Saturday, October 30, 2010

kelantan vs n.9 siapa menang malam ni?

Assalamualaikum,

final bola sepak piala malaysia baru je mula beberapa minit tadi. KELANTAN VS N.SEMBILAN. Siapa yang menang agaknya ye? kalau nak tahu kena la tunggu akhir minit nanti. Tapi aq berharap kelantan la menang for this season coz last year dorang kalah jugak kat tangan n.sembilan. kenapa aq sokong kelantan? sebab aq ni ada darah kelantan. memandangkan mak n ayah aq orang kelantan so secara automatiknya aq ni orang kelantan. mak dengan ayah aq semangat duduk kat depan tv nak tengok bola. Ayah su aq pulak (adik mak aq) awal-awal lagi dah out dari rumah nak pergi stadium tengok bola punya pasal. Siap pakai baju warna merah lagi maklum la peminat the red warriors. Aq ada jugak tengok berita akhir-akhir ni bila nak dekat dengan piala malaysia. tiket habis dijual. tiket yang mahal pun habis dijual tu la minat sangat sampai sanggup berhabis wang nak tengok bola punya pasal. Aq pelik la..asal la dorang semua sanggup berhabis duit semata-mata nak tengok bola punya pasal? apa kata wang yang dorang pakai tuk beli tiket tu dorang guna untuk kegunaan harian. bola tu kat dalam tv pun boleh tengok. tapi tu la kan bila tengok kat rumah tak best sebab tak de kawan nak bersorak beramai-ramai. pastu kalau bersorak kat rumah anak bini nak tidur la. nanti kena marah bersorak. mungkin itu semua alasan kenapa dorang nak tengok kat stadium. tak pun tengok kat stadium lagi syok tengok real punya siap boleh kasi sokongan lagi kat pasukan masing-masing. itu semua aq tak nafikan.

  sedang aq membebel kat sini tiba-tiba aq dengar sorakan dari tv dan kekesalan dari mulut mak aq. aq keluar dari bilik nak tau apa berlaku then aq tanya mak aq "asal? dah gol ke? siapa yang gol?" tengok berapa soalan aq tanya. mak aq pun jawap la "n.sembilan yang gol..dapat sepakan penalti"..Ooo..jadi n.sembilan dah satu gol la? waaaa...betapa kesalnya aq..nak wat cam ne kan? dah rezaki dorang. mungkin lepas ni kelantan pulak yang gol ke? mana tau kan? (wah..berharap gile aq ni). aq tengok ulang tayang lagi sekali dan yang buat sepakan penati tu tak silap aq no.9 nama dia aq tak pasti la..tahniah n.sembilan ^_^ (walaupun hati tengah sedih). Aq terfikir dapat ke kelantan menang tahun ni? ya..harap-harap la dapat sebab last year dah tak menang (aq soal, aq jawab..tengok betapa sengal ye aq huhu). Aq ni nak kata peminat fanatik bola tak la tapi setakat nak bagi sokongan tu aq ok je. tak macam sesetengah orang tu sanggup wat apa saja asal dapat tengok pasukan dia beraksi. itu satu sokongan yang bagus tapi jangan la terlampau sokong sampai membinasakan diri atau lain kata menyusahkan diri sendiri. kita nak sokong kat mana-mana pun boleh.

   akhir kata (dah macam syarahan je) aq harap kedua-dua pasukan dapat buat yang terbaik untuk negeri masing-masing dan aq still lagi berharap the red warriors menang..amin..kalah menang tu biasa la adat permainan jangan pulak nanti bila dah kalah nak mengamuk baling sana baling sini. botol-botol air tu jangan la buang dekat stadium tu. jangan baling kat pemain-pemain tu sebab marahkan mereka nanti kesian kat pekerja stadium tu kena bersihkan satu stadium akibat dari sikap suka baling-baling korang tu.. banyakkan bersabar kalau dah kalah nanti, tak kisah la siapa yang menang (masih mengharapkan kelantan menang) asalkan pemain-pemain yang korang sokong tu dah buat yang terbaik untuk negeri masing-masing..

  keputusan siapa juara piala malaysia kali ni korang kena la tunggu sampai pengadil membunyikan visel yang terakhir menandakan permainan tamat. Tak pun kalau korang rasa penat nak tunggu sampai habis korang tunggu je esok, dalam paper mesti keluar punya nak-nak jadi berita utama. tak pe nanti kalau esok aq ada masa nak membebel kat korang aq bagi tau ye siapa yang menang. wait n see huhu..ok lah dah malas nak membebel kat sini aq nak caow dulu. mak aq dah bengang tu dengan n.sembilan, tah apa yang dia bengangkan pun aq tak tau la. mak aq semangat gile tengok bola (macam anak dia la) melebihkan ayah aq pulak. esok mesti kecoh kan kat fb siapa yang menang piala malaysia. ok see u next time!


gotcha!! ^_^

No comments:

Post a Comment

kata2 dari korg yg wt aq tersenyum :)