Monday, December 19, 2011

kenapa dalam banyak banyak tempat ZOO NEGARA jugak jadi pilihan aku?

assalamualaikum,,

aq tak tau kenapa sejak dua tiga menjak ni keinginan aq nak pergi zoo negara tu membuak sangat. nak kata ada yang menarik tak jugak. yang aku dapat tengok hanya binatang-binatang yang aku sendiri dah selalu tengok. kalau korang tanya aku sekarang ni pun tempat mana nak pergi waktu cuti-cuti sekolah ni aku akan suggest zoo negara. jangan tanya aku kenapa aku pilih tempat tu sebab aku sendiri tak tahu kenapa aku pilih tempat tu tapi apa yang aku tahu dan pasti aku nak sangat pergi sana. aku ada cakap dengan mak and kakak aku suruh pergi sana. kau tahu apa reaksi dorang? KETAWA. hah tu lah reaksi dorang. siap akak aku cakap "kesian,,tak pernah pergi zoo ke? hahaha". okey!! gelak lah gelak.

aku tau selalunya tempat-tempat cam gini budak-budak je pergi. nak nak budak-budak tadika rasanya kalau buat lawatan.. zoo nagara tak pernah miss. aku masa kecik come lote dulu pun pergi zoo jugak. cikgu buat lawatan.bila dah besar ni payah lah nak jengah tempat-tempat cam gitu ye idak?.. aku tau tempat-tempat cam gini gak mesti tak ada dalam senarai lawatan korang kan? kan? kan? .

kalau dapat pergi sana aku nak tengok semua binatang yang ada. tak nak miss walau sekor pun. nak tengok rimau, singa, ular (ular sawa ada tak?? teringin nak tengok dari dekat. asyik tengok dalam tv n surat kabar jah!! haha), buaya, gajah and semua lah tapi nak sangat tengok kuda (haiwan kesukaan tu..) nak feed haiwan-haiwan kat situ and kalau boleh nak tunggang sekor-sekor. BOLEH KE??. haha. banyak lah kau. tak silap aku kali terakhir aku pergi zoo dua tiga tahun lepas, tu pun zoo dekat kelantan. bila teringat zoo kelantan tiba-tiba teringat pulak kejadian lucu yang menimpa aku. masa tu tengah syok tengok binatang tu semua sambil makam choki-choki tiba-tiba bunyi pramp! gigi aku patah daaa...gigi depan pulak tu..buat malu je. mana tak patahnye kalau choki-choki tu keras serupa batu!. sakit gigi nak keluarkan inti dia last-last terus patah. haha.

apa-apa pun aku harap dapat gi sana. tak pe nanti aku tanya mak aku lagi untuk gi sana. tak pun ajak kawan kawan aku. tapi macam lah dorang nak? mesti aku kena 'bahan' dengan dorang. aku tak kira aku nak jugak gi sana!. kalau susah sangat aku jadi cikgu tadika sementara pastu kalau ada lawatan ke mesti dorang pergi zoo punya so dapat lah ikut. haha. boleh cam gitu pulak?..jadi cikgu tadika?? oh my tak pe lah... tak berminat.. ^_^




gotcha!!

p/s: > makjomlahpergizoosamasama <

Saturday, November 26, 2011

bila dah salah faham, semua benda tak jadi ! dushh!!

assalamualaikum,,


muka aq sekarang ni..haha *tipu

  kepala aq sakit ni. berdenyut-denyut. rasa macam nak cucuk dengan chopstick je. tak pun guna gunting. sakit sangat tapi still boleh mengupdate blog ni. ermm..aq tengah sedih ni :(. betullah kata orang kerana salah faham semua hancur! aq benci dengan perkataan 'salah faham', benci sangat. dan aq tak suka bila orang salah faham dengan apa yang terjadi. boleh tak jangan judge orang senang-senang je? boleh tak fikir dulu sebelum cakap macam-macam? boleh fikir tak perasaan orang? ahhh..semua tu hanya aq mampu persoalkan kat sini je. untuk katakan pada dia aq tak mampu sebab aq hormat dia sebagai seorang yang lebih besar dari aq.

sekarang ni aq dah malas nak layan dia. mak aq pun cakap jangan layan dia. tapi apa yang aq boleh cakap si 'dia' memang melampau yang teramat. kesabaran seseorang masih ada hadnya. ayah aq cakap buat macam tak ada apa2 berlaku je nanti kita pulak dapat masalah. yes pretending like nothing happen :) i hope i can :). tapi rasanya mungkin lepas ni susah untuk aq berdepan dengan dia lagi. dan untuk si 'dia' tolong jangan babitkan kawan aq sekali dalam hal ni. kalau aq nila tolong jangan sampai rosakkan susunya . erkk?



p/s: makan satay lagi best! yummy ^_^


gotcha!!

Tuesday, November 22, 2011

tahniah di atas kejayaan tapi jangan mudah putus asa

assalamualaikum,,



          tahniah kepada semua pemain malaysia sebab menang sukan sea bola sepak. korang dah kalahkan indonesia! waahh walaupun korang menang base on penalti tapi ianya satu usaha yang bagus!. mula-mula aq tengok bola, pastu bila dah terikat 1-1 sampai masa tamat aq dah bergerak menjelajah ke seluruh pelusuk rumah dah. tak betah duduk kat kerusi ruang tamu tu lama-lama. bila masa di sambung aq naik malas nak tengok. takut hampa. huh! yolah tu. masuk bilik. bukak lappy pasang internet. buka facebook ramai duk tulis pasal bola! naik juling baca. tapi oklah sekurang-kurangnya korang sokong dan bagi kata-kata semangat kat pasukan malaysia tapi tak kurang jugak yang belum apa-apa lagi, belum habis perlawanan lagi duk hentam pasukan malaysia. kata macam-macam bila tak gol. main tak betullah, lembik lah, itu lah ini lah. cuba korang yang main of course korang akan faham mereka.

jangan asyik nak salahkan pemain je kalau mereka tak beri apa yang kita nak sebab mungkin mereka dah buat yang terbaik tapi dah itu hasilnya nak buat lagu mana. terima je lah asalkan mereka dah buat yang terbaik. adatlah manusia bila menang puji, bila kalah keji.. tak paham tak paham.. aq ni nak kata fanatik bola tu tak lah tapi bila gol aq lah yang paling bising dalam rumah duk menjerit tak sudah-sudah macam nak roboh rumah. kalau di beri pilihan antara MALAYSIA, MANCHESTER UNITED, LIVERPOL, ARGENTINA, CHELSEA, and so on lah. korang akan pilih mana? kalau aq, aq akan pilih malaysia tak kira macam mana pun sebab aq sayang Malaysia dan akan terus sokong malaysia. malaysia tempat aq lahir so aq tak akan khianati negara aq sendiri (patriotismanyaa!!)dan lagi satu aq bukannya kenal pun pasukan dari luar negara tuh semua so aq tak minat lah dorang. hoho. ^_^

kesimpulannya, korang jangan lah nak memandai buat spekulasi tak tentu pasal. cuba tenangkan fikiran dan fikir balik. lagi pun aq tengok tadi pemain malaysia semuanya kepenatan. yelah cuba kau bayangkan dah lah main 90 minit pastu masa tambahan lagi yang entah berapa minit. kalau aq lah dah lama semput, pancit, berbirit sekali kat padang tuh. penah doh nak berlari setiap masa. rasanya kalau aq berlari selama 90 minit boleh kurus kedemping agaknya. dahlah aq benci larian. hoho. tapi aq heran betul dengan pemain indonesia yang sorang tu, tak silap aq nama dia DIEGO kut.. betul ke? aq rasa-rasa tuh nama dia. aq ingat go go je kat belakang. ala pemain import kut rasanya. rambut smart beb! rasa nak tiru je.hoho. ok aq bukan nak cakap pasal rambut tapi ketangkasan dia berlari. kejap aq tengok dia kat pertahanan pastu bola terpelantun je aq tengok dia kat bahagian penyerang. cepat gila dia berlari macam superman kejap sana, kejap sini. cuba pemain malaysia lari cam gitu mesti best. ok dah tak nak puji lebih-lebih. cukup setakat itu sahaja. kang kembang tak kempis-kempis. aq pun nak jugak lari laju-laju. segan doh tiap kali berlari dengan member-member aq,  orang yang terakhir sekali mesti aq. benci betul! even kawan aq yang badan lebih besar dari aq pun lari lagi laju dari aq. agaknya aq ni larian kategori siput kut. hoho. ok tak mau cerita banyak-banyak, nanti muak (macam pantun tak?). puuiihhhh!! 








gotcha!!

