Saturday, April 24, 2010

luahan aq terhadap seorang rakan yang.....

Buat baik salah,buat jahat apatah lagi. mungkin orang selalu melihat keburukan kita dan tidak melihat pada kebaikan yang pernah kita lakukan selama ini. mungkin ini juga nasib yang telah ditentukan oleh allah terhadap seseorang itu. supaya nasibnya sentiasa bermasalah mungkin satu hari nanti kebahagiaan akan datang padanya tanpa di duga.Tapi dapatkah kita menerima nasib itu? dapatkah kita mengharungi nasib yang sentiasa datang pada kita tanpa henti? eh eh kenapa nagn aq ni? sewel sudah? this lately banyak sangat problem aq dapat..tak tau la napa. nak cakap aq ni tak bermasalah langsung tak la, aq ni nakal la juga tapi tu la dah masalah nak datang nak wat cam nekan? kut nak sekat lak macam sekatan polis macam kat highway tu..aq tak tau napa ngan dia ni.. masalah mentel kut? tak pun de masalah jiwa? asal dia nak wat dajal kat aq? pe yang aq dah wat kat dia sampai dia sanggup wat aq cam ni? ok aq mengaku yang aq ni suka cakap lepas tapi semua tu di luar kawalan aq! aq bukannya sangaja pun. Aq tau ko mesti marah kat aq kan pasal aq ejek ko sampai satu kelas pun ejek ko..tapi apa yang aq wat adalah setimpal dengan apa yang kau wat kat aq! kau lagi teruk dari aq! kau ejek aq ada aq bengkek? kau mengumpat pasal aq ada aq kisah? suka hati ko la nak wat pe pun tapi bila aq ejek ko..ko tak puas hati lak? ko wat orang leh orang wat ko tak leh?

ko jangan ingat ko tu anak cikgu kop bagus la? ko jangan ingat ko wat baik ngan aq kira aq tak tau la pe yang ko wat kat belakang aq? wei ko boleh masuk longkang la..GEMUK!!!! aq benci kau!!!!!! kau jangan jadi hipokrit la..aq tau semua yang kau buat walaupun kau talam dua muka kau jangan ingat aq diamkan pe yang kau buat aq takut dengan kau!! aq diam kan supaya aq nak tengok sejauh mana kau nak kenakan aq and sejauh mana kau nak jadi macam musang berbulukan ayam depan aq! jangan sampai aq penat nak sabar dengan kau nanti kau baru kenal sapa HAZIRAH yang sebenarnya. kau jangan ingat yang aq ni tak leh marah orang walaupun aq ni selalu happy and ketawa sepanjang masa and takut dengan kau eh boleh jalan daa..budak laki mungkin takut dengan kau sebab kau ni anak cikgu yang berkuasa disekolah. mungkin dorang boleh ikut je corak perwatakan kau tanpa halangan sebabnya adalah sama. mereka takut kau bagi tau mak kau and mak kau akan marah dorang..okey tu maybe orang yang kecut dengan kau tapi aq tak!! aq bukan macam dak laki yang penakut dengan kau and ikut je apa yang kau cakap ..aq berbeza dari dorang..

Aq ada bukti yang boleh tunjukkan yang kau ni bersalah tapi aq akan simpan bukti tu sampai aq tau hilang kesabaran aq..kau jangan ingat kau bijak kau leh mendabik dada..kau ingat yang kau tu dah kurang ajar dengan cikgu..pasal kau kami sekelas dapat terima padahnya..aq mengaku dulu kau baik and aq suka kawan ngan kau tambahan pula kau pandai tapi sekarang aq rasa aq tak kawan dengan kau pun aq rasa bagus..now kau dah lain sangat dari tahun lepas..aq harap sangat kau dapat berubah jadi yang lebih baik..kau kena ingat sejauh mana pun kau pandai tapi kalau kau dah sakitkan hati cikgu jangan harap kau akan berjaya..kau bukan sesiapa pun..kau dah banyak keluarkan perkataan yang kesat kat cikgu..kau dah lain sekarang mungkin kau dah kawan dengan orang yang salah thats why you become like this..aq harap kau akan sedar..ingat la yang kita ni nak PMR..kau dah buat cikgu marah dengan kau tapi kau tak pernah nak mintak maaf dengan cikgu balik.. aq cuma nak kau sedar je kesalahan kau sebelum terlambta..

aq nasihat ni atas belas seorang kawan and aq mintak maaf kalau aq ni banyak wat ko sakit hati..aq tau aq ni tak sepandai kau tapi tak salah kalau aq nak luahkan perasaan aq..kau nak kau berubah jadi cam dulu tu je..



p/s: entry ni penuh ngan emosi..aq tulis ketika beremosi so maaf kalau ada tersalah kat mana-mana..@_@

Sunday, April 18, 2010

thanks!!!


