Friday, August 5, 2011

perkhemahan pengawas : jangan tak disiplin lak lepas ni ^_^ (part 2)

assalamualaikum,,

 hai,,dah baca yang  part 1 punya? kalau belum tunggu apa lagi, baca lah! haha.. aq dah janji kan nak sambung cerita pasal kem tu. dah banyak hari berlalu baru ada ilham dan hati nak write entry ni. kalau tak bertangguh lagi lah jawabnya. part 1 hari tu sampai mana ye?lupa lah pulak...ok jap nak remember balik..nak flashback balik ingatan jap...


ok i got it...masa malam kebudayaan kan? okey...dah sedia? sila pakai tali pinggang keledar anda masing-masing, kalau tak de tali pinggang pun jadi lah..sedia untuk berlepas...hahah mengarut sudah.okey, macam biasalah setiap kumpulan kena buat satu persembahan. tak kisah lah apa-apa pun asala ada persembahan. grup aq tak tau nak buat apa lepas terguling-guling, meniarap ratah ayam 3 ketul sorang dapat lah idea nak buat drama muzikal. kebetulan kawan aq ada bawak gitar memang daebak r! hero dye budak laki. dah mana pun hero mestilah lelaki kan takkan pondan kut. heroin dye..ala minah yang suka perasaan sorang2 tu..yang korang tengah usha blog dye sekarang. tak mau lah bagi tau nanti kontroversi lak! haha..


akak senior dalam grup aq yang bagi idea nak buat macam mana. kami yang kat bawah ni ikut lah. masa yang diberikan 20 minit. memang tak cukup r nak bagi idea tapi aq rasa 20 minit fasi tu cepat gile. baru nak keluarkan idea dalam kepala otak dia dah cakap 10 minit berlalu. tak patut betul! punya lah kelam kelibut kitaorang semua practise. tergelak-gelak time practise sebab kelakar + geli un ada. haha!. sekali visel dibunyikan dan pengawas semua kena duduk dalam kumpulan masing-masing. disebabkan mulut kami semua asyik pot pet pot pet tak henti-henti sampai faci naik hantu ngan kami. terus kami kena ketuk ketampi 20 kali. sorang silap buat balik semula. disebabkan kami bising penghulu yang kena teruk. dia kena duduk mencangkung and angkat kedua belah tangan kat atas ala yang macam banduan selali buat tu. ketua faci pegang pada satu prinsip dan dia amalkan iaitu


all for one, one for all. leader get more!
 dan disebabkan prinsip dye tu lah penghulu kami kena denda lebih teruk dari kami. bila dah ketuk ketampi biasa lah ada yang lambat bangun, cepat bangun secara tak sengaja dan faci ni pulak nak seragam je semua. dah banyak kali tersalah sampai lah sekali lagi faci naik hantu dan cakap. "aku bagi korang 2 peluang lagi kalau salah lagi.." kebetulan sir terence,guru pengawas ada kat situ. "sir saya nak syawal letak jawatan dye sebagai ketua pengawas" mak datuk sampai macam tu sekali. sir pun dengan hati yang girangnya cakap "ok, boleh" mak ayah lagi lah cuak budak0budak kat bawah ni. pastu wat la lagi sekali ketuk ketampi tu sekali ada akak sorang ni terbangun. hah mula la semua nak salahkan akak ni. aq? diam je malas nak layan cuz dah tau gimik dya. faci yang lain semua dah mengamuk siap suruk penghulu pack barang lagi nak halau balik. yang si penghulu tu pulak boleh diam tanpa cakap apa-apa. geram gak!

hanya ada satu lagi peluang sama ada penghulu tu terus kekal atau kena letak jawatan. ketuk ketampi sekali lagi dan masih ada yang salah. masa tulah faci semua mengamuk siap heret penghulu suruh balik lagi. si penghulu ni pulak ikut je la. kitaorang kat dewan tu dah kena maki ngan faci lain. aq dah mengantuk time tu nak je aku baring kat situ and tidur habios cerita. okey sambung balik. si penghulu tu pun datang lah balik nak bagi satu dua patah perkatan sekali belum dia nak cakap lagi aka faci dah rampas microfon and cakap "wei syawal kau balik sekarang! aku menyampah lah!" macam tu kut ayat dia. mak ai terkejut aq. tapi still relax lagi. yang lain-lain dah menangis tahap gaban.