Monday, October 31, 2011

ye ye! akhirnya habis jugak satu masalah..

assalamualaikum,,



ok mari tatap muka sang jejaka di atas sebentar. bolehkah gambar dia aq jadikan sebagai mood gembira sekarang ni? haha. mampus aq kalau bini dia dapat tahu aq cilok gambar husband dia. sorry. saya ni peminat nombor satu husband awak. jadi suka hati sayalah nak letak gambar husband awak. awak marah?. ok saya kisah kalau awak marah. hoho.

bestnya EXAM sudah habis.!! rasa macam nak melompat tinggi-tinggi je tapi ingat balik SPM tak lepas lagi tak jadi nak lompat terus duduk balik. hari ni last paper. paper biologi kertas 3 and sivik and pjk. biologi. ermmm..tak nak ceritalah. MALAS.

                       ESOK HANTAR BUKU TEKS

yeh! aq suka sangat hantar buku teks. dah tak payah simpan buku tebal-tebal dalam almari buku aq. sampai tak buat satu almari. atas meja study pun jadilah. sampai my sister marah coz letak buku bukan pada tempatnya. habis nak letak kat mana? atas meja tu lah satunya tempat yang masih kosong. kalau boleh nak letak bawah katil je. tapi kalau aq letak bawah katil sah-sah buku tu tak terusik. bukan?. jadi tahan lah telinga dengar bebelan dia. 

so tak payah risau dah nanti atas meja tu kosong tak ada buku dah coz dah di kembalikan kepada tempat asal dia. tadi baru habis balut buku. dah nak habis tahun baru nak balut? ok aq tahu itu. ya aq memang macam ni dah habis tahun baru aq balut. konon nanti bila budak tahun depan dapat buku aq dia puji lah konon kata.

 "wah, pandainya akak tahun lepas jaga buku dia. masih berbalut cantik lagi"
 or

"akak tahun lepas mesti cantikkan sebab buku dia balut cantik-cantik"

haha. kau tengok jahat tak aq? mengharapkan pujian orang je. well aq memang begini. suka perasan sorang-sorang and gedik sorang-sorang.  ada aq kisah?. nampaknya sakitlah bahu aq nak pikul beg dengan buku-buku tu semua. kawan-kawan jangan komplen kalau ada nanti aq suruh urut bahu aq. lengguh kut pikul barang berat-berat. well aq kan gadis lemah lembik and sopan sotong gitu jadi tak boleh lah bawak barang berat-berat.

last but not least, aq happy lepas habis exam tapi aq gementar bila nak dapat result. makkk .. takutnya... harap tak adalah yang gagal. sorry cikgu kalau saya dapat markah tak seperti yang cikgu harapkan sebab masa exam saya tak study pun tapi saya tidur. haha. kidding.


gotcha!!

Sunday, October 30, 2011

yo!! come on babeh!!!! yo..

assalamualaikum..

its a long long long time aq tak ngaupdate blog ni..agaknya kalau dibiarkan maunya terbengkalai.. lately ni aq malas giler nak ngaupdate.. MALAS! huh! kalau dah ada word ni dalam otak kau memang susah lah. apa pun tak boleh nak buat. cuba kalau ada word RAJIN dalam otak kau mesti everything is easy for you. right?. kadang-kadang nak update pun tak ada topik nak cerita. so pergilah terjah blog-blog orang dengan harapan kut-kut idea nak bercerita datang tapi hampeh :( langsung tak keluar sudahnya..biarkan je tak update apa-apa.

sekarang ni disebabkan aq malas jadi aq layan cerita korea je. sekarang ni tengah layan cerita my girl. even dah tengok cerita tu banyak kali tapi still juga nak tengok. rasa macam tak puas tengok sekali nak tengok banyak kali. cerita tu cute giler kut! rasa macam nak perasan sorang-sorang jadi JU YOO RIN je. haha. kalau aq jadi ju yoo rin sapa pulak nak jadi seol gong chan? ok stop perasan!. so korang dah pernah tengok cerita my girl? dah? belum? ok sapa yang belum tu search lah you tube tengok. sapa yang dah tengok tu tak geti-geti nak kongsi cerita dengan aq ke? haha. kidding. ok kemalasan dah datang. nak tidur r . best kut tidur time hujan cam gini. Zzzzzz. ~.~




ok saya akan ingat itu!!! haha..ingat lah sangat kan!.


gotcha!!!

Sunday, October 2, 2011

pusing-pusing tang tuu jugaklah kite berjumpa

assalamualaikum,,

hari ni tiba-tiba teringat pulak kat kawan lama aku masa aku kecik-kecik cili padi dulu. eh bukan cili padi, kecik sangat tu, tapi cili banggali. oklah tu..besar sikit dari cili padi. kalau anak cili lagi kecik (cili ada anak ke?) ahh..pi lantak la..and entah kenapa tiba-tiba pulak aku teringatkan cerita kecil-kecil cili api, cerita ni dah lama dah..rasanya masa aq kecik lagi kut..alah cerita dia yang pasal tiga orang budak kena culik tu. okey aku malas nak cerita panjang-panjang nanti korang bukannya tahu kan. statement macam nak kena cili je mulut aku ni. ehh yang aku ni dari tadi duk cerita pasal cili ni apahal? sengal betul. back to our topik.

hari tu kan aku dengan kawan-kawan aku pergi open house rumah cikgu kitaorang. ye aku tau raya dah habis so cerita dah lapuk. tapi ada aku kisah?? aku nak cerita jugak. kalau tak nak dengar sudah! (nada merajuk kucing disitu) . nak diikutkan rumah cikgu kitaorang tu jauh lah jugak ponat aku nak berjalan. bayangkan dari rumah member kitaorang naik bas sampai kat LRT pastu naik LRT sampai kat Taman Melati pastu ambik pulak teksi nak pergi rumah dia. memang berjamlah masa kitaorang ambil nak ke rumah cikgu tu. duduk pulak dalam LRT yang sejuk macam dalam lori ais memang aku beku lah kat situ. bukannya sekejap setengah jam jugak lah aku terperangkap kat dalam LRT tu.


muka nak kasi pelempang je..





disebabkan terlalu lama menunggu aku dah naik bosan. rasa macam nak jerit je suruh LRT cepat sampai sebab kitaorang dah lama gila tunggu bas dekat satu jam lebih jugaklah pastu nak kena tunggu LRT lagi memang aku dah malas r. ingat nak cancel je tapi tak baik lah pulakkan. tak manis gitu. huhu. jam dah dekat pukul empat memang risau la takut sampai lambat. Tapi LRT tu macam faham je hati aku, cepat-cepat dia sampai nak ambik puteri raja ehek..ehek..

sedih x dapat duduk.. T_T

menggedik konon-konon tersenget sekali bila LRT belok..

masuk je dalam LRT cari tempat duduk dulu sebab penat tapi sayang aku tak dapat tempat duduk semuanya dah penuh terpaksa berdiri. tak nampak muka aku sedih tu?? T_T bila akak yang sebelah syura bangun aku apa lagi terus sambar tempat dia. lega sikit..dapat duduk. pastu aku terus text cikgu.berbunyi begini..tut tut tut





cikgu, kami nak datang rmh ckgu ni. 
Tp lambat skt la. 
sekarang ada kat dalam LRT
-h****** 4S