lawa tak gmbr ni? ni kawan aq yg edit sempena birthday aq hari tu..happy sangat sbb gmbr ni cantik..ada satu lagi gmbr yang dia edit untuk aq..gmbr aq dengan my boyfriend (perasan saja) kim hyun joong sweet sangat pic tu..aq happy tahap gabban bila dapat pic tu..happy happy happy ok terlebih sudah..sebenarnya kawan-kawan aq yang lain pun ada bagi hadiah gak..nadz kasi teddy bear yg ada logo KFC kt bwh tu tp tertutup (nampak sangat free) huhu..sebenarnya ayah dia keja kat situ tp bukannya keje kat dlm KFC tau tp jd dreber pengurus KFC( tak silap aq la..) bawak mercedes tu..tp teddy bear tu kiut sangat.thanks!! huda kasi tag nma yg tertera perkataan 'MIKA'  and kad ucapan yg kiut bangat (tiba-tiba indon lak).  mina kasi pensil corak zebra dua batang waahaha nampak cam kiut lak..klaka tul mina ni balut punya la besar tpi isi ciput huuhu nak tergelak kuar usus aq bila tengok hadiah tu..tp apa2 pun aq argai semua hadiah yang dorg kasi kat aq walau tak seberapa.. sebenarnya benda ni dah lama berlaku tapi aq 'macam' tak de masa nak cerita kat korg..gambar kat atas tu ekyn yg kasi kat aq..thanks ekyn..


walaupun da lama berlaku tapi aq happy setiap kali tengok gambat ni..actually kami ambik gambar ni masa KOT tahunan bulan lepas..sehari sebelum hari jadi aq..sayang korg sume..and thanks because jadi kawan aq yg kerek hehehe gurau je..kawan yang baik..hope kite akan terus bersama sampai dewasa..


p/s: satu badan sakit lps main futsal semalam kat sek. khas tuk pengawas..kami dapt saguhati je tp bola jaring dpt nombor satu!!! yehhh happy sangat..

Sunday, April 11, 2010

wajah baru

Aq dah tukar background baru..what do you think?
cantik tak? sebenarnya aq tak tau nak
wat pe tu yang dok ceroboh blog aq tu
alih-alih terasa nak tukar
background lak..ye la mesti muak
tengok bacground yang samakan sepanjang hari,
minggu,bulan,tahun,abad and bla bla bla..


teacher aq ade suh wat esai pasal pe-pe je
tapi tak tau nak wat tajuk pe..pasal pe ye?
wat pasal diri sendiri tak le..
nak wat pe hah?
????
???
??
?
hah dah dapat!! aq nak wat....
................................
..........................
.................
..........
.....
...
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.

ALAMAK
 .
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
..

 
 tak ingat la nak wat pe..
korang de idea nak wat tajuk apa?
huhuhu


 
gedik lebih aq ni..
 
 
 

Saturday, April 10, 2010

permata pintar

Assalamualaikum dan salam ceria untuk korang semua yang berada di mana-mana sahaja..cehh 'macam' bersemangat lak aq ni.. nothing to write today just suka-suka nak abiskan page huhuhu gila sudah!! hari ni terasa cam nak melalut and merepek la pulak..tak tau kenapa.. oh ya sebelum aq terlupa aq nak tanya korang..korg penah tak dengar tentang program permata pinta? program ni tak silap aq tuk budak-budak yang pintar cam adi putra je lah masuk eh eh tak tak tipu korg je..program ni kawan aq kata bagus.. dapat pergi kem 3 minggu semua di tanggung beres oleh pihak UKM..program ni tuk budak yang umur 8-15 TAHUN SAHAJA. kalau yang lebih dari tu tak leh la.. tapi sebelum korg dapat gi kem ni korg kena jalani ujian berkomputer dulu untuk menentukan korang ni layak or tak gi kem tu. ala soalan dia senang je.. aq dah buat pun.


ujian ni bermula dari 1 mac 2010 hingga 31 mei 2010.. cepat sertainya sebelum terlambat..tapi di ingatkan sekali lagi program ni hanya untuk pelajar yang berumur 8-15 tahun sahaja..layari permatapintar sekarang...kakak kawan aq pernah pergi ke program ni and dia kata program ni seronok sebab kita dapat berjumpa dengan ramai kawan..ok la selamat mencuba and semoga berjaya menduduki ujian tu..sebarang pertanyaan korg leh tanya aq mana la tau aqq leh tolong ke? itu pun kalau aq tau la tapi aq akan cuba juga jawab pertanyaan korg...


babai..



p/s: entry kali ni pendek je coz tak tau pe nak tulis and melalu...

