Saturday, November 26, 2011

bila dah salah faham, semua benda tak jadi ! dushh!!

assalamualaikum,,


muka aq sekarang ni..haha *tipu

  kepala aq sakit ni. berdenyut-denyut. rasa macam nak cucuk dengan chopstick je. tak pun guna gunting. sakit sangat tapi still boleh mengupdate blog ni. ermm..aq tengah sedih ni :(. betullah kata orang kerana salah faham semua hancur! aq benci dengan perkataan 'salah faham', benci sangat. dan aq tak suka bila orang salah faham dengan apa yang terjadi. boleh tak jangan judge orang senang-senang je? boleh tak fikir dulu sebelum cakap macam-macam? boleh fikir tak perasaan orang? ahhh..semua tu hanya aq mampu persoalkan kat sini je. untuk katakan pada dia aq tak mampu sebab aq hormat dia sebagai seorang yang lebih besar dari aq.

sekarang ni aq dah malas nak layan dia. mak aq pun cakap jangan layan dia. tapi apa yang aq boleh cakap si 'dia' memang melampau yang teramat. kesabaran seseorang masih ada hadnya. ayah aq cakap buat macam tak ada apa2 berlaku je nanti kita pulak dapat masalah. yes pretending like nothing happen :) i hope i can :). tapi rasanya mungkin lepas ni susah untuk aq berdepan dengan dia lagi. dan untuk si 'dia' tolong jangan babitkan kawan aq sekali dalam hal ni. kalau aq nila tolong jangan sampai rosakkan susunya . erkk?



p/s: makan satay lagi best! yummy ^_^


gotcha!!

Tuesday, November 22, 2011

tahniah di atas kejayaan tapi jangan mudah putus asa

assalamualaikum,,



          tahniah kepada semua pemain malaysia sebab menang sukan sea bola sepak. korang dah kalahkan indonesia! waahh walaupun korang menang base on penalti tapi ianya satu usaha yang bagus!. mula-mula aq tengok bola, pastu bila dah terikat 1-1 sampai masa tamat aq dah bergerak menjelajah ke seluruh pelusuk rumah dah. tak betah duduk kat kerusi ruang tamu tu lama-lama. bila masa di sambung aq naik malas nak tengok. takut hampa. huh! yolah tu. masuk bilik. bukak lappy pasang internet. buka facebook ramai duk tulis pasal bola! naik juling baca. tapi oklah sekurang-kurangnya korang sokong dan bagi kata-kata semangat kat pasukan malaysia tapi tak kurang jugak yang belum apa-apa lagi, belum habis perlawanan lagi duk hentam pasukan malaysia. kata macam-macam bila tak gol. main tak betullah, lembik lah, itu lah ini lah. cuba korang yang main of course korang akan faham mereka.

jangan asyik nak salahkan pemain je kalau mereka tak beri apa yang kita nak sebab mungkin mereka dah buat yang terbaik tapi dah itu hasilnya nak buat lagu mana. terima je lah asalkan mereka dah buat yang terbaik. adatlah manusia bila menang puji, bila kalah keji.. tak paham tak paham.. aq ni nak kata fanatik bola tu tak lah tapi bila gol aq lah yang paling bising dalam rumah duk menjerit tak sudah-sudah macam nak roboh rumah. kalau di beri pilihan antara MALAYSIA, MANCHESTER UNITED, LIVERPOL, ARGENTINA, CHELSEA, and so on lah. korang akan pilih mana? kalau aq, aq akan pilih malaysia tak kira macam mana pun sebab aq sayang Malaysia dan akan terus sokong malaysia. malaysia tempat aq lahir so aq tak akan khianati negara aq sendiri (patriotismanyaa!!)dan lagi satu aq bukannya kenal pun pasukan dari luar negara tuh semua so aq tak minat lah dorang. hoho. ^_^

kesimpulannya, korang jangan lah nak memandai buat spekulasi tak tentu pasal. cuba tenangkan fikiran dan fikir balik. lagi pun aq tengok tadi pemain malaysia semuanya kepenatan. yelah cuba kau bayangkan dah lah main 90 minit pastu masa tambahan lagi yang entah berapa minit. kalau aq lah dah lama semput, pancit, berbirit sekali kat padang tuh. penah doh nak berlari setiap masa. rasanya kalau aq berlari selama 90 minit boleh kurus kedemping agaknya. dahlah aq benci larian. hoho. tapi aq heran betul dengan pemain indonesia yang sorang tu, tak silap aq nama dia DIEGO kut.. betul ke? aq rasa-rasa tuh nama dia. aq ingat go go je kat belakang. ala pemain import kut rasanya. rambut smart beb! rasa nak tiru je.hoho. ok aq bukan nak cakap pasal rambut tapi ketangkasan dia berlari. kejap aq tengok dia kat pertahanan pastu bola terpelantun je aq tengok dia kat bahagian penyerang. cepat gila dia berlari macam superman kejap sana, kejap sini. cuba pemain malaysia lari cam gitu mesti best. ok dah tak nak puji lebih-lebih. cukup setakat itu sahaja. kang kembang tak kempis-kempis. aq pun nak jugak lari laju-laju. segan doh tiap kali berlari dengan member-member aq,  orang yang terakhir sekali mesti aq. benci betul! even kawan aq yang badan lebih besar dari aq pun lari lagi laju dari aq. agaknya aq ni larian kategori siput kut. hoho. ok tak mau cerita banyak-banyak, nanti muak (macam pantun tak?). puuiihhhh!! 








gotcha!!