Saturday, June 25, 2011

lalalla

assalamualaikum,,

sudah lama jugak aq menyepi dari menulis apa-apa pada blog ni kan? rasa cam dah lama sangat! aq tak tau la kenapa tapi lately ni aq malas sangat nak update blog. Jari ni rasa cam malas nk bergerak tekan papan kekunci laptop ni. rasa malas nak menari-narikan jari taip satu-satu perkataa. uhhhh jauh melalutkan. rasanya aq tak update blog sejak dari 21 mei 2011 dan entry aq yang terakhir ialah sekolah rendah wahh dah lebih sebulan gak la aq tak update apa-apa story.

aq sebenarnyakan dah banyak kali buka blog nak update tapi tiap kali aq nak update je mesti idea aq hilang tah kemana. baru nak tulis satu perkataan jari aq dah berhenti tak tau nak tulis apa. betul-betul hilang idea aq. aq pun tak tau nak tulis apa. ni pun aq tulis apa yang terlintas dalam otak aq. kalau melalut tu korang abaikan je la. aq dah tak tau nak tulis apa.

korang ingat lagi cuti sekolah 2 minggu tu? hah! korang wat apa cuti sekolah tu? melancong? balik kampung? atau ada kat rumah dan termenung je? ha..kalau aq errmmm memang sibuk la aq cakap kat korang. rasa macam aq tak cuti je. mana taknya dalam masa dua minggu tu aq tak duduk diam langsung. kaki aq asyik gerak sana, gerak sini tak henti-henti. minggu pertama tu aq pergi kem di sg.buloh, selangor selama dua hari. kem pasal alam sekitar. best g sana. balik je dari kem kat sg,buloh tu aq g pulak kem kat raub,pahang selama seminggu.. mak ai memang penat r.. balik dari kem terus g kem lain pulak.

lepas cuti je aq memang sibuk ngan aktiviti kat sekolah. macam-macam aktiviti aq kena terlibat. memang tak cukup rehat la. yang terbaru ni nak kena kawad kaki pulak untuk K.O.T (kejohanan olah raga). nampaknya memang aq balik lambat la setiap hari. pastu lepas je habis K.O.T tu aq ada aktiviti lain pulak. macam-macam. nampaknya aq kena pandai manage masa aq sendiri la. baru-baru ni aq ada masuk pertandingan blog.ala kat sekolah je. kena buat pasal blog. aq dah la tak pandai sangat bab IT ni tapi gatal gak nak masuk! fuuhhh! doakan la aq menag tau (walaupun aq tau tipis tuk aq menang) memang ramai la yg join masuk pertandingan blog ni. nak tengok blog aq? oke ni blog yg aq masuk pertandingan tu..tak lawa pun :( klik sini so harap korg boleh komen. :)


aq dah tak tau nak cakap apa dah! so bye!!!


gotcha!!!