Monday, April 5, 2010

BUMNNNNNN..warrrggghhh


 emosi aq seperti ni sekarang

waaaaaarrggggghhhhhhhhhhhhh...rasa cam nak menjerit kt satu dunia je!!! fed up tul ari ni rasa cam nak bunuh semua org je kasi puas hati aq!!!!! bencinya..pasal la aq ni benggap sanggat? asal la bodoh macam beruk sanggat? aq dah belajar dah pun, even ulangkaji pun masih belum dpt jawap lagi!!!! sengallllllnyaaa..i hate my self :( kenapa la teruk sanggat aq ni? asal cuai macam taik lembu? asal? asal? asal? malu siot.. gila malu aq macam nak sorok muka kat dalam lubang tandas je..eh eh tak nak lubang tandas la tp bawah katil. lubang tandas tu jijik sanggat. malunya ALLAH je yang tau..masya-allah aq dah tak tau pe nak jadi kat aq sekarang ni rasa cam nak fly pergi jauh dari kelas aq and sekolah aq..nak fly mcm bird round dunia ni no need to think about my school, classmates. friends and everyone!! i want to be alone for this time..nak kesal sekesalnya..rasa cam nak putar dunia ni balik je biar aq wat betul-betul tapi apakan daya aq tak leh wat semua tu..aq hanya insan yg lemah dan tak bermaya (cehhh macam syahdu je)


korg mesti fikirkan pesal la aq ni membebel tak tentu pasal macam lori kena langgar (betul ke mcm lori kena langgar? ahhh lantak la tengah marah ni jangan kacau syuhhh syuhhhh)..sebenarnya aq rasa sedih sanggat hari ni macm hujan nak turun je..apa kena mengena hujan ngan aq ye? mampus la malas aq nk pikir and explainkan untuk korg. aq tengah tak de mood ni. tngah rasa macm nk cekek someone..sapa nak kena cekek ngan aq? angkat kaki! ok aq gurau je..tapi serius aq fed up gile hari ni..aq macam tak percaya dengan apa yang aq dapat..macam mimpi dalam sedar...YA ALLAH YA RABBI..asal aq tak sedap hati gile ni bila dapat tau je pasal tu? asal aq macm tak betul je otak ni? rasa cam nak botak kepala aq pikir..lemah gile aq ni..aq kena kerja kuat lagi la lepas ni kena lupakan seketika pasal semua benda yang aq ada and fokus untuk satu perkara ni je..aq dah tak tau nak wta pe lagi lepas ni rasa cam malu ngan kawan-kawan semua tapi tak malu sanggat sebab aq ada rahsia besar dia orang dan kalau aq bagi tau pada org atasan (orang atasan= cikgu) surenya la dorg kantoi and fail!!


what can i say to you all is I'M FAIL!!! FAIL!! FAIL!! FAIL!! hate my self..



p/s: Aq tulis ni msa aq bad mood and apa yang aq tulis itulah luahan hati aq yg sebenar-benarnya. Harap maaf sapa yg tak faham ini cuma luahan hati aq yg gersang..erkkk??

Saturday, April 3, 2010

e-novel and happy birthday my friend!!

Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday happy birthday,happy birthday to youuuuuuu..ehem sedap tak oden nyanyi? ada macam siti nur halimah tak?eh bukan tapi siti nurhaliza la..hehe perasan kan aq ni? okey sebenarnya aq nyanyi lagu ni khas untuk kawan aq yang menyambut ulang tahunnya yang ke-51 hari ni..51? bapak tua bebonar kawan oden? oohh 15 tahun daaa...ni ada sedikit ucapan untuk kau:

dear my friend ikhwan,(lelaki tau kawan sekelas aq)
aq nak ucapkan happy birthday tuk kau yg ke-15..
> semoga kau dimurahkan rezaki
> semoga kau jadi yg lebih baik.maksud aq bukan 
nye kau tak baik tp jd yyg lbh baik la..
ala mcm mna nak cakap ek?ah x pe la
> arap kau terus maju dan happy selalu macam aq..(promote
diri nampak?) x mau masam-masam
jam asam jawa
> semoga dapat 8A's dalam PMR..amin..
doakan aq juganya..
okey la tu je aq nak cakap yg penting kau 
gembira di samping keluarga yang tersayang..
BYE (>_<)

Dah habis pasal kawan aq. tutup citer pasal dia and bukak citer laen lak.dah hampir dua minggu aq tak mengupdate blog ni sbb exam berlangsung and tak cukup masa nak buat entry baru..sejak kebelakangan ni hobi aq adalah membaca e-novel..benda apa tu? korang jangan tanya aq sbb aq pun kurang faham apa tu e-novel tapi apa yang aq tau e-novel tu lebih kurang macam buat novel dalam blog la. Ala macam yang kita tau sebut je novel mesti kita ingat kena beli bukukan? tapi ni tak..novel yang terdapat dalam blog..macam mana nak cerita pun aq tak tau tapi ni aq akan cuba senaraikan e-novel yang aq tau and ada baca novel dorang..so yang minat baca novel klik la kat bawah ni..


hah ni la antara e-novel yang aq tau..tapi kalau korang ada e-novel yang korang tau bagi tau la kat aq..boleh kongsi..dorang ni a tabib sbb pandai buat jalan cerita and citer yang cukup best pada aq, pada korang tak tau la best or tak..setiap orang kan ada pendirian masing-masing so terpulang kat korang nak kata citer dorang best or tak tapi pada aq citer dorang best la juga..penceritaan yang menarik dan jalan cerita juga menarik,konsep cerita yang mengenai jiwa remaja (ye kot?)..waahhh macam pengkritik la pulok oden ni!!ok selamat membaca dan terus menyokong karya-kaya mereka dan terus menyokong bidang penulisan..ceeehhh terlebih sudah!!





janae!!!