Dah text cikgu relax jap pastu fon bunyi tut..tut..tut bestkan bunyi dia haha..cikgu balas "K" je kat aku. simple,easy and short. sampai kat stesen LRT Kitaorang dah buntu tak tau nak naik apa pergi rumah cikgu, kalau naik teksi nak cakap pergi mana. walaupun kitaorang ada alamat cikgu tapi waspada tu perlu ada kut-kut pemandu teksi tu tipu kitaorang ke..bawak pusing-pusing sampai kocek wallet aku tak pasal-pasal. dorang pi tanya abang kat kaunter tiket tu kalau nak pergi tempat cikgu kita orang tu nak cakap apa kat pemandu teksi tu. abang tu tak tau nak cakap apa pastu tanya pulak makcik jual pisang kat LRT tu, dia kata cakap je desa makmur pastu teksi tu bawak la.

so decide semua naik teksi. pakcik teksi tu pulak ramah sangat tanya macam-macam. aku diam je, syura yang duduk kat depan la layan. selalunya orang duduk depan ni kena layan driver tu cakap sebab tu setiap kali naik teksi or kereta aku terlebih dulu naik kut belakang tak mau duduk depan tak selesa beb! duduk belakang best sikit. haha. sian syura kena jawab semua pertanyaan pakcik tu. aku mencelah bila perlu je selebihnya aku diam je sebab penat. sampai-sampai cikgu dah tunggu kitaorang kat depan rumah dia. risau kut cikgu sebab kitaorang datang dari jauh.


kawasan rumah cikgu


pastu jumpa dengan anak cikgu. sama baya dengan kami. perempuan..ingat lelaki boleh goreng-goreng sikit.. haha gatal lettew!!.. sampai rumah cikgu nak dekat pukul 5 jugaklah. duduk kejap rehat dulu sebab penat. pastu anak dia adalah datang kat kami suruh makan. pada kiraan aku anak cikgu ni mesti pandai add math biasa lah ayah cikgu add math lah katakan. kitaorang borak gitu-gitu je dengan dia sebab dia sibuk nolong mak dia kat dapur tuh. rajin benor. kembang hidung dia kalau tau aku puji dia ni. huhu. yang nak di jadikan cerita dan aku sungguh tak sangka dia ni....... mari ikuti perbualan kami..

anak cikgu datang tempat kami ajak makan sekali lagi. so kitaorang cakap kejap lagi makan la. pastu aku tanya dia.

NHM (aku) : eh..nama sapa?
anak cikgu (time ni x tau nama dia lagi) : Hani
kiteorng : ohhhhh...(sambil angguk kepala tanda ok lah tu)
hani : nama sapa? (tuju kat kiteorang semua)
syura : syura, yang ni huda, ni ekyn ni h****** (part nama aku je syura,ekyn ngan aku sekali sebut)
hani : h****** ??
ehh..asal pulak dengan nama aku? dia kenal ke? atau nama aku ni sedap sangat sampai dia terpikat dengan nama aku? atau nama aku ni unik sangat ke?
hani : dulu sekolah kat kuchai lama ek??
NHM : arhh..?? (terkedu tak terkata-kata)
hani : tak sebab pernah nampak muka kat dalam gambar..
NHM : kuchai lama..kuchai lama (otak aku tengah bekerja mengeluarkan fail-fail lama yang tersimpan erat) ohh..okey kuchai lama..pernah sekolah kat situ. sekolah rendah agama kuchai lama tu ek??
hani : a'ah..kenal tak ustazah **** (aku lupa nama dia), isteri cikgu zahrin..
NHM : ermm...tak ingat la..jap hani ek? dulu ada kawan nama hani gak sekolah tu jugak lah..hani..hani..hani (masih samar-samar lagi)
 lama pastu dia gerak gi lain pulak. aku tak habis-habis duk perah otak ingat balik. last-last dapat gak ingat yang aku pernah kawan ngan hani ni masa sekolah rendah agama. and segala ingatan aku datang balik. bukan main terkejut beruk aku yelah selama ni aku kawan ngan anak cikgu aku sendiri woo...cikgu add math pulak tu woooo...bangga sikit jap. haha pastu aku terus pergi kat dia cakap.
NHM : hani, kita dah ingat dah..a'ah dulu kita pernah berkawan kan? patut lah masa masuk umah cikgu tadi kita rasa macam pernah tengok je muka hani tapi tak ingat kat mana.
dak hani ni senyum je. pastu aku tengok muka dia lama-lama memang sama, cuma berubah sikit la..ahakz..tak sangka aku dapat jumpa kawan lama masa sekolah dulu. ak ni banyak kali pindah sekolah so tak berapa nak ingat muka kawan, tapi tak sangka dia masih kenal aku, kiranya muka aku tak banyak berubah la kan? sama je..kalau tak sama mana mungkin dia ingat kat aku. pastu ekyn suruh kami ambik gambar sama yelah jumpa kawan lama la katakan. bila jumpa cikgu terus aku cakap
NHM : cikgu, anak cikgu ni kawan saya dulu masa sekolah rendah agama kuchai lama..
cikgu : ohh ye ke..kuchai lama? tu la dunia ni pusing-pusing jumpa jugak.

hah yg pki baju biru tekois tu lah hani yg sebelah dia pulak budak yg sesat rumah..ahakz
sh
dah lama duduk kat rumah cikgu siap tumpang solat asar lagi. pastu kitaorang nak balik lah. sekali lagi kena tunggu teksi nak ke LRT memang menguji kesabaran betul masa nak tunggu teksi tu dah la payah nak dapat teksi terpaksa pulak berdiri tepi jalan buat muka simpati kut-kut la ada yang baik hati nak tumpangkan. sampai je rumah dah dekat pukul sepuluh, mak datuk lama kut aku berjalan dari tengah hari sampai malam. mujur berhenti kat rumah ayah su aku kat taman melati tu jap tumpang solat pastu terus gerak takut sampai lambat. sampai je rumah duduk jap, solat terus terbongkang atas katl tak tahan penat giler. pagi esok kau tahu je la kan aku bangun pukul berapa?. mana taknya lps solat subuh sambung tidur balik sampai lah aku tersedar ngan sendiri. sedar-sedar sakit kepala sebab matahari dah naik atas kepala. haha.

bersamacikguaddmathdanrumahnya ^_^

laluan nak masuk ke rumah cikgu. tembok kat belakang tu besar giler.

dlm LRT pun jadilah. asal dapat tidur..ahakz

gotcha!!

p/s : sorry gambar tak jelas la.. ~.~

Saturday, September 24, 2011

beraya di rumah my besties for ever lah!

Assalamualaikum,,

since a long time i'm not updating so today i nak story morry with you guys la about my raya..haha..raya dah nak habis baru aq nak update blog pasal raya apalah.hoho..lately ni aq busy la kadang-kadang tu nak tidur pun tak cukup rasanya. pagi-pagi pergi sekolah, balik tu ada kelas sampai petang kadang-kadang tu kalau tak de kelas ada aktiviti lain pulak. fuhhh!! kalau hari-hari aq macam ni mauya aq lembek tak berdaya..hoho..melebih pulak. ok back to our topic. sepatutnya entry ni aq tulis minggu lepas tapi entah macam-mana lupa lak and asyik tertangguh je so aq citer lah hari ni.

last week hari sabtu aq gi raya rumah kawan baik aq si dak minah tu, umah dye wat open house. dah lama tak jumpa die since dia sekolah kat teknik jasin. so bila dia wat rumah terbuka ni lah peluang aq nak rindu-rinduan dengan dia. arrghh! memang aq rindu gile lah kat dia sebab dah lama tak jumpa. dia pulak asyik payah je nak balik kl. dak minah ni merupakan salah sorang kawan baik aq. dulu selalu duduk ngan dia, borak-borak, wat kerja bodoh and bergosip tapi bile dah tak de ni kurang lah sorang rakan kami.

