Saturday, August 27, 2011

kelantan kawe mari doh, kuala lumpur googbye bebeh!!

assalamualaikum,

sekarang ni aq ada kat kelantan, my hometown, semalam bertolak pagi sampai petang owh. penat aq duduk dalam kereta lam-lama sampai pinggang sakit. nak tidur pun tak best sebab asyik bergoyang-goyang je kereta tu. sampai je kampung aq teruskan hajat tidur yang tergantung masa dalam kereta tu. duduk relax2 jap terus terlena sampai petang.bangun solat asar jap, pastu ingat nak sambung tidur balik tapi tak boleh tutup lak mata.


pastu tak dapat tidur ingat nak online jap tapi line pulak tak de kat village i ni. spoil sikit ingat baru je nak update. kecewa punya pasal aq tak bukak. my grandmother wat nasi kerabu. sedap sampai teringat-ingat sekarang ni tau.


jap lagi i nak balik village my father lak. rasa pertama kat sana pastu petang aya tu balik rumah nenek aq blah mak pulak. nasib baik dorang satu negeri so tak yah nak gaduh-gaduh balik kampung sapa. haha. okey lah nanti kite cite ag ye?



gotcha!!





Sunday, August 7, 2011

khas untukmu: NURHASYURA HASBI


assalamualaikum,,,,


        entry kali ni khas untuk kawan aq merangkap kawan sampai mati aq iaitu NUR HASYURA BT HASBI aq buat enry ni khas untuk dye sempena hari kelahirannya di muka bumi ALLAH ini. nak tengok muka dye? hah jap ye..harap bersabar..

cute bukan? hahha


hah! nilah dye birthday girl nya..hari ni bersamaan 07/08/2011..merupakan hari bersejarah bagi dye. and syura aq ada something untuk kau. baca tau !




kepada: SYURA
daripada: KAWANMU YANG COME LOTE (hahah...perasan jew)

masa mula2 aq kenal kau kita tak rapat pun..cakap bila perlu je. itu pun jarang. sebab kau rapat dengan haziqah. dulu masa aq tak kenal kau aq tengok kau tak lah menonjol sangat dalam kelas. kau suka buat hal kau sendiri je. tak pernah nak masuk campur hal orang lain. kita start berkawan pun sebab kau rapat dengan huda and masa kau start ada krisis ngan kawan kau. aq tak kisah kawan ngan kau. mula2 tu memang lah rasa janggal sikit sebab kau asyik berkepit ngan huda dan kami. nak cerita pun segan2,malu2 ayam. tapi bila dah lama2 kawan ngan kau aq jadi selesa dah tak malu2 ayam lagi. lama punya lama kenal, kita dah jadi rapat. kau masuk grup kami. tambah lagi sorang awek comot dalam grup (hahaha..gurau jew ok!). aq suka kawan ngan kau sebab kau tak hipokrit. sebab kau gila that's why aq suka kawan ngan kau. haha. sebab kau pandai nak sesuaikan diri that's why aq tak kekok. sebab kau pandai so senang aq nak korek ilmu kau banyak-banyak. kau apa lagi ye? ermmm kang puji banyak2 kau kempang tak kempis-kempis pulak. payah tuh.

last but not least! kau and yang lain adalah KAWAN TERHEBAT aq. kau and yang lain sanggup harung susah senang sama-sama (sob..sob..sobb..aq nk nangis lah pulak T__T) kau jenis open. bila aq ajak pergi mana-mana je kau tak pernah kata "tak boleh" sebab tu aq suka ajak kau. kau suka marah aq kalau aq buat benda bodoh,aq tak marah kau pun sebab aq tau aq tak pandai (tak nak cakap 'bodoh' sadis sangat bunyi) sebab tu aq berterima kasih kat kau. kau matang dari aq walaupun aq ni kalau ikutkan lahir dulu dari kau tapi aq perangai macam budak2..kadang2 malu jugak tau.orang tegur tapi...hahhaa (lupaka je lah)..  kau banyak support aq and yang lain no matter what. tapi satu je kau ni kuat tidur dalam kelas. geram tau tak! kau nak tau satu benda tak? aq malu nak cakap depan kau so aq tulis je lah..boleh? ni jujur dari hati aq..sungguh tak tipu!
aku............

