Tuesday, January 26, 2010

yahooo!!!!! akhirnya habis jugak intervensi 1 hari ni..so boleh la relaxkan kepala otak ni yang cam nak pecah ni. Dah la susah yang ampun! aq sampai terkontang-kanting nak jawab tau. rasa cam nak nanggis je bila tak leh nak buat :( tapi yang penting aq dah cuba sedaya upaya wat yang terbaik so terserah pada takdir la nampaknya. ni antara reaksi aq masa buat semua kertas soalan..


BM- ok sebab aq minat bm so its easy for me..(cehh perasan bagus)
BI- paper two senang giler and paper one alamak pancit sikit di situ..
MATE- amboi susah yang amat! nasib baik paper one guna kalkulator so senang
nak kira tapi yang agak susah paper two nak kena ingat formula dia
so far aq boleh jawab la.
SCIENCE- bapak susah gile! dah la aq tak baca satu hapak pun ambik ko sekali
aq taram bila tak tau tapi tak la taram semua sikit je.
SEJARAH- hai malas aq nak cakap pasal dia ni..so di sebabkan malas aq malas nak
cerita.
GEOGRAFI- ok la not bad..tapi susah la sikit tak tau la pas ke tak nanti.
AGAMA- ok yang ni senang macam kacang hijau je..insya-allah aq boleh jawab
semua and betul.
KEMAHIRAN HIDUP- errrmmm..baru je habis buat pagi tadi so nak kata susah
tak, nak kata senang pun tak. cam ne tu? ok pe pe je la.


ok thats all..dah habis opppsss de lagi satu..nadz selesema hahaha padan muka nak jawab exam pun terseksa dengan hidung yang penuh hinggus tu..(sorry nadz jangan marah sekadar gurauan sahaja)

Saturday, January 23, 2010

merentas desa

fuhh bapak penat gile..alohai penat yang amat la kaki aq sampai sakit-sakit..eh tiba-tiba merepek je ni kenapa miori? salam tak tiba-tiba je terus terjah (harap maklum ni bukan cerita terjah tv3 tu) ok ok ok assalamualaikum semua..


penat betul aq hari ni rasa cam nak patah kaki je..penat yang ampun la..sampai sakit seluruh badan (actually tak la sakit sanggat saja nak eboh lebih) ok ok ok aq tau korang mesti tengah blur kan sekarang ni? mesti korng cakap "apa sal la ngan si miori ni kelam kabut je?" betul tak? oh kalau salah la telahan aq ni alhamdulillah la.. sebenarnya yang aq dok membebel ni pasal hari merentas desa! hahaha hari ni sekolah aq ada merentas desa la. kene lari satu kl eh bukan lari satu kawansan sekolah and kawasan yang dekat dengan sekola la. tapi memang jauh la aq bagi tau korang macam nak pergi ke london (oh jauh sangat tu) eh aq tipu je tapi memang betul jauh kena naik bukit la turun bikit la and macam-macam.,


aq sampai naik semput nak lari tapi yang paling aq bengkek sekali ada ke patut masa nak naik bukit kat satu kawasan perumahan tu aq terserempak dengan si mina pastu aq panggil la dia ingat nak lari sama-sama tapi dia wat bedek je macam cakap dengan tiang tepi jalan je! pastu aq pe lagi bengang la (macam lagu akim tu) aq terus pecut dia lari depan dia bila dia panggil aq aq wat bedek je dengan dia biar dia rasa tapi sekejap je aq pecut dia terus pancit coz naik bukit last sekali aq jalan ngan dia tapi bila nak turun bukit sekali lagi dia tinggalkan aq sorang-sorang macam model (hehehe nak perasan jap). satu lagi aq bengang ngan nadz aq tau la dia tak jaga cek point mentang-mentang pbsm. tapi yang aq suka dia bagi sokongan walaupun sokongan macam nak perli huhuhu..but thanks nadz walaupun kau tak lari tapi kau tetap pelari di hatiku (wahh perasan lebi sikit).