Aq gi rumah dia, bila dah sampai tu kau tau je la bila dah lama tak berjumpa memang aq jerit and peluk dia kat situ gak r. tak kisah dah kalau orang dengar atau tak. aq peluk gak dia hehe..dah tu aq, huda, syura, ekyn and nadz borak-borak r dengan dia. banyak yang kiteorang borakkan biasalah dah lama tak jumpa. Mula-mula tu hanya aq,huda,syura and nadz je sampai dulu ekyn sampai lambat even rumah dekat, dia kata ada hal. bile semua dah berkumpul hah keluarlah citer macam-macam. rumah mina hari tu wat nasi masak ayam pedas, speggeti, and nasi impit. so aq pelahap lah nasi masak ayam pedas tu. kuih dia memang aq pelahap habis lah. sebab ada biskut yang sedap hingga menjilat jari dah habis makan nasi sambung balik makan biskut tu. haha. so kat sini aq titipkan beberapa gambar untuk tatapan korg. ^_^

hah ni lah dia mmy besties...mina..cun kan? but sory dh di cop org..haha

mina,adik mina, AQ, huda..

kami lagilah..love taking picture :)

ekyn and aq, and budak kecil yg comell..aq tak tau r nama dye sapa..lupa. tapi budak ni suka bergambar kau tau! asyik2 dtg kt kiteorg nak bergambar sama. nasib baik kau comel..haha

yoooo!!! kamilah! ni kat luar rumah. mak ai agin kuat duhh..macam kat dalm kapal titanic je.haha. dah lah rumah tinggi melangit. bolah gayat aq!

six of us..ada macam finalis gadis melayu tak? hahakk :D

iklan kuih raya kejap.

balang kuih sentiasa bersamaku..huhu


 so, dah habis semua apa lagi balik la..hahah...i'm gonna miss u always mina!!!!!



gotcha!!

Saturday, August 27, 2011

kelantan kawe mari doh, kuala lumpur googbye bebeh!!

assalamualaikum,

sekarang ni aq ada kat kelantan, my hometown, semalam bertolak pagi sampai petang owh. penat aq duduk dalam kereta lam-lama sampai pinggang sakit. nak tidur pun tak best sebab asyik bergoyang-goyang je kereta tu. sampai je kampung aq teruskan hajat tidur yang tergantung masa dalam kereta tu. duduk relax2 jap terus terlena sampai petang.bangun solat asar jap, pastu ingat nak sambung tidur balik tapi tak boleh tutup lak mata.


pastu tak dapat tidur ingat nak online jap tapi line pulak tak de kat village i ni. spoil sikit ingat baru je nak update. kecewa punya pasal aq tak bukak. my grandmother wat nasi kerabu. sedap sampai teringat-ingat sekarang ni tau.


jap lagi i nak balik village my father lak. rasa pertama kat sana pastu petang aya tu balik rumah nenek aq blah mak pulak. nasib baik dorang satu negeri so tak yah nak gaduh-gaduh balik kampung sapa. haha. okey lah nanti kite cite ag ye?



gotcha!!





Sunday, August 7, 2011

khas untukmu: NURHASYURA HASBI


assalamualaikum,,,,


        entry kali ni khas untuk kawan aq merangkap kawan sampai mati aq iaitu NUR HASYURA BT HASBI aq buat enry ni khas untuk dye sempena hari kelahirannya di muka bumi ALLAH ini. nak tengok muka dye? hah jap ye..harap bersabar..

cute bukan? hahha


hah! nilah dye birthday girl nya..hari ni bersamaan 07/08/2011..merupakan hari bersejarah bagi dye. and syura aq ada something untuk kau. baca tau !




kepada: SYURA
daripada: KAWANMU YANG COME LOTE (hahah...perasan jew)

masa mula2 aq kenal kau kita tak rapat pun..cakap bila perlu je. itu pun jarang. sebab kau rapat dengan haziqah. dulu masa aq tak kenal kau aq tengok kau tak lah menonjol sangat dalam kelas. kau suka buat hal kau sendiri je. tak pernah nak masuk campur hal orang lain. kita start berkawan pun sebab kau rapat dengan huda and masa kau start ada krisis ngan kawan kau. aq tak kisah kawan ngan kau. mula2 tu memang lah rasa janggal sikit sebab kau asyik berkepit ngan huda dan kami. nak cerita pun segan2,malu2 ayam. tapi bila dah lama2 kawan ngan kau aq jadi selesa dah tak malu2 ayam lagi. lama punya lama kenal, kita dah jadi rapat. kau masuk grup kami. tambah lagi sorang awek comot dalam grup (hahaha..gurau jew ok!). aq suka kawan ngan kau sebab kau tak hipokrit. sebab kau gila that's why aq suka kawan ngan kau. haha. sebab kau pandai nak sesuaikan diri that's why aq tak kekok. sebab kau pandai so senang aq nak korek ilmu kau banyak-banyak. kau apa lagi ye? ermmm kang puji banyak2 kau kempang tak kempis-kempis pulak. payah tuh.

last but not least! kau and yang lain adalah KAWAN TERHEBAT aq. kau and yang lain sanggup harung susah senang sama-sama (sob..sob..sobb..aq nk nangis lah pulak T__T) kau jenis open. bila aq ajak pergi mana-mana je kau tak pernah kata "tak boleh" sebab tu aq suka ajak kau. kau suka marah aq kalau aq buat benda bodoh,aq tak marah kau pun sebab aq tau aq tak pandai (tak nak cakap 'bodoh' sadis sangat bunyi) sebab tu aq berterima kasih kat kau. kau matang dari aq walaupun aq ni kalau ikutkan lahir dulu dari kau tapi aq perangai macam budak2..kadang2 malu jugak tau.orang tegur tapi...hahhaa (lupaka je lah)..  kau banyak support aq and yang lain no matter what. tapi satu je kau ni kuat tidur dalam kelas. geram tau tak! kau nak tau satu benda tak? aq malu nak cakap depan kau so aq tulis je lah..boleh? ni jujur dari hati aq..sungguh tak tipu!
aku............

                                                SAYANG KAU SANGAT-SANGAT (haha..malunya nak sorok!)

hari ni aq tengok ramai yang wish birhday kat kau di FACEBOOK.. aq? kau tertunggu2? aq tak nak tulis kat FB..aq nak lain dari orang lain. sebab kaulau aq tulis kat FB mesti panjang. tak dapat nak luahkan apa2 pun. sorry aq tak hantar sms wish birthday sebab kredit aq dah luput. nak topup malas nak gi bawah. penat so aq buat kat sini. supaya kau boleh baca. aq tak antar sms sebab nanti tak cukup perkataan. kat sini aq bebas nak luahkan apa je. syura ni untuk kau.....


                             TERIMA KASIH SEBAB SUDI JADI KAWAN AQ walaupun aq ni annoying kan? aq suka wat kau menyampah (aq tau tu) tapi nak wat macam mana sebab tu aq.

            TERIMA KASIH SEBAB SUDI TEGUR AQ. kau suka tegur aq bila aq de wat salah and kalau aq ni buat benda mengarut.

           TERIMA KASIH SEBAB SUDI DENGAR CERITA AQ walaupun cerita aq entah apa2. wat kau bosan je.

            TERIMA KASIH SEBAB KAU SUDI BERSABAR DENGAN AQ walaupun perangai aq macam budak2 dan suka wat kau malu dan...


TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA. hari ni hari jadi kau tapi aq tak tau nak bagi apa. sorry! harap kita akan kekal kawan selamanya. hanya mati yang akan pisahkan kita (ayat jiwang kut!). kalau aq pergi dulu dari kau aq harap kau halalkan segala salah silap aq. yang aq nak kau tahu satu benda je. aq bersyukur dapat kawan macam kau and aq sayang kau macam aq sayang diri aq. aku nak kau bahagia walaupun aq tak bahagia sebab bila aq tengok kau bahagia hati aq pun bahagia gak. 