                                                SAYANG KAU SANGAT-SANGAT (haha..malunya nak sorok!)

hari ni aq tengok ramai yang wish birhday kat kau di FACEBOOK.. aq? kau tertunggu2? aq tak nak tulis kat FB..aq nak lain dari orang lain. sebab kaulau aq tulis kat FB mesti panjang. tak dapat nak luahkan apa2 pun. sorry aq tak hantar sms wish birthday sebab kredit aq dah luput. nak topup malas nak gi bawah. penat so aq buat kat sini. supaya kau boleh baca. aq tak antar sms sebab nanti tak cukup perkataan. kat sini aq bebas nak luahkan apa je. syura ni untuk kau.....


                             TERIMA KASIH SEBAB SUDI JADI KAWAN AQ walaupun aq ni annoying kan? aq suka wat kau menyampah (aq tau tu) tapi nak wat macam mana sebab tu aq.

            TERIMA KASIH SEBAB SUDI TEGUR AQ. kau suka tegur aq bila aq de wat salah and kalau aq ni buat benda mengarut.

           TERIMA KASIH SEBAB SUDI DENGAR CERITA AQ walaupun cerita aq entah apa2. wat kau bosan je.

            TERIMA KASIH SEBAB KAU SUDI BERSABAR DENGAN AQ walaupun perangai aq macam budak2 dan suka wat kau malu dan...


TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA. hari ni hari jadi kau tapi aq tak tau nak bagi apa. sorry! harap kita akan kekal kawan selamanya. hanya mati yang akan pisahkan kita (ayat jiwang kut!). kalau aq pergi dulu dari kau aq harap kau halalkan segala salah silap aq. yang aq nak kau tahu satu benda je. aq bersyukur dapat kawan macam kau and aq sayang kau macam aq sayang diri aq. aku nak kau bahagia walaupun aq tak bahagia sebab bila aq tengok kau bahagia hati aq pun bahagia gak. 

                                        
                                                                                             ikhlas dari hatiku yang luhur,
                                                                                           hazirah



fuhh! panjang kan? nanti kalau kau dah baca senyap2 tau..malunya nak jumpa kau esok! serius cakap!


                                      HAPPY BIRTHDAY MY CUTES FRIEND!
                     
gotcha!!!

Friday, August 5, 2011

perkhemahan pengawas : jangan tak disiplin lak lepas ni ^_^ (part 2)

assalamualaikum,,

 hai,,dah baca yang  part 1 punya? kalau belum tunggu apa lagi, baca lah! haha.. aq dah janji kan nak sambung cerita pasal kem tu. dah banyak hari berlalu baru ada ilham dan hati nak write entry ni. kalau tak bertangguh lagi lah jawabnya. part 1 hari tu sampai mana ye?lupa lah pulak...ok jap nak remember balik..nak flashback balik ingatan jap...


ok i got it...masa malam kebudayaan kan? okey...dah sedia? sila pakai tali pinggang keledar anda masing-masing, kalau tak de tali pinggang pun jadi lah..sedia untuk berlepas...hahah mengarut sudah.okey, macam biasalah setiap kumpulan kena buat satu persembahan. tak kisah lah apa-apa pun asala ada persembahan. grup aq tak tau nak buat apa lepas terguling-guling, meniarap ratah ayam 3 ketul sorang dapat lah idea nak buat drama muzikal. kebetulan kawan aq ada bawak gitar memang daebak r! hero dye budak laki. dah mana pun hero mestilah lelaki kan takkan pondan kut. heroin dye..ala minah yang suka perasaan sorang2 tu..yang korang tengah usha blog dye sekarang. tak mau lah bagi tau nanti kontroversi lak! haha..


