Sunday, February 27, 2011

2 in 1..boleh??

hai semua, salam berhujung minggu!
                                                                       
                                                                     EXAM (tjk entry)
     demam exam dah habis last week. 1 minggu otak aq bekerja keras nak ingat semua subjek. baru test 1 belum lagi ujian pertengahan tahun n akhir tahun mau pecah agaknya otak aq ni nak kena putar balik topik belajar sebelum-sebelum ni T__T. dah la aq kena bersaing dengan classmate aq sendiri yang semuanya pandai-pandai cuma aq je yang tak pandai (sdg merendahkan diri). betul aq tak pandai..x caya ok korg kasi soalan budak universiti punya cuba tengok aq boleh jwb or tak. (haha..ketekejalan di situ). ok nak tau komen aq psl paper tu semua..mari kita ikuti..:

B.MELAYU: alhamdulillah aq boleh jwb cme ada bahagian B tu dia suruh kasi peribahasa berdasarkan petikan yg diberi mampus kau..otak aq tersekat tak tau nak letak peribahasa aq. dah la aq tak pandai berperibahasa sangat ni nak suruh kasi peribahasa yg sesuai dengan petikan tu..nasib baik petikan tu senang n ada la peribahasa yang aq tau sikit-sikit. tapi keseluruhannya ok la paper bm.

ENGLISH: hahahahaha..(mari ketawa sama-sama) ni senang mcm kuaci je (org suka gne kacang goreng kan. tapi aq nak gne kuaci..len skt). tapi ada bahagian2 t'tentu aq careless skt..sedih sikit di situ tapi tak pe la benda dh lepas.

MATHEMATICS: hah ni satu lagi senang mcm kuaci. pejam mata pun boleh buat (ckp besar kjp).. saya sayang ckg (bg soalan senang sayang la..kalau soalan susah I hate you..eh x la..)

SEJARAH: salah 1 subjek yg diisytiharkan wajib lulus (benci betul!). tapi nasib baik soalan yang dia kasi senang n aq boleh jawab hanya dalam masa setengah jam..senang kan??korg boleh jwb setengah jam? haha..tapi dia aq masuk bab 2. dah la aq tak belajar lagi sekali dia masuk daa..otak aq jam lagi..soalan tu aq tinggal last sekali. 3 minit terakhir baru aq wat menggunakan kuasa baling dadu..(anda sendiri tahu bukan bagaimana baling dadu?)

P.ISLAM: baru je hbs jumaat lepas. senang gak..cume soalan pasal makna ayat al-quran je aq terkial-kial nak buat sebab tak tau..huhu

ADD MATH: malas aq ak ckp pasal paper ni..soalan yang dia kasi masya-Allah tak terfaham aq..nasib baik 2 soalan je kalau tau..tunggu la buah tangan dari ckg..

PHYSICS: hanya mampu bertawakal je kat paper ni.

CHEMISTRY: alhamdulillah aq boleh jwb. thank ckg!! saya sayang ckg.(hanya ckg n aq je tau pasal apa aq ckg syg..hehhe)

BIOLOGY: waaaa..waaa..soo..sob...sob..sob (nak nangis jap..jangan kacau! klu nk join pun leh) waaa...waa...maaakkk...sob..sob..sob (jap lap hingus meleleh)..waaaaa...aq akan menangis bila dapat paper ni nanti.. MAAFKAN SAYA CIKGU..lain kali saya tak buat lagi..lain kali saya buat betul-betul sampai dapat A+..insya-Allah

Dah habis topic pertama.. tu je komen aq pasal semua paper yg aq ambik ...masuk topic len pulak



                                                                     MOTIVASI 
    dah habis pasal exam kita masuk pulak pasal aktiviti yg aq buat semalam. ok semalam aq ada motivasi kat TAKAFUL IKHLAS anjuran TAKAFUL IKHLAS tu sendiri la. motivasi ni mengenai kejayaan di dunia dan akhiran  & bagai mana menjadi pelajar cerdik dan baik. motivasi ni antara motivasi yang best pernah aq pergi. sebab aq aq cakap best? sebab sebelum-sebelum ni semua program motivasi yang aq pergi semuanya hanya duduk di kerusi and pasang telinga je tanpa pergerakan tapi motivasi yang di anjurkan oleh TAKAFUL IKHLAS ni dia bukan sahaja kita duduk kat kerusi and pasang telinga tapi dia banyak melakukan pergerakan seperti game. penceramah yang memberi motivasi ti ada 3 org..abg arif, abg bad
(bkn bad dlm majika tu ek) and Tok wan (tak tau nama dia. dia yg suh panggil cm tu).