                                        
                                                                                             ikhlas dari hatiku yang luhur,
                                                                                           hazirah



fuhh! panjang kan? nanti kalau kau dah baca senyap2 tau..malunya nak jumpa kau esok! serius cakap!


                                      HAPPY BIRTHDAY MY CUTES FRIEND!
                     
gotcha!!!

Friday, August 5, 2011

perkhemahan pengawas : jangan tak disiplin lak lepas ni ^_^ (part 2)

assalamualaikum,,

 hai,,dah baca yang  part 1 punya? kalau belum tunggu apa lagi, baca lah! haha.. aq dah janji kan nak sambung cerita pasal kem tu. dah banyak hari berlalu baru ada ilham dan hati nak write entry ni. kalau tak bertangguh lagi lah jawabnya. part 1 hari tu sampai mana ye?lupa lah pulak...ok jap nak remember balik..nak flashback balik ingatan jap...


ok i got it...masa malam kebudayaan kan? okey...dah sedia? sila pakai tali pinggang keledar anda masing-masing, kalau tak de tali pinggang pun jadi lah..sedia untuk berlepas...hahah mengarut sudah.okey, macam biasalah setiap kumpulan kena buat satu persembahan. tak kisah lah apa-apa pun asala ada persembahan. grup aq tak tau nak buat apa lepas terguling-guling, meniarap ratah ayam 3 ketul sorang dapat lah idea nak buat drama muzikal. kebetulan kawan aq ada bawak gitar memang daebak r! hero dye budak laki. dah mana pun hero mestilah lelaki kan takkan pondan kut. heroin dye..ala minah yang suka perasaan sorang2 tu..yang korang tengah usha blog dye sekarang. tak mau lah bagi tau nanti kontroversi lak! haha..


akak senior dalam grup aq yang bagi idea nak buat macam mana. kami yang kat bawah ni ikut lah. masa yang diberikan 20 minit. memang tak cukup r nak bagi idea tapi aq rasa 20 minit fasi tu cepat gile. baru nak keluarkan idea dalam kepala otak dia dah cakap 10 minit berlalu. tak patut betul! punya lah kelam kelibut kitaorang semua practise. tergelak-gelak time practise sebab kelakar + geli un ada. haha!. sekali visel dibunyikan dan pengawas semua kena duduk dalam kumpulan masing-masing. disebabkan mulut kami semua asyik pot pet pot pet tak henti-henti sampai faci naik hantu ngan kami. terus kami kena ketuk ketampi 20 kali. sorang silap buat balik semula. disebabkan kami bising penghulu yang kena teruk. dia kena duduk mencangkung and angkat kedua belah tangan kat atas ala yang macam banduan selali buat tu. ketua faci pegang pada satu prinsip dan dia amalkan iaitu


all for one, one for all. leader get more!
 dan disebabkan prinsip dye tu lah penghulu kami kena denda lebih teruk dari kami. bila dah ketuk ketampi biasa lah ada yang lambat bangun, cepat bangun secara tak sengaja dan faci ni pulak nak seragam je semua. dah banyak kali tersalah sampai lah sekali lagi faci naik hantu dan cakap. "aku bagi korang 2 peluang lagi kalau salah lagi.." kebetulan sir terence,guru pengawas ada kat situ. "sir saya nak syawal letak jawatan dye sebagai ketua pengawas" mak datuk sampai macam tu sekali. sir pun dengan hati yang girangnya cakap "ok, boleh" mak ayah lagi lah cuak budak0budak kat bawah ni. pastu wat la lagi sekali ketuk ketampi tu sekali ada akak sorang ni terbangun. hah mula la semua nak salahkan akak ni. aq? diam je malas nak layan cuz dah tau gimik dya. faci yang lain semua dah mengamuk siap suruk penghulu pack barang lagi nak halau balik. yang si penghulu tu pulak boleh diam tanpa cakap apa-apa. geram gak!

hanya ada satu lagi peluang sama ada penghulu tu terus kekal atau kena letak jawatan. ketuk ketampi sekali lagi dan masih ada yang salah. masa tulah faci semua mengamuk siap heret penghulu suruh balik lagi. si penghulu ni pulak ikut je la. kitaorang kat dewan tu dah kena maki ngan faci lain. aq dah mengantuk time tu nak je aku baring kat situ and tidur habios cerita. okey sambung balik. si penghulu tu pun datang lah balik nak bagi satu dua patah perkatan sekali belum dia nak cakap lagi aka faci dah rampas microfon and cakap "wei syawal kau balik sekarang! aku menyampah lah!" macam tu kut ayat dia. mak ai terkejut aq. tapi still relax lagi. yang lain-lain dah menangis tahap gaban.

aq tak faham kenapa dorang nangis? atau aq yang tak de perasaan? ah lantak lah. bila si penghulu melangkah ke kereta dia yang lain ni siap pi kejar lagi dia. tak kasi dia balik. aq yang akhir sekali. terpinga-pinga jap. kawan si penghulu dah naik hantu jugak siap naik atas kereta penghulu lagi dan baring atas tu macam superman. memang menakutkan. aq dah lari jauh-jauh tak nak masuk campur kang tak pasal-pasal aq pulak cedera di sebabkan gimik ni. aq tak keterlaluan sangat sebab aq ras asemua yang berlaku ni gimik je so tak rasa sangat la walaupun sedih sikit tu ada lah. semua pakat duk kerumun kat kereta penghulu tu siap tahan bagai. yang seramnya dorang sampai boleh bergaduh ngan faci sendiri. dan sadisnya penghulu tu aq tengok macam tak leh nak buat apa-apa pun, diam je. tak cuba tenangkan yang lain..(ye kut..)


bertekak lah dorang semua kat situ. siap gaduh bagai lagi. yang pompuan dah galak menangis. kalau di kumpul air mata tu maunya dekat satu baldi tong besar. tapi bagus gak dorang menangis sekurang-kurangnya mereka menunjukkan kasih-sayang mereka kat penghulu..huhuu betul ke? haha..lama gak la perbelahan tu berlaku and akhir sekali terlerai gak. semua diperintahkan masuk dewan. akhirnya penghulu tak jadi balik. aq dah agak dah. faci pun cakap lah yang dorang wat ni semuanya saja-saja je. gimik biasalah kem mesti ada nangis-nangis punya. fuhh!. selesai tu semua. malam kebudayaan dah nak mulakan. ambik kau dlam group aq dah pakat nangis macam mana nak berlakon kalau semua muka sembam? aq pun cuba lah bagi semangat sikit..supaya akak tu tak down sangat. and persembahan berjalan seperti biasa. risau gak sebab akak tu tak de mood gara-gara incident tu..issstyyhh..kalau dye terus down tak tau la apa jadi kat persembahan group kami.


lepas je habis persembahan tu ada night walk and OBH (operasi burung hantu). yang tak boleh blahnya masa OBH tu boleh pulak hujan habis masah satu badan. sekejap je duduk terus dia panggil balik. night walk pulak kena jalan sorang2 keliling sekolah. dah lah sekolah tu penuh dengan cerita misteri and menakutkan persekitarannya sebab sebelah tu ada hutan. tapi aq kuatkan semangat. masa turn aq tu tak silap aq pukul 4 k4 5 tah so terang sikit..aq jalan stady je tak gabra-gabra siap senyum lagi kat 'hantu' tu. masa kat kawasan kantin tu dorang ada letak kerusi dan seretkannya. tapi aq wat bedek je tak hiraukan.pastu tengah syok2 jalan aq kena sergah..mak datuk termelatah aq jap kat situ..haha..terus aq jalan-jalan sampai la kat satu tempat berkumpul. dah la badan basah sebb hujan pastu sejuk pulak tu dengan embun pagi. mengigil-gigil aq tahap dudud sebelah ice cube dah.