hah sambung balik pasal si mina tu...bila dia lari depan aq pun ikut la lari depan sekali tiba-tiba terserempak dengan si huda pulak! wahhh..lari bukan main semangat lagi tau ok tak pe la dia badan kecik so senang nak imbang bukan macam mina badan macam ikan (hahahah tak la saja nak gurau jangan marah). pastu aq pun pecut la si mina and huda tu tapi macam biasa la pecut sikit terus pancit so huda pun ke depan la and aq dapat jalan ngan si mina tu..dia pun dah pancit macam aq. jalan punya jalan sekali terserempak dengan si fatiha and syahidatul so kami pun jalan la sama-sama..yang tak leh blah kami jadi batu api hakhakak! macam ni masa kami jalan-jalan kami nampak budak menengah atas dah lari so kami fikir masa dah tamat la. pastu de la budak-budak lintas kami so kami ni yang nak jadi batu berapi terus cakap cam ni "wei, dah habis masa la tak yah lari" de ke patut kami cakap macam tu terus budak yang lari depan kami tu berhenti and jalan je..aq punye la nak tergelak budak tu gi caya cakap kami. last sekali kami yang pecut budak tu and cikgu cakap masa belum habis lagi. pe lagi aq lari la mina dah kat depan aq pecut la dia.


tapi sayang aq and mina tak dapat nombor bengkek gile time tu lari punya laju pun tak dapat nombor memang tak leh blah la rasa cam nak sepak je tiang lampu kat tepi jalan tu huhu..tapi pe-pe pun aq rasa gembira sangat at least larian aq lebih meningkat dari tahun lepas yahoo!!..so i'm happy today walaupun tak menang tapi aq rasa puas! mina dah la lari cam itik hakhakak ^_^

Wednesday, January 20, 2010

malu

waaaa...malu besar gile aq tadi masa kat sekolah! gile malu la..macam mana aq leh tersilap orang ni?waahahaa..ok cam ni ceritanya..tadi kat sekolah ada latihan kawad bagi unit beruniform so aq pergi la..dah wat latihan tu kami pun di benarkan pulang la dalam kul 4.30 cam tu la..pastu kami nak cari nadz (dia PBSM tak sama ngan kami).. cari dia kat dewan terbuka niatnya nak cari tapi alih-alih pergi tengok budak rumah sukan kawad. pastu pada masa yang sama huda ngan mina pergi jumpa sorang cikgu ni yang kebetulan ada kat dalam dewan tu tinggal la aq sorng-sorng tengok budak-budak tu kawad. masa aq nak pergi kat tempat huda and mina aq 'macam' terserempak dengan sorang kawan ni. niat di hati nak menyapa la tapi yang dapat malu..


pastu aq pun pergi la kat orang yang aq sangka 'kawan' ni. aq pun sapa la..tapi tiba-tiba terkejut! lebih kurang macam ni la perbualan dengan org yang aq sangka 'kawan' aq ni..

aq gerak pergi ke arah dia..
"ha.." tak jadi nak sambung sebab tengok muka orang lain.
tergamam dalam satu or dua minit.
"opppsss...sorry tersilap orang hakhakhak"


terus aq blah dari situ bila tengok muka orang lain. budak tu pun tergamam gak rasanya ye la tiba-tiba ada minah tegur dia and dia pun tak kenal minah tu lagi la rasa heren. mesti budak tu kata "sapa lak minah ni? tiba-tiba sapa orang". aq rasa time tu merah gile muka aq tau! gile malu la aq..ya Allah aq tak tau la nak cakap macam mna tapi memang malu gile la aq ngan dak laki tu rasa nak sorok muka dalam bantal je. aq terus blah lepas minta maaf kat dak laki tu..waaa..aq harap aq tak jumpa la dia lepas ni kat sekolah. tak tertanggung rasanya nak jumpa ngan budak tu. dah la salah tegur orang eish malu sungguh! lepas blah dari situ aq terus tak pandang budak tu and wat tak nampak je dak tu...waaa aq tak nak jumpa dia lagi. YA ALLAH minta-minta la aq tak jumpa ngan mamat tu lagi..AMIN...

Sunday, January 17, 2010

langkah-langkah menangani stres

korang semua tentu stress kan? tak kira la sekarang,semalam,esok,lusa,tulat or sebagainya la korang mesti ada sikit stress kan? jangan tipu! jangan korang kata korang tak stress langsung sudah la..tu maknanya korang ni abnormal (tak normal). ni aq senaraikan antara langkah tuk menangani stress yang bersawang dalam otak korang tu..


1. tingkatkan sokongan sosial di sekolah/kerja.
- menjalinkan tali persahabatan sesama rakan kelas/sekolah.
- berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai. (jangan berkongsi dengan
samseng sudah/muka yang ala-ala jahat tu)

2. praktikkan pemikiran yang rasional dan positif
pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali
menyebabkan salah faham. sekiranya keadaan ini berlaku:
- Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda.
- Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta.
- Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih
munasabah.

