Sunday, May 9, 2010

jalan punya pasal..

Assalamualaikum...

coretan / diari aq pada pagi semalam...aq and geng chocolate single pergi mid... sume g kecuali mina and ekyn..

4:30 pg : bangun tido..sebenarnya tak leh tido that's why bangun tu..tiba-tiba perut boleh meragam lak pagi tadi terus tak leh tido. so apa lagi berangan dan berangan-angan la aq seorang diri diatas katil sambil di temani celia, mika (nma bantal peluk aq tu) fuhhh bantal peluk pun ada nma..mmg gila aq ni..

6:30 pg : solat subuh.. kewajipan kita sebagai umat muslim. barulah urusan kita pada hari itu dipermudahkan..AMIN..lepas solat aq sambung berangan dan berangan (sebenarnya tak tau nak wat apa pagi tu..blur semacam je)

8:00 pg : aq cari baju lepas tu apa lagi gosok la baju tu.

8:30 pg : aq mandi...(oppppsss tu pun nak cite ke?)...ok la pastu aq tolong mak aq jemur kain..time nak gerak gak la aq kena wat macam2..so waktu tuk gerak dari umah tersasar dari yang di rancang..

9:30 pg : gerak tunggu bas untuk pergi ke KTM pantai dlm..tunggu dalam 10 minit akhirnya bas sampai jua..alhamdulillah..

10 lebih ( tak ingat pukul bape) : kami pun gerak la beli tiket and tunggu kereta api...duduk kat koc wanita tapi org ramai macam ikan sadin tul..jenuh kena himpit..mmg lelaka dalam tren tu sbb kami asyik nak terjatuh je..sampai kkat KL centrel kami turun untuk tukar tren. jenuh gakkan nak kena tukar tren dua tiga kali? sebenarnya sebelum kami naik tren nadz ada cakap nak naik bas sampai mid terus tapi kami tak nak sebab dalam bas tu panas at least dalam tren sejuk sikit..cehhh...

11 lebih : kami sampai mid. Destinasi pertama kami adalah MPH.. kami nak cari buku latihan mate yang cikgu suru beli..kami pusing satu MPH tu sbb nak cari tempat buku latihan..naik peninh aq pusing..belok kanan, belok kiri sampai otak aq pun turut terbelok (huhu tipu saja)..jalan punya jalan..belok punya belok akirnya kami temui jua apa yang kami mahu. buku yang kami nak tak de.aduh lagi la aq pening..buku tak de macam mana ni? rasa cam nak ketuk-ketuk je kepala pekerja kat situ (ek apa kaitan pekerja tu ngan buku yang aq cari?) syura and huda ada la jugak beli buku latihan tapi aq ngan nadz satu buku pun tak de..what can we do? buku yg di cari tak jumpa so buat bodoh je la..lepas kuar MPH kami ke WATSONS pulak. nadz nak cari apa entah aq dah lupa la..lepas masuk WATSONS kami masuk JUSCO pulak cari barang.. lepas g semua tempat kami makan kat McD.. waaahh ramai gile org time tu (biasa la time lunch..potongan harga). huda and aq caru tempat manakala nadz and syura ambik order..aq ngan huda pergi cari tempat kat atas tapi tak de tempat kosong..so kami berdiri je la kat situ mcm tiang lampu tunggu sampai orang habis makan..tiba-tiba ada la tiga org hamba Allah ni dah habis makan..so kami fikir nak cop la tempat tu..tapi yg buat kami angin boleh pulak dorg tak berganjak dari tempat tu pastu bleh pulak berbual..
 
  aq rasa macam nak makan je dorg tu..tak nampak ke kami tengah berdiri mcm tiang ni..sbb nak cari tempat kosong. dia boleh pulak buat dekkk je macam taik kambing betul..aq dah panas dah time tu mmg free-free je la aq maki dia (dalam hati je la aq maki dia)..pastu syura ngan nadz dah naik bawak makanan tapi kami tak de tempat..nasib baik la ada yang bangun cepat pastu kami terus duduk kat situ..time duduk tu pulak hamba Allah yg kena maki free2 ngan aq tadi terus blah dari tempat dia.. aq apa lagi rasa cam nak cincang je dorg tu tapi sabar je la sbb aq da memang lapar gila tahap gaba time tu..lepas makan je kami blah dari situ nak balik rumah sbb penat berjalan..jalan punya jalan kami tak jumpa jalan keluar.. kami dah cuak dah..macam-mana ni? dah la mid tu besar nak pusing satu bangun tu alamat patah la tumit kaki aq huhuhu..lagi pun kami tak ingat jalan masuk tadi so apa lagi kami 'tawaf' la satu mid tu nak cari jalan keluar. setelah penat 'tawaf' akhirnya kami jumpa jua tempat keluarnya..mmg time tu aq dah penat gila la..sampai urat tapak kaki aq tegang..berhenti kejap nak urut..pastu kami terus gerak balik..

2:00 ptg : kami pulang..sampai je kat KTM terus ujan lebat..so kami stay la dulu kat stesen tu tunggu sampai hujan reda..sambil tunggu tu aq dengar la lagu because i'm stupid dari group my beloved artis SS501 waaaa...bestnya..berulang kali aq mendengar lagu tu..wah wah wah...naik gila aq dengar..

3 lebih : aq ngan syura naik bas and pulang ke rumah masing-masing..nadz and huda pun balik la rumah dorag sendiri..mmg penat la kami berjalan tapi kami have fun tau mmg seronok gila la...walaupun penat..

ok tu je la yg aq nak cite kat korg pasal aq g mid semalam..sebenarnya aq nak story semalam tapi di sbbkan terlalu mengantuk aq tangguhkan sampai la pagi ni baru aq cita kat korang.

one more thing..aq nak ucapan  SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu di seluru negara..expecially my beloved mother..terima kasih segalanya..i luve u so much..hargai lah jasa ibu anda..wahhh terlebi sudah.

bye.. (>_<)

No comments:

Post a Comment

kata2 dari korg yg wt aq tersenyum :)