sambil tunggu semua orang, aq apa lagi tidur lah. tak kuasa aq nak berjaga. dah lah tak tidur dari pagi sampai night walk tu..maunya mengantuk tapi suhu badan aq tak mengizinkan aq tidur dengan selesa. jap jap bangun jap jap tidur...begitulah sampailah semuanya selesai. selesai je semua aq terus balik dorm manti,tukar baju, tidur jap. bangun-bangun kepala sakit cuz tidur tak sampai satu jam. badan memang penat lah. sakit semua sendi. hari kedua tu hari yang biasa je. penuh dengan ceramah. nasib baik cikgu bagi ceramah yang tak membosan kan kalau tak maunya aq buat kilang taik mata dengan air liur basi kat situ dari awal. tapi tak. balik-balik rumah, lepak jap lepas lelah 2 hari bercamping. aq duduk kat katil. usap tilam tepuk-tepuk bantal, betulkan kedudukan, baring ikut keselesaan, letak kepala kat atas bantal,pejam mata..selamat tinggal dunia realiti selamat datang dunia fantasi...Zzzzzzz....


esoknya bangun2 badan sakit. jalan pun  terinjut-injut. tahan. nak buat macam mana biasalah kalau pergi kem mesti sakit punya satu badan. tapi kem ni tak seteruk kem pengawas masa aku form 2..fuhhh tu lagi sakit badan. sampai nak bangun pun kena perlahan-lahan.
   so tu je lah cerita aq pasal kem pengawas..oh yang satu lagi ayat yang faci tu selalu cakap dan aq suka dengan ayat tu..ianya adalah

                        you are the leader not a follower!
 yah! im the leader! sekarang semua pergi tidur...go go..hahaha



gotcha!!

Wednesday, August 3, 2011

testing only




now i feel like i want to fly
did anyone wanna join me?
let's fly together...

muahhahahaa

Saturday, July 30, 2011

perkhemahan pengawas : jangan tak disiplin lak lepas ni ^_^ (part 1)

assalamualaikum,,

dua hari aq tak de kat rumah. mana aq pergi? hilangkan diri? wahhh...semua itu tidak benar sama sekali. sebenarnya aq pergi kem pengawas kat sekolah. aq jadi pengawas? macam tak percayakan? budak yang selalu bercakap masa perhimpunan, malas nak beratur and selalu wat pekak bila pengawas tegur tiba-tiba jadi pengawas? jangan terkejutnya kerana keajaiban boleh berlaku. wahhh ayat tak boleh blah.

kem yang aq join ni dua hari je. kenapa sekejap sangat? kau jangan tanya aq. pergi tanya sir terrence, guru pengawas aq. haha. walaupun dua hari aq rasa macam seminggu duk kat situ.(haha ayat tipu di situ). yang kawal keseluruhan kem ni atau selaku komander kem ni bekas ketua pengawas tahun 2010/2011. bapak tagas aq cakap kau!. salah sikit siaplah kena ketuk ketampi. tapi semua tu aq dah biasa. sapa yang tak biasa balik kang sakit lah kaki korang. okey aq nak cite pengalaman aq dua hari kat kem tu.


hari pertama tu iaitu hari jumaat. pendaftaran peserta pukul 4. pastu semua kena pergi kat dataran and abg fasilitator tuh pun kenalkan lah diri dan peraturannya. tak sangka abg and akak yang aq tengok sebelum ni kepala 2 X 5 cam aq boleh jadi tegas and garang nak mampus kat kem. baru je mula sesi ice breaking dah kena ketuk ketampi sebab tak de kerjasama. sakit hati pun ada masa tuh. pastu sesi ice breaking tamat terus bagi kumpulan. kumpulan aq best! dapat akak and member kumpulan yang gempak. kau ada?

masa sesi ice breaking ngan member group, kena bagi nama singkatan. aq tak tau nak kasi nama singkatan untuk aq sendiri. gila bukan?. lepas terguling-guling, meniarap kat situ pastu siap buat lompat katak lagi aq pun cakap la "pangil zie" singkat bukan?. lepas dah habis turn aq tiba-tiba terasa nak tukar nam lak sebab nama yang aq kasi tu mengelikan  (kut!). pastu aq cakap r "eh korang nak tukar lah, jangan pangil zie. panggil ziera" hah tuh lah. sian kat dorang yang lain penat perah otak kanan kiri ingat nama aq zie pastu sedap lidah aq je nak tukar pulak. tersasul-sasul nak panggil nama aq masa sorang2 kena ingat nama member grup.


malam kebudayaan lagi best and ade benda yang tak diingini berlaku. nak tau apa dia...jangan lupa saksikan sambungannya okey!


gotcha!!

Sunday, July 10, 2011

MURALYSM SHOP OPENING CONTEST

assalamualaikum, 


tadi usha FB jap tengok apa yang ada pastu ada sorang ni add aq masuk dalam group dye. aq un terima dan usha jap sekali dye de wat contest. ni hah


  
   

    so hati aq tergerak nak join jugak! shawl yang dye jual semuanya cantik macam tuan dye kau tau! serius aq cakap, tak bohong pun. ni link blogshop dye right klik please kalau korang nak join pun boleh tau! aq sure punya kalau korang tengok shawl yang dye jual mesti tertarik and rasa nak beli jew! aq pun rasa nak beli cuma duit susah sangat nak keluar dari wallet..hahaha..

    shawl2 yang dye jual semuanya menepati cite rasa muda mudi sekarang ni. kalau korang rasa susah sangat nak cari shawl yang cantik lagi cun hah kini korang tak perlu bimbang lagi kerana muralysm shop ada segalanya! jangan lupa terjah and beli banyak2 ok!

kalau korang nak join contest ni pun boleh tau, tapi de syaratnya.. jeng jeng jeng..inilah dye ^_^
Cara Nak Join Contest ! ;)

  1. Firstly, korang WAJIB follow Blog Muralysm Shop . Kalau nak follow BLOG TAUKE MURALYSM SHOP pun dialu-alukn .
  2. Tampal notis contest ni dalam entry korang dan letakkan link Blog Muralysm Shop dalam entry tersebut .
  3. Wajib letakkan gambar contest sebagai banner dalam blog korang . (tak kesah sidebar kanan ke kiri, letak kt bawah pun ok! )
  4. Buat entry mengenai Blog Muralysm Shop untuk promote kat kawan2 korang . Entry korang haruslah menarik dan buat kawan2 korang excited nak terjah Blog Muralysm Shop! ;))
  5. Next, buat ayat yang bestgilekreatif tidak melebihi 10 patah perkataan . Ayat yang terbaik akan digunakan sebagai MOTTO Blog Muralysm Shop .
  6. Buat tajuk entry korang macam nie è “ MURALYSM SHOP OPENING CONTEST “ .
  7. Tinggalkan link entry korang diruangan komen entry contest ni untuk dinilai .
  8. Lastly, tag kan 5 orang kawan korang untuk join same2 contest ni ok! ;))
Hadiah

1st Price :
1 China Pashmina & 1 Satin Shawl

2nd Price :
1 Satin Shawl

3rd Price :
1 China Pashmina



  hah tengok lah hadiah dye..keluar air liur basi tau! dalam banyak2 syarat tu ada syarat dye yang kena wat ayat :

bestgilekreatif tidak melebihi 10 patah perkataan .
    
so setelah perah otak kanan, otak kiri tungang terbalik..habis satu buku reka... idea pun kontang so ni jew lah aq dapat buat..hopefully ok..

                                         nice to see, soft to touch and beautiful to wear


nak tag sapa nye?? ehh so ni lah dye!
                  *nadz si budak pemalas*
sorang lagi untuk sesiapa yang teringin tau! semua pun boleh join..




gotcha!!!