3. Berkomunikasi secara berkesan.
- Jadilah pendengar yang baik. (bukan pendengar yang masuk telinga kiri kuar telinga kanan)
- Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas. (jangan simpan nanti makan diri)
- Hormati pendapat orang lain.
- Gunakan fakta dan bukan mengikut perasaan.(penting ni..)

4. Tangani kritikan dengan baik.
- Apabila anda dikritik:
* Bertenang. (paling penting jangan cepat melatah)
* Tentukan apa yang anda boleh percaya.
- Sekiranya kritikan itu bersifat membina dan benar:
* Terima. (terima dengan hati yang ikhlas bukan hati yg tengah geram)
* Ambil langkah yang sewajarnya.
- Sekiranya kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda:
* Dapatkan lebih maklumat.
* Betulkan tanggapan yang salah itu.

5. Tangani kemarahan secara berkesan.
tiga langkah yang penting:
- Berhenti:
akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang.
- Berfikir:
rancang fikiran anda.
- Bertindak:
gunakan daya tindak yang berkesan.

6. Atasi masalah dengan berkesan.
Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknil IDEAL:
- I : Identify the problem (kenal pasti masalah)
- D : Describe possible options (huraikan pilihan yang ada)
- E : Evaluate pros and cons (nilaikan akibat setiap pilihan / kelebihan dan kelemahan)
- A : Act based on the best possible Action (bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik)
- L : Learn (belajar dan semak semula)


hah ni la antara langkah-langkah menangani stress. cuba korang prektis mana tau jalan kan?. so sapa-sapa yang stress guna la tips ni. good luck! ^_^

Saturday, January 16, 2010

EXAM dah dekat belajar tak lagi!! waaa bencinya.. exam intevensi 1 hari khamis minggu depan bersamaan 21/01/10. takut sehh...masuk dah la form 1 and form 2 nye. aq dah la tak ingat pe yang cikgu ajar tahun lepas punya lepas (tak la sampai lupa semua ingat la jugak). aq ada la jugak pinjam buku dari budak from 2 kebetulan dak tu sebelah rumah aq so senang la sikit nak pinjam. pe la belum puas nak nak rasai nikmat 2010 dah kena exam! benci tul..macam tak leh tunggu bulan dua pulak! jangan bulan dua exam sudah nanti tak pasal-pasal aq mati otak lak..mati otak tu apa? mati otak tu..mati otak tu..hah! otak kita mati la..errrgg sebenarnya aq pun tak tau aq main tulis je..huhu.


sebenarnya aq tak de mood nak update ni..tak tau la kenapa. idea macam tak nak masuk je sebab tu la aq agak merapu sikit. buntu sehh..aq fed up gile ni nak kena hadap buku. tapi aq takut lak kalau fail macam ne? macam ne lagi aq kena marah la!. ok i will try to study smart not hard coz i don't want..pe yang aq merepek ni? ok jangan fikirkan nanti anda boleh pening..entry ni tak betul nye..ok i have to go now! ^_^


oh ya aq dah ada myspace! ilham_hati95@yahoo.com

Tuesday, January 12, 2010

pening

hye,,

sory dah lama aq tak update blog coz busy nak kawin ehh bukan tapi busy study..huhuuhu gatal tul nak kawin ingat dah besar ke? dah gatal sanggat nak kawin hah pergi la kawin sekarang miori tapi sayang kau tak ada pengatin lelaki..hahahaha ok aq tau tak kelakar! jangan ketawa!..ok sekarang ni aq memang sibuk mengile la mengalahkan perdana menteri huhu tapi tak la sesibuk cam perdana menteri tu...oit cam ne tu? ok lupakan lupaka! jangan fikir nanti kepala kamu boleh botak kerana fikir satu bende yang tah apa-apa ni..hehe


kerja sekolah,kerja sekolah and kerja sekolah! banyak yang ampun la aq cakap kat korang!! berlambak kerja sekolah sampai tak cukup tangan nasib baik kaki aq tak guna kalau guna aq rasa memang tak cukup la nak wat! hakhakhak ok tak kelakar saja aq nak gelak..tapi betul la aq sampai tak larat nak wat semua kerja tu. aq tau la tahun ni aq ambik PMR tapi jangan la sampai aq pun rasa letih nak wat. kadang-kadang tidur pun tak cukup tau gara-gara nak siapkan kerja sekolah especially mate memang boom gila la..baru sekali belajar kerja rumah berlambak dia kasi! tapi aq tau dia nak suruh kami ni pandai mate and berlatih tuk PMR nanti and nak kami wat yang terbaik masa PMR nanti. ok aq akan cuba untuk faham..