     PAling best dia kasi grup and grup mana yang dapat merkah terbanyak akan dapat markah. nak tau grup aq nama apa? hah grup aq namanya RABIATUL ADAWIYAH.. islamik kan nama tu? sebenarnya bukan grup aq yang nak nama tu tapi abg fasilitator tu yg kasi. tapi aq suka nam tu..sedap sangat. motivasi yg dia kasi memang best and menyentuh hati gitu expecially slot ke-3 iaitu slot bertajuk penghalang diri..waaa...sedih betul slot ni.meyentuh hati.

     Setiap grup kena aq kata-kata semangat and grup aq punya memang la kelakar terkejal pun ada gak semua ye dtg dari idea aq yg gile2 tu..wat malu je. nasib baik majoriti yg hadir tu perempuan kalau lelaki maunya aq sorok muka dalam kain meja tu hahha.. tapi grup aq semuanya sporting habis. grup kiteorang memang hyper nak mampus. ada bab nyanyian tu memang grup kiteorg balun r expecially aq. dah la suara tak sedap boleh lagi nak nyanyi. semua lari, tone lagu tu pun aq main belasah je. nak dapat markah punya pasal..haha.

    bab makanan lak memang sedap..3 kali sehari makan. sampai malam pun kenyang lagi. Pagi tu dorang sajikan kami mihun goreng, nugget and onde-onde or kuih melaka..sian kat orang yg beeratur belakang sekali tak dapat nak makan nugget coz dah habis mana tak nya semua ambik 3 4 biji sorang. memang tak sempat r yg kat belakang tu. aq? kalau nak tau..aq la orang pertama yang keluar dewan tu and orang pertama yang ambik makanan.orang lain ambik makanan aq dah habis makan and dalam besen letak makanan tu gak la pinggan aq yg pertama..hahaa..cepat je pasal makan..makan tengah hari pulak nasi putih, ayam kicap (my favourite tu), sayur campur (x suka sayur..thats why aq kecik), and tempe (memang sedap r tempe.. i like), buah tembikat tidak dilupakan. air oren je..tapi lega tekak lepas penah menjerit haha.. makan petang lak dia kasi bubur nasi, karipap and muffin (muffin tak sedap, krim banyak ..aq tak suka krim!!) and air tea o panas..fuhhh..sedap..

    Majlis penutup diadakan di surau selepas solat asar berjemaah. Ucapan penutup disampaikan oleh TOK Wan dan tibalah masa yang di tunggu-tunggu oleh semua. keputusan grup yang dapat markah tertinggi..jeng jeng jeng (kasi suspen) kumpulan yang dapat markah tertinggi sekali ialah kumpulan...................................
RABIATUL ADAWIYAH...wahhhh kumpulan aq tu..kumpulan aq tu..hahah..sebagai katua kumpulan aq pun dengan segan silu pi ambik hadiah..hahaha..malu kut time tu! markah yg grup aq dapat 180. banyak gak la..berbanding yg lain haha..tak sia-sia tekak aq sakit menyanyi lagu yg tonenya lari haha..

   habis je majlis penutup tu balik la kami semua..selamat tinggal..program yang best!


ok menurut tajuk entry aq yg paling atas sekali terbukti benar iaitu 2 story in 1 entry..sebenarnya nak buat 1 story je tapi terasa nak buat dua lak..so hopely u all enjoy.. ^_^



gotcha!!