akak senior dalam grup aq yang bagi idea nak buat macam mana. kami yang kat bawah ni ikut lah. masa yang diberikan 20 minit. memang tak cukup r nak bagi idea tapi aq rasa 20 minit fasi tu cepat gile. baru nak keluarkan idea dalam kepala otak dia dah cakap 10 minit berlalu. tak patut betul! punya lah kelam kelibut kitaorang semua practise. tergelak-gelak time practise sebab kelakar + geli un ada. haha!. sekali visel dibunyikan dan pengawas semua kena duduk dalam kumpulan masing-masing. disebabkan mulut kami semua asyik pot pet pot pet tak henti-henti sampai faci naik hantu ngan kami. terus kami kena ketuk ketampi 20 kali. sorang silap buat balik semula. disebabkan kami bising penghulu yang kena teruk. dia kena duduk mencangkung and angkat kedua belah tangan kat atas ala yang macam banduan selali buat tu. ketua faci pegang pada satu prinsip dan dia amalkan iaitu


all for one, one for all. leader get more!
 dan disebabkan prinsip dye tu lah penghulu kami kena denda lebih teruk dari kami. bila dah ketuk ketampi biasa lah ada yang lambat bangun, cepat bangun secara tak sengaja dan faci ni pulak nak seragam je semua. dah banyak kali tersalah sampai lah sekali lagi faci naik hantu dan cakap. "aku bagi korang 2 peluang lagi kalau salah lagi.." kebetulan sir terence,guru pengawas ada kat situ. "sir saya nak syawal letak jawatan dye sebagai ketua pengawas" mak datuk sampai macam tu sekali. sir pun dengan hati yang girangnya cakap "ok, boleh" mak ayah lagi lah cuak budak0budak kat bawah ni. pastu wat la lagi sekali ketuk ketampi tu sekali ada akak sorang ni terbangun. hah mula la semua nak salahkan akak ni. aq? diam je malas nak layan cuz dah tau gimik dya. faci yang lain semua dah mengamuk siap suruk penghulu pack barang lagi nak halau balik. yang si penghulu tu pulak boleh diam tanpa cakap apa-apa. geram gak!

hanya ada satu lagi peluang sama ada penghulu tu terus kekal atau kena letak jawatan. ketuk ketampi sekali lagi dan masih ada yang salah. masa tulah faci semua mengamuk siap heret penghulu suruh balik lagi. si penghulu ni pulak ikut je la. kitaorang kat dewan tu dah kena maki ngan faci lain. aq dah mengantuk time tu nak je aku baring kat situ and tidur habios cerita. okey sambung balik. si penghulu tu pun datang lah balik nak bagi satu dua patah perkatan sekali belum dia nak cakap lagi aka faci dah rampas microfon and cakap "wei syawal kau balik sekarang! aku menyampah lah!" macam tu kut ayat dia. mak ai terkejut aq. tapi still relax lagi. yang lain-lain dah menangis tahap gaban.

aq tak faham kenapa dorang nangis? atau aq yang tak de perasaan? ah lantak lah. bila si penghulu melangkah ke kereta dia yang lain ni siap pi kejar lagi dia. tak kasi dia balik. aq yang akhir sekali. terpinga-pinga jap. kawan si penghulu dah naik hantu jugak siap naik atas kereta penghulu lagi dan baring atas tu macam superman. memang menakutkan. aq dah lari jauh-jauh tak nak masuk campur kang tak pasal-pasal aq pulak cedera di sebabkan gimik ni. aq tak keterlaluan sangat sebab aq ras asemua yang berlaku ni gimik je so tak rasa sangat la walaupun sedih sikit tu ada lah. semua pakat duk kerumun kat kereta penghulu tu siap tahan bagai. yang seramnya dorang sampai boleh bergaduh ngan faci sendiri. dan sadisnya penghulu tu aq tengok macam tak leh nak buat apa-apa pun, diam je. tak cuba tenangkan yang lain..(ye kut..)


