Tuesday, August 3, 2010

Faktor-faktor kenapa korang lupa..

fuhhh fuhhhh fuhhhh...hah dah hilang pun habuk ni..maaf la ye aq terpaksa buang habuk yang berkurung dalam blog aq ni..agak lama jugak aq tak update blog kan? almaklum la orang sibuk bagai nak rak kalah perdana menteri gitu! wahh..ok la hari ni aq nak kongsi sikit fasal faktor-faktor yang buat korang lupa tentang pelajaran..aq sure punya la mesti ramai yang lupa kan bila habis je apa yang cikgu ajar. pastu balik rumah leh pulak terlupa apa yang cikgu ajar tadi..ala normal la tu..aq pun sama tapi aq nak ingatkan kat korang and diri aq sendiri bahawa sifat lupa ni tak elok untuk kita. kenapa aq kata tak elok untuk kita? ok sebagai contoh, kalau cikgu suruh bawak buku mate esok tapi bila balik rumah je korang lupa tup-tup esok pergi sekolah tak bawak benda yang cikgu korang nak hah kalau kena marah padan dengan muka korang naknak kalau cikgu tu garang macam singa lapar nah ambik korang alamaknya belajar luar kelas la.....  ni aq senaraikan faktor-faktor korang cepat lupa apa yang cikgu ajar...faktor ni paling famous sekali r yang sering pelajar lupa..

1. berkhayal semasa membaca dan ketika cikgu mengajar. hah aq tau ni mesti betul punya lah and mesti berlaku punya kat diri kita sebagai pelajar. mesti time cikgu tengah mengajar kita berkhayal kat tempat lain kadang-kadang tu mesti sampai kat luar dari Malaysia. Berkhayal punya pasal sampai apa yang cikgu cakap pun tak masuk dalam kepala pastu bila cikgu suruh wat kerja sekolah hah barulah terkial-kial tanya kawan sebelah tak pun cikgu hah kadang-kadang tu sampai kena marah dengan cikgu sebab tak alert.

2. Tidak ulangkaji apa yang pernah dibaca. ini jugak salah satu faktor yang buat kita lupa apa yang kita belajar. benda ni pun pernah berlaku pada diri aq sendiri. Ada satu masa tu aq tak ulang kaji apa yang aq belajar sekali cikgu suruh buat latihan apa yang belajar hah ambik kau sekali otak aq dah tak ingat apa yang aq belajar hah mula la aq tanya kawan-kawan dan bukak buku semula cari jawapannya..satu buku sekali aq belek. kan susah tu..hah padan la dengan muka aq.

3. Tiada usaha menberikan penumpuan. Aq rasa ni adalah masalah yang sering berlaku bila kita belajar. Mesti tak dapat bagi sepenuh perhatian apa yang cikgu sedang ajar. tapi kita kena berusaha untuk memberikan perhatian 100% terhadap apa yang cikgu ajar tapi jangan la sampai korang gila bila asyik serius je dengar apa yang cikgu cakap. kadang-kadang tu wat la lawak jugak kasi sesi pembelajaran kita tu menarik dan tak terlalu tertekan.

ni adalah antara faktor korang lupa pasal pelajaran. nanti kalau aq ada apa-apa lagi tips yang perlu dikongsi ngan korang aq akan kongsi don't worry be happy ok!! i should go now..



ghotca!! ^_^
   

No comments:

Post a Comment

kata2 dari korg yg wt aq tersenyum :)