   

Wednesday, July 6, 2011

KOT peringkat sekolah

assalamualaikum,,

semalam bersamaan 05/07/2011 bertempat di stadium panasonic, shah alam telah berlangsungnya majlis Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat sekolah smk sri pantai .. wahhhh dah macam buat laporan pulak. okey la semalam aq stadium panasonic tu sebab ada KOT. aq masuk kawad kaki badan beruniform ppi (pergerakan puteri islam). semua rumah sukan and badan beruniform terlibat sama. kalau dah namanya kawad memang kena berdiri je la kan? memang lama la jugak berdiri dengar ucapan semua segala. and so on la..


habis kawad kaki, pertandingan larian rumah2 sukan pulak.. aq tak ambil bahagian dalam larian ni.. aq x mau la masuk larian nanti comform3 aq kalah punya. orang lain dah sampai dulu aq masih terkedek-kedek macam itik berlari. aq memang tak suka lari.. sapa yang lari ngan aq sure2 la orang tu menang. aq ni lari macam berjalan je.. teruk kan? aq kalau lari mesti ketinggalan..even kawan aq yang lari ngan aq un tinggalkan aq kat belakang. dalam hati dorang mesti cakap "lembab tul dye ni lari' betul kan? jgn tipu. aq memang lembab pun lari..apa kau kisah?


sebab tu lah aq selalu lari sorang2 kat belakang sebab semua kawan aq tinggalkan aq..nasib badan lah kan.. aq tak tau kenapa tapi tiap kali aq lari mesti semput. sakait kat bahagian pinggang dan perut. baru lari satu meter perut aq dah sakit. kena lah jalan supaya sakit tu reda. dah tak mau citer pasal lari. tutup.

pertandingan kawad kaki aq tak menang. memang dah agak dah dari awal. bukan sebab kawad tak betul tapi ada la sebab yang aq rasa aq patut simpan sendiri. kite kalau kawad ni tak leh duk sebelah BFF kan sebab nanti asyik bercakap je. betul tak? malas nak citer panjang. ni aq sajikan sedikit gambar. gambar ni aq cilok kt kwn aq. jgn marah naaa.. :)

mana aq ni??? oh x nmpak coz aq kat belakang



nak gak aq cuba sume aksesori tue

bila dah bosan ni lah jadinya..

kat tengah padang pun jadi lah..

tarian satu malaysia..kawan kelasa aq ramai yang masuk ni...cute dorang :)

bila bosan lihat orang berlari.. ni lah keja kami :)

hah ni la ckgu aq. .yang pakai tudung biru tu ckg puteri islam..yg pakai  tudung pink tu ckg kh aq thn lepas. dye mengandung sekarang ni.. kiteorang suka usik perut dye kalau jumpa. dye bengang je =_= :) hahha


ehh!!??? asal tiba2 gmbr ni tersesat pulak?? aq ambk kt pakcik google..

okey tu je lah... see u next time :)



gotcha!!

Saturday, June 25, 2011

lalalla

assalamualaikum,,

sudah lama jugak aq menyepi dari menulis apa-apa pada blog ni kan? rasa cam dah lama sangat! aq tak tau la kenapa tapi lately ni aq malas sangat nak update blog. Jari ni rasa cam malas nk bergerak tekan papan kekunci laptop ni. rasa malas nak menari-narikan jari taip satu-satu perkataa. uhhhh jauh melalutkan. rasanya aq tak update blog sejak dari 21 mei 2011 dan entry aq yang terakhir ialah sekolah rendah wahh dah lebih sebulan gak la aq tak update apa-apa story.

aq sebenarnyakan dah banyak kali buka blog nak update tapi tiap kali aq nak update je mesti idea aq hilang tah kemana. baru nak tulis satu perkataan jari aq dah berhenti tak tau nak tulis apa. betul-betul hilang idea aq. aq pun tak tau nak tulis apa. ni pun aq tulis apa yang terlintas dalam otak aq. kalau melalut tu korang abaikan je la. aq dah tak tau nak tulis apa.

korang ingat lagi cuti sekolah 2 minggu tu? hah! korang wat apa cuti sekolah tu? melancong? balik kampung? atau ada kat rumah dan termenung je? ha..kalau aq errmmm memang sibuk la aq cakap kat korang. rasa macam aq tak cuti je. mana taknya dalam masa dua minggu tu aq tak duduk diam langsung. kaki aq asyik gerak sana, gerak sini tak henti-henti. minggu pertama tu aq pergi kem di sg.buloh, selangor selama dua hari. kem pasal alam sekitar. best g sana. balik je dari kem kat sg,buloh tu aq g pulak kem kat raub,pahang selama seminggu.. mak ai memang penat r.. balik dari kem terus g kem lain pulak.

lepas cuti je aq memang sibuk ngan aktiviti kat sekolah. macam-macam aktiviti aq kena terlibat. memang tak cukup rehat la. yang terbaru ni nak kena kawad kaki pulak untuk K.O.T (kejohanan olah raga). nampaknya memang aq balik lambat la setiap hari. pastu lepas je habis K.O.T tu aq ada aktiviti lain pulak. macam-macam. nampaknya aq kena pandai manage masa aq sendiri la. baru-baru ni aq ada masuk pertandingan blog.ala kat sekolah je. kena buat pasal blog. aq dah la tak pandai sangat bab IT ni tapi gatal gak nak masuk! fuuhhh! doakan la aq menag tau (walaupun aq tau tipis tuk aq menang) memang ramai la yg join masuk pertandingan blog ni. nak tengok blog aq? oke ni blog yg aq masuk pertandingan tu..tak lawa pun :( klik sini so harap korg boleh komen. :)


aq dah tak tau nak cakap apa dah! so bye!!!


gotcha!!!

Saturday, May 21, 2011

sekolah rendah

assalamualikum,,

         hari ni aq g sekolah rendah aq . sebab ada hari alumi and jubli emas tu (aq x pasti apa). Bekas2 pelajar sekolah di jemput hadir ke majlis tu. dah kira cam perjumpaan dak-dak lama jek. cam biasa la aq g ngan member aq. Bila dah sampai sekolah lama tu mesti lah nak jumpa cikgu kan. haha . rasa segan lak nak jumpa cikgu lama coz dah lama tinggalkan sekolah tu even sekolah tu dekat je ngan rumah aq (boleh tahan la). walaupun cikgu tu tak ingat tapi dorang still jaga hati kita konon-konon ingat la sedangkan.. huh ! mesti cikgu cakap "saya ingat muka kamu, tapi tak ingat nama" ayat tu dah macam sinonim je ngan cikgu2. sedangkan dia tak ingat pun kita. but aq respect dorang coz dorang jaga hati ank murid ngan cakap cam tu at least pelajar tu tak terasa langsung la cikgu tak kenal dorang.

      kalau dah semua bekas pelajar di jemput hadir sah-sah la jumpa kawan lama yang tak jumpa bertahun-tahun. aq ada jumpa sorang kawan lama aq masa darjah satu . dak lelaki . aq nak tegur dia tapi segan lak takut dia tak ingat kat aq . dia pun  cam tak cam aq je . mungkin sebab muka aq dah berubah kut . berubah cam ne ? makin cute kut ! ! haha bohong je la . perasan kan ! last2 aq hanya mampu memandang tanpa berkata apa2. huffffhh sedih T__T tapi tak la sangat .

   banyak jualan yang dorang wat . macam2 ada . pameran kerata f1, games, pameran motor berkuasa tinggi, gerai-gerai makanan (yummmy sedapnya), jualan baju yang berharga antara RM2-RM3, pertandingan menyanyi, ni budak-budak je aq tengok masuk. budak yang mak aq jaga pun masuk gak aq ngan selambe je g lambai kat dia tengah2 org  ramai tu konon bagi semangat r tu. dia bawak lagu sofea jane nyanyian Blank. perrgghh ! tersilap lirik daa dia nyanyi . kelakar pun ada . kalau aq masuk komfom2 nye la aq menang kan ? haha perasan . nak pegang mic pon cuak de hati nak nyanyi depan orang ramai .fukkhh ! ! .