Sunday, February 20, 2011

pelajar UM hilang

jeng..jeng...jeng..tgk tjk entry pun dah suspen kan? Tak suspen? ok tak pe..tak mou kawan..ahah..

dear MRM (singkatan tuk MIORY STORY MORRY..mls nak tulis panjang-panjang)
   pagi ni perumahan tempat tinggal aq gempar dengan misteri kehilangan pelajar UM..hissyy..terkejut aq bila dapat berita tuh (mcm de kaitan ngan aq je). pagi tadi tengah aq syok tengok cerita kartun kat tv (cm bdk2 je even dh umur 16 thn) tiba-tiba aq dengar suara orang duk bising-bising kat luar. dok ketuk pintu rumah orang. aq ingat orang nak jual barang so malas la nak ambil kisah, cepat-cepat aq tutup pintu rumah tak nak kasi orang jual mai (jahatkan?). memang bising la kat luar tu orang duk ketuk pintu kuat-kuat macam nak pecah rumah (tiba-tiba aq jadi takut pulak) bagi salam pun kuat..hussgghh.. aq masih lagi buat bodoh dalam rumah tu macam tak de apa-apa yang terjadi..pastu mak aq jenguk la kat luar nak tengok apa kes bising-bising kan? sekali terserempak lak ngan ayah aq kat luar pintu rumah (baru balik dari berjalan ngan cucunya) mak aq pun tanya lah pe hal yang terjadi. so ayah aq pun ceritalah benda yang berlaku. aq pe lagi pasang telinga sekali la nak dengar.

     Ayah aq pun cakap la ada pelajar UM hilang kat sini. sekali lagi aq terkejut. rupa-rupanya yang bising-bising tu bukan orang jual barang tapi orang cari orang..faham?. ceritanya begini pelajar UM yang hilang merupakan seorang wanita dan dia merupakan calon pilihan raya kampus diorang. so semalam diorang ni ada la datang kawasan rumah aq coz nak kutip undi (betul ke? ala yang masa pilihan raya tu calon pilihan raya nak menang datang kat rumah orang nak mintak undi lah kan? aq tak tau la..lebih kurang cam tu la). Si calon pilihan raya ni datang la dengan kawan-kawan dia kat sini. nak dijadikan cerita. si pelajar UM yang hilang ni nak beli top-up kat bawah flat aq. dia turun la sorang-sorang, kawan-kawan dia yang lain ni tunggu kat atas.
 
    Tunggu pun tunggu tuan badan tak sampai lagi. tunggu lagi tak sampai gak. pastu diorang carilah pelajar ni tapi tak jumpa. so dorang syak kawan dorang ni kena kidnap..waaaa takut lagi. cari-cari tak jumpa gak so mesti lah pelajar ni hilang kan. impossible la kalau dia ni g mana-mana sampai tak inform kat member dia. dah la dorang mengundi esok hah memang sah la dia kena kidnap ngan sapa-sapa yang ada niat jahat kat diakan?. biasalah kalau bab undi-mengundi ni macam-macam perkara yang boleh terjadi diluar jangkaan kita. tak baik la buat cam tu kan? biasalah kalau mengundi ni ada yang kalah and menang. jangan sampai ikutkan perasaan badan binasa tak pasal-pasal masuk jail kalau disabitkan kesalahan (mcm polis lak aq ni). ok berbalik pada cerita. akan ni still lagi tak jumpa gak.

    operasi mencari pelajar yang hilang pun bermula dari semalam sampai hari ni (setakat sekarang). Meraka semua mencari di kawasan sini dan aq pun usha la sekali nak tau pe yang terjadi. tengok ramai gak yang terlibat dalam operasi mencari ni tak tertinggalan jawatan kuasa perumahan ini juga membantu mencari pelajar itu sekali. ( sungguh terharu di situ..tak tau kenapa T__T ). aq pun tengok sekali tak tau nak wat pe lagi kang aq menyibuk tak pasal-pasal aq yang kena. dalam ramai-ramai orang tu tiba-tiba mata aq tertatap pada seorang abang ni..masya-allah..mata aq tak nak berlalih lah pulak (tengok sempat lagi nak mengatal)haha..so operasi mencari masih dijalankan kut sekarang ni..

    apa yang aq boleh cakap ialah semoga akak tu elamat dan dijumpai dengan selamat..amin..sama-sama lah kita berdoa.