aq tak faham kenapa dorang nangis? atau aq yang tak de perasaan? ah lantak lah. bila si penghulu melangkah ke kereta dia yang lain ni siap pi kejar lagi dia. tak kasi dia balik. aq yang akhir sekali. terpinga-pinga jap. kawan si penghulu dah naik hantu jugak siap naik atas kereta penghulu lagi dan baring atas tu macam superman. memang menakutkan. aq dah lari jauh-jauh tak nak masuk campur kang tak pasal-pasal aq pulak cedera di sebabkan gimik ni. aq tak keterlaluan sangat sebab aq ras asemua yang berlaku ni gimik je so tak rasa sangat la walaupun sedih sikit tu ada lah. semua pakat duk kerumun kat kereta penghulu tu siap tahan bagai. yang seramnya dorang sampai boleh bergaduh ngan faci sendiri. dan sadisnya penghulu tu aq tengok macam tak leh nak buat apa-apa pun, diam je. tak cuba tenangkan yang lain..(ye kut..)


bertekak lah dorang semua kat situ. siap gaduh bagai lagi. yang pompuan dah galak menangis. kalau di kumpul air mata tu maunya dekat satu baldi tong besar. tapi bagus gak dorang menangis sekurang-kurangnya mereka menunjukkan kasih-sayang mereka kat penghulu..huhuu betul ke? haha..lama gak la perbelahan tu berlaku and akhir sekali terlerai gak. semua diperintahkan masuk dewan. akhirnya penghulu tak jadi balik. aq dah agak dah. faci pun cakap lah yang dorang wat ni semuanya saja-saja je. gimik biasalah kem mesti ada nangis-nangis punya. fuhh!. selesai tu semua. malam kebudayaan dah nak mulakan. ambik kau dlam group aq dah pakat nangis macam mana nak berlakon kalau semua muka sembam? aq pun cuba lah bagi semangat sikit..supaya akak tu tak down sangat. and persembahan berjalan seperti biasa. risau gak sebab akak tu tak de mood gara-gara incident tu..issstyyhh..kalau dye terus down tak tau la apa jadi kat persembahan group kami.


lepas je habis persembahan tu ada night walk and OBH (operasi burung hantu). yang tak boleh blahnya masa OBH tu boleh pulak hujan habis masah satu badan. sekejap je duduk terus dia panggil balik. night walk pulak kena jalan sorang2 keliling sekolah. dah lah sekolah tu penuh dengan cerita misteri and menakutkan persekitarannya sebab sebelah tu ada hutan. tapi aq kuatkan semangat. masa turn aq tu tak silap aq pukul 4 k4 5 tah so terang sikit..aq jalan stady je tak gabra-gabra siap senyum lagi kat 'hantu' tu. masa kat kawasan kantin tu dorang ada letak kerusi dan seretkannya. tapi aq wat bedek je tak hiraukan.pastu tengah syok2 jalan aq kena sergah..mak datuk termelatah aq jap kat situ..haha..terus aq jalan-jalan sampai la kat satu tempat berkumpul. dah la badan basah sebb hujan pastu sejuk pulak tu dengan embun pagi. mengigil-gigil aq tahap dudud sebelah ice cube dah.


sambil tunggu semua orang, aq apa lagi tidur lah. tak kuasa aq nak berjaga. dah lah tak tidur dari pagi sampai night walk tu..maunya mengantuk tapi suhu badan aq tak mengizinkan aq tidur dengan selesa. jap jap bangun jap jap tidur...begitulah sampailah semuanya selesai. selesai je semua aq terus balik dorm manti,tukar baju, tidur jap. bangun-bangun kepala sakit cuz tidur tak sampai satu jam. badan memang penat lah. sakit semua sendi. hari kedua tu hari yang biasa je. penuh dengan ceramah. nasib baik cikgu bagi ceramah yang tak membosan kan kalau tak maunya aq buat kilang taik mata dengan air liur basi kat situ dari awal. tapi tak. balik-balik rumah, lepak jap lepas lelah 2 hari bercamping. aq duduk kat katil. usap tilam tepuk-tepuk bantal, betulkan kedudukan, baring ikut keselesaan, letak kepala kat atas bantal,pejam mata..selamat tinggal dunia realiti selamat datang dunia fantasi...Zzzzzzz....


esoknya bangun2 badan sakit. jalan pun  terinjut-injut. tahan. nak buat macam mana biasalah kalau pergi kem mesti sakit punya satu badan. tapi kem ni tak seteruk kem pengawas masa aku form 2..fuhhh tu lagi sakit badan. sampai nak bangun pun kena perlahan-lahan.
   so tu je lah cerita aq pasal kem pengawas..oh yang satu lagi ayat yang faci tu selalu cakap dan aq suka dengan ayat tu..ianya adalah

                        you are the leader not a follower!
 yah! im the leader! sekarang semua pergi tidur...go go..hahaha



gotcha!!

No comments:

Post a Comment

kata2 dari korg yg wt aq tersenyum :)