   aq jalan2 pastu de nampak satu kedai ni buat pameran haiwan. ada ular, arnab, hamster and sekor binatang tu aq tak tau nama pe, macam tikus pun de gak tapi bukan . entah la . aq tengok ular tu macam best je pegang aq pun ajak la kawan aq g tengok ular tu sekali ngan pegang. dia awal2 lagi dah tarik diri tak nak g sana . takut ular katanya. haha ular pun nak takut ! cakap macam aq tak takut ular je kan. memang aq tak takut buktinya aq pegang pe ular tu siap tangkap gambar sekali . tak caya . nak bukti ? ? ok tunggu jap . . harap bersabar . hoho
    hah ! tengok de bukti tau . ular tu hidup tau bukan yang palsu . betul kali ni tak tipu ! ular tu stady je aq tengok mungkin sebab dah kenyang kut thats why dia tak banyak bergerak . geram aq tengok cam nak picit2 je ular tu . member aq yang lain dah cabut dulu tengok aq pegang ular . haha . tapi yang tak bestnya orang tu kasi pegang sekejap je kalut dia nak ambik . dah la aq bayar nak tangkap gambar ngan ular tu  baru je sekeping tangkap dah kalut nak ambik dari aq . tapi mujur r kawan aq sempat ambik beberapa keping lagi . eeeeee rasa cam nak cekik je org tu . haha . tapi rasa puas dapat pegang ular tu even kecik kalau besar lagi best pegang kan ? .

    dah habis lawat satu sekolah pe lagi balik la . aq pun dah penat menjelajah satu sekolah tu . jumpa ngan cikgu semua pun dah kira seronok . dapat lepaskan rindu kat sekolah rendah . ok dah sampai situ je tak mau cite panjang2 nanti bosan. sebelum tu aq nak titipkan beberapa gambar sikit sebagai memori . eceh ! !




       dah tu je tak mau banyak2 nanti luak . pissss : *gambar ni aq cilok kt fb nadzirah. haha .



gotcha!!

Tuesday, May 17, 2011

exam fever

assalamualaikum,,

        wahhh lama gak aq tak menulis kat blog ni..rasa cam bertahun lak (lebih2 sdh). this week and next week aq exam. argghhh..stress tul aq kena hadap buku je. ni pun aq curi masa nak update kalu tak cermin mata aq tambah power ag r nampaknya. last week exam bm and bi. pergghhh!!! nasib baik aq boleh jawab kalu tak terbongkang la aq kat situ. dah la mid year exam. maunye kena wat elok2 kalau tak siap la muka malu. dah la result mid year ni mak bapak kena ambik kat sekolah. mesti r aq akan malu kalau dpt result teruk. makcik-makcik mesti akan tanya "anak dapat nombor berapa?" fuhh...sebok je nak tau result org ! ! haha makcik jgn marah ^ _^ kan malu kalau aq dapt result teruk..

       semalam exam biologi..mak nenek (harap mak n nenek x tersedak) punya la susah nak mampusssshhh !! rasa mcm nk bako je kertas tu (kito bako je!) expecially paper 2 & 3. macam orang gila aq nak menjawabnya. paper 2 ok lagi depan-depan tu tapi bila masuk yang belakang setengah jam aq termenung cuba refresh balik apa yang aq belajar tapi hampeh satu pun tak lekat. dia lalu je kat otak aq tapi tak berhenti langsung untuk aq ingat kembali. (nampaknya kena buat trafic light ni kat dlm oth supaya berhenti) aq mula nak menguap bila dah tak dapat jawab. termenung punya termenung dengan lafaz bismillah n tawakalnya aq tulis apa yang terlintas kat kepala otak aq. betul salah aq dah tak kisah asal aq tak tinggal tempat kosong . habis cerita.

      paper 3 pulak tak yah cakap r ! rasa cam nak koyak, bakar and abu dia letak dalam jamban pastu press kasi lenyap dalam dunia ni. yang soalan satu tu aq stady lagi masuk soalan dua dia suruh aq kasi eksperimen. naik terkoyak kepala otak aq kena cari idea. dah la bagi yang tah apa-apa. bagi maklumat sikit je nak suruh aq wat eksperimen. dah la eksperimen tu aq tak belajar lagi (tak silah aq) memang aq tak leh nak buat r..tu pun aq banyak yang tinggal. apaapa pun aq still tak dpt nk jwb sedih yg teramat sgt T__T memang betul pun senior2 terdahulu cakap bio ni susah..waaaa T____T..
   
    kepada cikgu, saya mentak maaf kalau jawapan saya macam jawapan budak tadika baru nak belajar. saya tak tau la apa yang cikgu kasi tu. saya langsung tak faham. macam kejutan budaya je bila tengok paper tu. dah la sebelum-sebelum ni saya tak penah buat tiba-tiba cikgu kasi soalan cam tu. memang saya tarik diri la. MAAF cikgu. next time saya akan wat elok2. sorry. ! 

     esok exam math.hopefully aq dapat jawab and dapat buat yang terbaik. hopefully math tak susah. amin..



gotcha!!!
   

Tuesday, May 10, 2011

i will come back with my story.. please wait for me ! ! !

Monday, April 11, 2011

cun best, KHJ dihati

dear MSM,
  
     baru hari ni aq berkesempatan tengok filem CUN arahan osman ali..walaupun lambat tapi filem ni memang cun la..sama cam tajuk die..jalan cerita yang menarik and scene yg kelakar pun banyak..aq suka tengok enjoy je rasa. tapi yang tak bestnya aq dapat tempat duduk kedua paling depan sekali. ambik kau ! sekali aq kena dongak kepala nak tengok.. sampai sakit leher aq.. tak selesa betul. asal la dorang g wat kerusi dekat dengan tv giant tu ? ? tak puas hati tul. urrgghh..! lupakan. -_-. aq paling suka dengan watak tom yang dibawa oleh faezah elai tomboy gitu..watak atan yg di bawa remy ishak pun berkesan gak..senang kata semuanya ok lah pada aq. sapa-sapa yang tak tengok lagi cite ni g la tengok. komfem korang enjoy punye lah ! ! ( thanks to my sister yg belanja tengok wayang ^_0 )

dear MSM,

     nak tau x tadi masa aq jalan-jalan kat mid valley sebelum tengok filem cun aq terserempak dengan lelaki pujaan hati aq.waaaahhhh betapa gembiranya rasa hati rasa cam nak peluk je tapi sabar..bukan muhrim. siapa?? oh nak tau ke? si die bernama KIM HYUN JOONG..haha korg mesti cakap aq perasan kan? tak pe aq tak kisah (merajuk ni).  aq tengok dia ada kat salah sebuah kedai kat dalam mall tu. nama kedai tu THEFACESHOP tak sangka aq dia jadi duta untuk jenama tu. mula-mula aq macam tak percaya tau sebab aq takut mata aq yang salah tengok tapi setelah diselidik memang betul tu gambar dia. yang aq pelik bin ajaib nya selama aq pergi mid valley tu duk lalu kat depan kedai dia langsung aq tak perasan yang gambar kim hyun joong terpampang kat situ. pelik sungguh.. dah banyak kali aq pergi and lalu kat kawasan tu tapi langsung tak perasan kelibat gambar dia. dan hari ni aq nampak dan seperti tidak percaya tahap gaban..makkk seronoknya hati aq dapat tengok dia walaupun hanya gambar sahaja. (aq tak kisah)


ni lah gambar die jadi duta THEFACESHOP. memang terbaik r ! ! aq suka gile..hensem kan? hemsem kan? cepat cakap hemsem kalau tak tak nak kawan korang.. !! (boleh pulak paksa org) ni yang buat aq nak datang mid selalu ni...of course next time aq datang mid aq serbu kedai tu dulu nak tengok die. dah tengok baru leh jalan-jalan..gila bukan?


dah la..aq nak tidur dah kul 12 lebih..esok nak g sekolah..tulis blog punya pasal esok bangun lambat..hoho..hopely kim hyun joong masuk dalam mimpi aq..huhu YOU WISH ZIERA ! !


gotcha!!