Sunday, February 28, 2010

kEjAmnyA ManusiA....

YA ALLAH apa nak jadi dengan dunia sekarang ni? aq pun dah tak tahu pe nak jadi..manusia makin lama makin kejam aq tengok tak ada sifat berperikemanusiaan langsung!!. baru-baru ni korang baca tak akhbar yang ada budak mati kena belasah dengan pakwe mak dia? ada baca tak? hah kalau ada baca bagus la itu satu pengajaran untuk kita. Yang aq kesian sanggat adalah budak tu. cuba korang bayangkan budak yang baru umur tiga tahun kena belasah dan tendang macam bola masya-allah subhanallah mengucap panjang aq bila baca cerita tu. rasa macam aq pulak yang jadi budak tu..(oh kalau realiti i hope thats not me) kesian gile wei aq rasa nak naggis je bayangkan budak yang yang berdosa tu kena terajang dengan pakwe mak dia.. setan betul jantan haprak tu! aq rasa jantan tu dah gile agaknya sebab tu jadi cam tu setan dok hasut dia suruh wat benda cam tu..( sory bahasa kasar tengah emo ni huhu) yang aq heran dia tu tak rasa kesian langsung kat budak tu dia ingat budak tu bola ke dia nak terajang? apa dia fikir dia hebat la belasah budak umur tiga tahun? wei kalau lu rasa diri lu hebat wa cabar lu belasah batista yang dalam WWF tu la. wa rasa kalau lu lawan dia alamak lu yang yang mati dulu tah-tah lagi teruk batista tu belasah lu!! eh tiba-tiba bahasakan wa lu ni asal? kerek tul la aq ni..


Tu la antara contoh orang yang tak beriman langsung sanggup buat apa saja dah tak ingat dosa pahala yang ingat nak belasah orang je kerja budak kecik pulak tu bukannya orang dewasa..ni satu lagi yang aq baru baca dalam akhbar pagi tadi selama ni mak budak tu dengan boyfriend dia tu duduk satu rumah selama ni and mak dia tu dah lahirkan anak luar nikah dengan jantan tu..masya-allah.. pe nak jadi la dengan dorang ni! tak tau ke lahirkan anak luar nikah tu haram hukumnya? ke dorang ni memang tak tau langsung hukum hakam agama islam? kenapa la cetek sanggat ilmu dorang tentang islam?dorang ni tak takut dosa ke? tak fikir maruah diri ke? tahu bila dah cintakan orang tu sanggup serahkan apa saja termasuk maruah diri sampai tak ingat kat ALLAH? apa kejadah punya manusia la cam ni? dia sanggup tinggalkan anak dia kat boyfriend dia sampai anak kena belasah pun tak tahu..mak macam ni pun masih ada ke kat dalam dunia ni? astafirullahalazim sabar miori jangan terlalu emo be cold....sekarang ni pun kerap keluar kes buang bayi..asal baca je akhbar pasti ada kes buang bayi ni..buang dalam tong sampah la dalam longkang la yang paling sadis buang dalam lubang tandas masya-allah kejam sungguh..masa buat tak fikir pulak akibatnya tau nak seronok je bila dah mengandung hah baru nak cari pak sanggup kalau tak jumpa buang je bayi tu tak pun gugurkan. Tah apa-apa la dorang ni masa bercinta tak ingat dosa bila dah jadi macam ni baru nak bertaubat tapi sayang dah terlambat..


Apa la dosa bayi tu sampai korang nak buang? bayi tu kan datangnye dari hasil yang korang cari sendiri? kenapa manusia zaman sekarang kejam sanggat hah? aq rasa dunia ni dah nak kiamat agaknya sabab tu manusia makin kejam dan tak berperikemanusiaan..kenapa korang sanggup buat semua ni? apa salah bayi tu sampai korang nak buang dalam tempat-tempat yang kotor cam tu? korang malu sebab dapat anak luar nikah? korang takut masyarakat cemuh korang sebab lahir anak luar nikah? wat pe nak malu sebab korang yang buat semua tu! korang yang buat masyarakat cemuh korang, korang yang cari pasal pastu bila perut dah buncit baru korang rasa malu? mana sifat kemanusiaan korang? kenapa korang sanggup serahkan benda yang paling berharga dalam diri korang kepada orang yang tak sepatutnya? aq kecewa dengan gadis sekarang yang sanggup gadai maruah hanya kerana seorang lelaki yang belum tentu jadi milik korang yang hanya nak musnahkan hidup korang tu saja yang lelaki mahu. Aq berharap sangat gadis di luar sana tidak mudah tertipu dengan kata-kata lelaki. fikirkan la maruah korang letakkan maruah korang di tempat yang paling utama.


Maaf kalau ada yang tersinggung bila baca entry aq ni. aq cuma luahkan apa yang aq rasa. Takziah juga buat keluarga syafiah humaira yang meninggal kerana di belasah oleh pakwe ibunya dan aq berharap ibu syafiah kembali ke pangkal jalan mungkin ini adalah dugaan yang ALLAH berikan kepadanya supaya kita kembali ke jalan yang diredai oleh ALLAH..amin..moga roh adik syafiah umairah di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman..AL-FATIHAH..

No comments:

Post a Comment

kata2 dari korg yg wt aq tersenyum :)