nampaknya sekarang ni aq akan jarang la nak update blog ye sebabnye terikat dengan waktu belajar, ni belum lagi tuisyen takut nanti sebulan sekali aq update tapi ok la dari tak de langsung kan? huhuhuhu..lagi dua hari bezday twins aq tu tapi aq tak tau nak bagi hadiah pe? sesiapa ada idea? tolong bagi cadangan, pe-pe cadangan la nanti aq akan pertimbangkan! huhu tapi mesti yang special tau!


ok la wa nak caow dulu..bye bye ^_^

Saturday, January 9, 2010

cintan-cintun

hari tu masa kat sekolah aq ada belek-belek buku teks bahasa inggeris coz boring dengar cikgu ajar so aq belek la seluruh pelusuk buku tu..belek je tak baca pun huhu. belek punya belek tiba-tiba aq ternampak sehelai kertas lukisan yang telah di conteng. aq pun pe lagi usha la kertaas tu nak tengok pe yang di conteng. sekali aq tengok ada ayat-ayat cinta yang sanggat puitis pada aq..ayat dia memang power gile la..tak ku percaya! cewahhh..ni antara ayat cintannyeee..




cinta,cinta,cinta
senang untuk ungkapkan
tetapi tidak tahu menilainya..
cinta juga bukan untuk
dipermainkan dan bukan untuk
diperbodohkan..
sebaliknya cinta ialah
untuk mencurahkan kasih sayang
diantara satu sama lain..
cinta menyatukan
segalanya..
tanpa cinta hidup merana dan
tiada makna..
dan untuk itu
jika terima cinta dari
seseorang terimalah dengan hati
yang ikhlas..
bukan dengan nafsu yang meluas..


hah ni lah antara ayat cinta yang aq lihat kat kertas tu..jiwang karat gile beb! aq rasa nak cair dengar hakhakhak..aq rasa la budak ni ada potensi jadi sasterawan la..ayat tak leh blah gile! tapia q respect pe sapa yang pandai wat ayat ni coz dorang semua ada idea yang menarik tuk tulis something tau. so kat dak ni aq wish u many good bad oh no but good luck. ^_^

Friday, January 8, 2010

ehhmmm

assalamualaikum,,

ok sorry sanggat sebab aq dah lama tak update blog ni..rasanye dah seminggukan? sorry aq tau korng rindu kat aq tp nak wat cam ne masa tak mengizinkan :( huhu. seminggu ni aq memang busy gile la sampai rehat pun tak cukup tau even tidur lagi la tak cukup. bila bangun pagi je ngantuk sudahnye tidur dalam kelas. sebab tu pe yang cikgu ajar tak masuk otak hahaha..banyak tul keje sekolah yang kena wat terutama mate memang banyak gile la. aq sampai naik fed up nak wat mate tapi nak wat cam ne kena wat gak kalau tak jawabnye belajar kat luar kelas la. ni pun aq dapat curi masa nak update blog yg comel ni huuhuhu (perasan). ok tahun ni aq PMR so aq kena lebih fokus kat study. mana taknye masa mula-mula masuk sekolah je terus belajar tak sempat nak bercakap ngan kawan-kawan yang dah sebulan lebih tak jumpa. waaaa stress betul la jadi dak PMR ni..


pe-pe pun aq nak yang terbaik tahun ni!!!.. so kena la jadi ulat buku tuk setahun, tahun depan leh relax tapi dua tahun lg mula gabra cam sekarang hehehe.. nak ambk periksa besar la katakan..(SPM). YA ALLAH rasa cuak gile bila fikir pasal exam ni rasa cam nak tercabut jantung pun de (dah la tadi kelas sains belajar pasal jantung huhu).ok relax miori u can do it. do your best..forget about love! love can't make u successs! eh tiba-tiba masuk pasal cinta lak..dah dah lari tajuk ni hikhikik. ok belajar belajar belajar! jangan jadi gile sudah sebab asyik hadap buku je..boleh gile dohhhh. see u next year eh bukan-bukan see u next timeeee..... -_^




pesanan penaja: tinggalkan komen korg kat ulasan tu..nanti aq pertimbangkan komen korang ok!

Saturday, January 2, 2010

m!or! life 2010

PERHATIAN! entry kali ni de sifat perasan sikit. so kalu korg nak baca silakan,kalu tak nak baca sudah..i don't care at all..!


