyi lagu yg tonenya lari haha..

   habis je majlis penutup tu balik la kami semua..selamat tinggal..program yang best!


ok menurut tajuk entry aq yg paling atas sekali terbukti benar iaitu 2 story in 1 entry..sebenarnya nak buat 1 story je tapi terasa nak buat dua lak..so hopely u all enjoy.. ^_^



gotcha!!

No comments:

Post a Comment

kata2 dari korg yg wt aq tersenyum :)