bertekak lah dorang semua kat situ. siap gaduh bagai lagi. yang pompuan dah galak menangis. kalau di kumpul air mata tu maunya dekat satu baldi tong besar. tapi bagus gak dorang menangis sekurang-kurangnya mereka menunjukkan kasih-sayang mereka kat penghulu..huhuu betul ke? haha..lama gak la perbelahan tu berlaku and akhir sekali terlerai gak. semua diperintahkan masuk dewan. akhirnya penghulu tak jadi balik. aq dah agak dah. faci pun cakap lah yang dorang wat ni semuanya saja-saja je. gimik biasalah kem mesti ada nangis-nangis punya. fuhh!. selesai tu semua. malam kebudayaan dah nak mulakan. ambik kau dlam group aq dah pakat nangis macam mana nak berlakon kalau semua muka sembam? aq pun cuba lah bagi semangat sikit..supaya akak tu tak down sangat. and persembahan berjalan seperti biasa. risau gak sebab akak tu tak de mood gara-gara incident tu..issstyyhh..kalau dye terus down tak tau la apa jadi kat persembahan group kami.


lepas je habis persembahan tu ada night walk and OBH (operasi burung hantu). yang tak boleh blahnya masa OBH tu boleh pulak hujan habis masah satu badan. sekejap je duduk terus dia panggil balik. night walk pulak kena jalan sorang2 keliling sekolah. dah lah sekolah tu penuh dengan cerita misteri and menakutkan persekitarannya sebab sebelah tu ada hutan. tapi aq kuatkan semangat. masa turn aq tu tak silap aq pukul 4 k4 5 tah so terang sikit..aq jalan stady je tak gabra-gabra siap senyum lagi kat 'hantu' tu. masa kat kawasan kantin tu dorang ada letak kerusi dan seretkannya. tapi aq wat bedek je tak hiraukan.pastu tengah syok2 jalan aq kena sergah..mak datuk termelatah aq jap kat situ..haha..terus aq jalan-jalan sampai la kat satu tempat berkumpul. dah la badan basah sebb hujan pastu sejuk pulak tu dengan embun pagi. mengigil-gigil aq tahap dudud sebelah ice cube dah.


sambil tunggu semua orang, aq apa lagi tidur lah. tak kuasa aq nak berjaga. dah lah tak tidur dari pagi sampai night walk tu..maunya mengantuk tapi suhu badan aq tak mengizinkan aq tidur dengan selesa. jap jap bangun jap jap tidur...begitulah sampailah semuanya selesai. selesai je semua aq terus balik dorm manti,tukar baju, tidur jap. bangun-bangun kepala sakit cuz tidur tak sampai satu jam. badan memang penat lah. sakit semua sendi. hari kedua tu hari yang biasa je. penuh dengan ceramah. nasib baik cikgu bagi ceramah yang tak membosan kan kalau tak maunya aq buat kilang taik mata dengan air liur basi kat situ dari awal. tapi tak. balik-balik rumah, lepak jap lepas lelah 2 hari bercamping. aq duduk kat katil. usap tilam tepuk-tepuk bantal, betulkan kedudukan, baring ikut keselesaan, letak kepala kat atas bantal,pejam mata..selamat tinggal dunia realiti selamat datang dunia fantasi...Zzzzzzz....


esoknya bangun2 badan sakit. jalan pun  terinjut-injut. tahan. nak buat macam mana biasalah kalau pergi kem mesti sakit punya satu badan. tapi kem ni tak seteruk kem pengawas masa aku form 2..fuhhh tu lagi sakit badan. sampai nak bangun pun kena perlahan-lahan.
   so tu je lah cerita aq pasal kem pengawas..oh yang satu lagi ayat yang faci tu selalu cakap dan aq suka dengan ayat tu..ianya adalah

                        you are the leader not a follower!
 yah! im the leader! sekarang semua pergi tidur...go go..hahaha



gotcha!!

Wednesday, August 3, 2011

testing only




now i feel like i want to fly
did anyone wanna join me?
let's fly together...

muahhahahaa