HAPPY NEW YEAR 2010! walaupun dah lambat tp aq tetap nak wish gak tak kira. ok memandangkan dah tahun baru and umur pun makin meningkat aq di sina ingin mengatakan sesuatu about my life..eerrmm..tahun baru ni mesti de azam kan? ok azam aq seperti biasa macam korng gak bila orang tanya wei, azam kau tahun ni pe? of course korg akan cakap dapat 8A dalam PMR (ni tuk dak form 3 tahun 2010 je) and blajar sungguh-sungguh. ala ayat cam ni biasa dengar la and dah muak pun dengarnye..ok azam aq cam tu la tp tak tau la dapat or tak almaklum la aq ni kan 'terlampau' rajin huhuhu..


ok ni kan taun baru so serba-serbi kalau boleh nak baru betul tak? betul kan? ala jangan nak tipu la..ok aq pun mesti la nak semua baru mana boleh aq sorng je yg buruk org leh baru tak acik langsung..(dengki sikit aq ni..sikit je tau tak banyak). kalau aq banyak la jugak benda baru yg aq beli tapi kalau benda tu dah ada aq tak beli lagi sbb nye boleh pakai lagi and masih elok wat pe nak membazir? selagi boleh pakai aq pakai (sebenarnye tak de duit sbb tu ckp macam tu). tahun baru semua nak baru kan? baju sekolah baru,kasut baru,beg baru,pen baru and semua la baru oh ya satu lagi rambut pun nak baru hohoho..kejap kejap kejap cakap pasal rambut ni aq pun da potong rambut baru! aq potong pendek coz nanti tak yah nak kena ikaty rambut and tunggu rambut kering dulu..nak tau peten rambut aq cam ne? hahaha kelakar giler! macam rambut bear! eh bear ada rambut ke? ah tak pe kalau tak ada kita ada kan hakhakak..


semalam 01/01/10 hari aq gunting rambut yg cam cute ni..pada mulanye aq nak potong rambut depan je bagi pendek,rambut blakang tak nak potong skali mak aq suh potong blakang skali..dia bagi la idea nak wat rambut layer so aq pun setuju la nak wat rambut layer.. sapa tukang gunting rambut aq? of course my beloved mother yg gunting..so mak aq pun gunting la rambut aq..gunting punye gunting aq mula tak sedap hati tiba-tiba..makin la makin pendek mak aq gunting. aq pun cepat-cepat la tengok cermin..YA ALLAH bukan main kepalang aq terkejut! lain yg di suruh lain yg jadi. aq pun cakap la kat mak aq..

"mak, ni bukannye rambut layer!" terkejut time ni..
"ok la tu tak yah nak ikat pastu tak la serebeh macam rambut dulu" mak tersayang cakap.
"mak ni lain yg di suruh lain yg wat..tak lawa la rambut ni macam helmet je!" merajut sikit..

pastu mak aq pun ketawa je la lama tu aq pun ikut ketawa coz klakar gile rambut aq! hakakhak..pastu aq suh mak aq potong rambut depan skali coz aq tengok Jan Di dlm cite BOF (singkatan boys over flower) cute gile dia wat rambut tu..aq pun nak follow la rambut dia..mak aq pun potong la rambut depan. skali lagi aq TERKEJUT! mak aq gi potong senget!! waaaaa..sedihnye..habis rosak rambut aq..pastu aq sendiri yg betulkan rambut aq.last2 skali rambut aq jadi la macam Jan Di tu..ok memandangkan Jan Di tu cute ngan potongan rambutnye tu and aq pun wat rambut cam dia maka secara automatiknye aq cute macam dia.. cume kulit aq ngan kulit dia lain sikit..dia cerah sikit aq tak cerah and tak gelap kira ok la..huhuu..so sekarang ni aq umpama Jan Di malaysia. perangai kami pun hampir serupa tp aq ni kira sopan sikit la dari dia.


habis pasal rambut aq yg cute cam Jan Di tu and skarang pe yg aq nak capai dalam 2010 ni..hahaha sebenarnye banyak aq nak capai tp takut tak muat pulak entry ni. so aq tak nak tulis..oh ya memandangkan tahun ni aq PMR so aq akan jarang update blog ni. jangan la sedia bukannye aq tak update langsung cume JARANG je coz nak tumpu pada pelajaran tapi kalau de masa aq akan update blog ok? jangan sedih aq tahu korng sayang kat aq tapi nak wat cma ne dah itu takdirnye..kita hanya berserah ok!


so untuk budak-budak PMR tahun ni berusaha ok jadi yang terbaik! ok di kesempatan ni aq nak ucap terima kasih kepada kawan-kawan yg bgi SMS ucap slamat thun baru and tuk maaf aq tak reply coz kredit kong. so aq nak ucap happy new year to you..ok wat yg terbaik tuk PMR ni ^_^