Saturday, February 19, 2011

time to change background

dear MIORY STORY MORRY,
    Aq tukar background blog aq.. cool kan?? nak tau sapa tu? hahaha..that was my hubby..jangan marah naa..awat hang pa jeles ka?? ade aq kisah? haha...just kidding.. to nadz lihat lah siapa yang aq letak gambar tu...ko nak?? huffhh...boleh blah..aq nak sorang je tak mou share.. his mine..no kong si fax cai naa..(ada kaitan ke?)

dear MIORY STORY MORRY,
    ujian 1 akan bermula isnin ni, 21 hari bulan...first exam aq masa form 4.. cuak pun ada tapi masih lagi boleh cool..yelah selama tiga tahun (dr form 1-3) aq belajar benda lain so bile dah masuk form4 ni everything dah berubah..format nak menjawab soalan tak sama cam menengah rendah dulu..hopely aq dapat wat yang terbaik ek! korang doakan ek! amin...
  
    rasanya dah tak de pe nak cakap dah..idea tak timbul pulak sekarang ni tak cite pe..so tu je lah..len kali aq story lagi..see you next time ok!



gotcha!!!

Saturday, February 12, 2011

kawad kaki peringkat wilayah

assalamualaikum,

dear MIORY STORY MORRY,
      hari ni dalah sejarah hidup aq, aq sertai pertandingan kawad kaki peringkat wilayah. sebelum ni aq kawad kaki peringkat sekolah je *macam jaguh kampung. aq sertai badan beruniform bulan sabit merah (walaupun aq sebenarnya ahli puteri islam). ok aq sebenarnya adalah orang yang di import sebab budak BSMM (bulan sabit merah malaysia) tak mencukupi ahli so aq dengan suka relanya nak sertai kawatd kaki tu *padahal tak tau langsung nak kawad farmasi tu. dan alhamdulillah ahli kawad kaki mencukupi. kiteorang hanya practise seminggu je. tu pun sehari aq tk datang. korang bayangkan empat hari je aq nak kena belatih dan buat farmasi sebelum pertandingan tu hari sabtu *kiranya hari ni la. aq belajar cara nak buat farmasi dalam masa empat hari..fuhhh! *ikut gaya Awal Ashaari dalam rancangan FUHHH! akhirnya aq dapat buat walaupun masih terkial-kial (at least aq cuba. korang ada??huuu) yang paling aq tak geti nak buat ialah kawad jalan perlahan..perrgghhhh!! susah nak mampus masa first time belajar tu! macam robot je aq tengok..time tu memang aq fail and aq tak suka buat!!...banyak kali aq salah buat..jalan terlalu cepat r tak tengok orang kanan r..and time nak belok tu fuhhh!! macam taik kambing je aq rasa! sungguh mengecewakan.. farmasi pun macam tak betul je tapi tak la teruk sanggat, biasa je. tapi nak buat macam mana kami kesuntukan masa.

dear MIORY STORY MORRY, 
      hari yang dinanti dah pun muncul. pertandingan tu di adakan di DATARAN MERDEKA. masa aq sampai tu aq tengok dah ramai dah budak unit beruniform dari sekolah lain. tiba-tiba jantung aq berdenyut kencang *takut la pulak. aq cuba kuatkan diri dan berharap kami dapat buat yang sebaik mungkin dan sehabis mungkin. aq takut kalau aq fail jalan perlahan ohhh tak dpt ku bayangkan kalau salah kaki..makkkk!! *asal tiba-tiba melibatkan mak dalam hal ni? ok lupakan.. kami pun berkawad la seperti biasa..ada abg budak sekolah kami datang and bagi sikit tips serta sokongan..terima kasih abang *sorry tak tau nama abg tu r. aq cuba untuk buat yang terbaik.akhirnya giliran kami untuk menunjukkan skill kami *cewahhhh . kami giliran yang ke-8..memang junuh nak tunggu satu-satu sekolah tu habis buat farmasi. oh ya!! aq terlupa nak bagi tau yang sekolah kiteorang hantar dua wakil untuk kawad kaki peringkat wilayah ni iaitu PENGANGKAP dan BBSM. Farmasi yang dilakukan pengakap sekolah aq memang superbbzzzz r!! best je aq tengkok!. kiteorang?
    
       bila dah nak sampai giliran kiteorang tu. jantung aq lagi r nak berdebar dah macam kena robek je..haha.. akhirnya habis jugak kawad kami..farmasi kami..walaupun ada yang tak betul dan still ada sedikit keteraburannya tak apa lah yang penting kami dah buat yang terbaik..menang kalah tu biasalah adat pertandingan *memang rasa tak menang pun .


