Saturday, July 30, 2011

perkhemahan pengawas : jangan tak disiplin lak lepas ni ^_^ (part 1)

assalamualaikum,,

dua hari aq tak de kat rumah. mana aq pergi? hilangkan diri? wahhh...semua itu tidak benar sama sekali. sebenarnya aq pergi kem pengawas kat sekolah. aq jadi pengawas? macam tak percayakan? budak yang selalu bercakap masa perhimpunan, malas nak beratur and selalu wat pekak bila pengawas tegur tiba-tiba jadi pengawas? jangan terkejutnya kerana keajaiban boleh berlaku. wahhh ayat tak boleh blah.

kem yang aq join ni dua hari je. kenapa sekejap sangat? kau jangan tanya aq. pergi tanya sir terrence, guru pengawas aq. haha. walaupun dua hari aq rasa macam seminggu duk kat situ.(haha ayat tipu di situ). yang kawal keseluruhan kem ni atau selaku komander kem ni bekas ketua pengawas tahun 2010/2011. bapak tagas aq cakap kau!. salah sikit siaplah kena ketuk ketampi. tapi semua tu aq dah biasa. sapa yang tak biasa balik kang sakit lah kaki korang. okey aq nak cite pengalaman aq dua hari kat kem tu.


hari pertama tu iaitu hari jumaat. pendaftaran peserta pukul 4. pastu semua kena pergi kat dataran and abg fasilitator tuh pun kenalkan lah diri dan peraturannya. tak sangka abg and akak yang aq tengok sebelum ni kepala 2 X 5 cam aq boleh jadi tegas and garang nak mampus kat kem. baru je mula sesi ice breaking dah kena ketuk ketampi sebab tak de kerjasama. sakit hati pun ada masa tuh. pastu sesi ice breaking tamat terus bagi kumpulan. kumpulan aq best! dapat akak and member kumpulan yang gempak. kau ada?

masa sesi ice breaking ngan member group, kena bagi nama singkatan. aq tak tau nak kasi nama singkatan untuk aq sendiri. gila bukan?. lepas terguling-guling, meniarap kat situ pastu siap buat lompat katak lagi aq pun cakap la "pangil zie" singkat bukan?. lepas dah habis turn aq tiba-tiba terasa nak tukar nam lak sebab nama yang aq kasi tu mengelikan  (kut!). pastu aq cakap r "eh korang nak tukar lah, jangan pangil zie. panggil ziera" hah tuh lah. sian kat dorang yang lain penat perah otak kanan kiri ingat nama aq zie pastu sedap lidah aq je nak tukar pulak. tersasul-sasul nak panggil nama aq masa sorang2 kena ingat nama member grup.


malam kebudayaan lagi best and ade benda yang tak diingini berlaku. nak tau apa dia...jangan lupa saksikan sambungannya okey!


gotcha!!

No comments:

Post a Comment

kata2 dari korg yg wt aq tersenyum :)