dear MIORI STORY MORRY,
         di sini aq nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang banyak membantu aq terutamanya nadzirah. kau dah banyak tolong aq untuk pertandingan ni terima kasih banyak-banyak..sepanjang masalah yang berlaku semuanya aq ngadu kat ko * cam dak kecik ngadu. ko susah payah cari barang tuk aq thanks banyak banyak nadz..tak lupa gak tuk kawan-kawan semua yang tolong aq..

   ok lah aq dah ngantuk gile ni tahap gaban..tulis ni pun dalam keadaan separuh tidor separuh sedar..apa tu?? hahha lu pikir la sendiri wa nak couw nak zzzzzzzzz......
lain time wa cite ag ok skunk wa nak rest (asal aq cakap cakap wa lu ni?)




gotcha!!

Saturday, February 5, 2011

MESIR KACAU BILAU

assalamualikum..

dah lama tak menaip kat blog ni kan..? ok macam biasa tak de masa *alasan sama je bosan! . sekolah cuti seminggu, keja sekolah bnyak pulak..benggang betul tak kasi rest langsung ckg ni..waaarsggghh..tapi aq still lagi berperangai cam dulu malas nak buat keje ckg kasi..liat nak mampushh..! ok intro dah habis. kite masuk topic asal lak.

lately ni korang ada baca paper tak? kalau korang perasan tajuk apa yang femes sekarang ni? yang asal korang baca paper je bende tu gak yang kuar.. berita pasal Fasha Sandha putus cinta ngan kekasih hati dia tu? haaa...itu yang cite panas lama punya. macam2 artis sekarang ni kan? cinta putus, kawin cerai dah jadi fenomena dah. aq tak kisah sangat pasal depa ni..lantak pi la yang penting aq minat lakonan depa da cukup. hakz...ok berita yg selalu kuar paper terbaru sekarang ni pasal keadaan di MESIR la ni..

aq kesian betul kat warga malaysia yang masih tak leh balik malaysia lagi. dorang terkandas kat sana. penduduk di mesir pulak mengadakan rusuhan sebab nak suruh presiden dorang berhenti dan keluar dari negara tu. aq baca paper diaorang wat rusuhan tu sebab presiden dia tak mentadbir negara mereka dengan betul. kiranya macam presiden diaorang ni tak amanah la dalam menjalankan tugas. aq pun hairan gak asal la presiden diorang tu tak nak berenti gak even rakyat dia dah wat rusuhan pun. dia akan berhenti maybe bulan sembilan ni. kalau aq la jadi presiden dia awal-awal lagi aq dah tarik diri..tak sanggup aq berdepan ngan orang cam tu tak pasal-pasal mati kena pijak dangan dorang.

dan ramai orang yang terkorban dalam rusuhan tu..kesian. rakyat malaysia pulak yang ada kat sana tak boleh nak buat apa-apa even nak kuar rumah pun takut..eeee..seram. tadi aq tengok dalam paper lagi la kelakar rasa cam nak tergelak pun ada pasal orang yang buat rusuhan ni nak jaga keselamatan or nak jadi tentera punya pasal kuali di jadikan topi. macam-macam fesyen aq tengok ada yang wat topi dari kotak, botol, periuk dan macam-macam lagi la. kelakar betul. dorang gak sampai wat solat ramai-ramai supaya presiden mesir tu luncutkan jawatan dia secepat mungkin.

aq harap rakyat malaysia yang kat sana tu yang masih belum boleh balik ke malaysia aq harap sangat diorang semua selamat dan tiada kematian membabitkan rakyat malaysia berlaku. jangan dorang pi join rusuhan tu sudah la..dan aq harap kejadian yang berlaku di Mesir ni menjadi ikhtibar kepada kita semua supaya kejadian ni tak berlaku pulak kat malaysia ok!. untuk perdana menteri kita mentakbirlah negara ini dengan betul dan saksama agar kejadian di mesir tidak pulak jadi di negara ni. tapi setakat ni semua perdana menteri kita mentadbir negara dengan elok kan..

ok nak couw. lain masa kita celoteh lagi ek?ok tata T__T
gotcha!!

gamber yang tak de kena mengena