Tuesday, November 22, 2011

tahniah di atas kejayaan tapi jangan mudah putus asa

assalamualaikum,,



          tahniah kepada semua pemain malaysia sebab menang sukan sea bola sepak. korang dah kalahkan indonesia! waahh walaupun korang menang base on penalti tapi ianya satu usaha yang bagus!. mula-mula aq tengok bola, pastu bila dah terikat 1-1 sampai masa tamat aq dah bergerak menjelajah ke seluruh pelusuk rumah dah. tak betah duduk kat kerusi ruang tamu tu lama-lama. bila masa di sambung aq naik malas nak tengok. takut hampa. huh! yolah tu. masuk bilik. bukak lappy pasang internet. buka facebook ramai duk tulis pasal bola! naik juling baca. tapi oklah sekurang-kurangnya korang sokong dan bagi kata-kata semangat kat pasukan malaysia tapi tak kurang jugak yang belum apa-apa lagi, belum habis perlawanan lagi duk hentam pasukan malaysia. kata macam-macam bila tak gol. main tak betullah, lembik lah, itu lah ini lah. cuba korang yang main of course korang akan faham mereka.

jangan asyik nak salahkan pemain je kalau mereka tak beri apa yang kita nak sebab mungkin mereka dah buat yang terbaik tapi dah itu hasilnya nak buat lagu mana. terima je lah asalkan mereka dah buat yang terbaik. adatlah manusia bila menang puji, bila kalah keji.. tak paham tak paham.. aq ni nak kata fanatik bola tu tak lah tapi bila gol aq lah yang paling bising dalam rumah duk menjerit tak sudah-sudah macam nak roboh rumah. kalau di beri pilihan antara MALAYSIA, MANCHESTER UNITED, LIVERPOL, ARGENTINA, CHELSEA, and so on lah. korang akan pilih mana? kalau aq, aq akan pilih malaysia tak kira macam mana pun sebab aq sayang Malaysia dan akan terus sokong malaysia. malaysia tempat aq lahir so aq tak akan khianati negara aq sendiri (patriotismanyaa!!)dan lagi satu aq bukannya kenal pun pasukan dari luar negara tuh semua so aq tak minat lah dorang. hoho. ^_^

kesimpulannya, korang jangan lah nak memandai buat spekulasi tak tentu pasal. cuba tenangkan fikiran dan fikir balik. lagi pun aq tengok tadi pemain malaysia semuanya kepenatan. yelah cuba kau bayangkan dah lah main 90 minit pastu masa tambahan lagi yang entah berapa minit. kalau aq lah dah lama semput, pancit, berbirit sekali kat padang tuh. penah doh nak berlari setiap masa. rasanya kalau aq berlari selama 90 minit boleh kurus kedemping agaknya. dahlah aq benci larian. hoho. tapi aq heran betul dengan pemain indonesia yang sorang tu, tak silap aq nama dia DIEGO kut.. betul ke? aq rasa-rasa tuh nama dia. aq ingat go go je kat belakang. ala pemain import kut rasanya. rambut smart beb! rasa nak tiru je.hoho. ok aq bukan nak cakap pasal rambut tapi ketangkasan dia berlari. kejap aq tengok dia kat pertahanan pastu bola terpelantun je aq tengok dia kat bahagian penyerang. cepat gila dia berlari macam superman kejap sana, kejap sini. cuba pemain malaysia lari cam gitu mesti best. ok dah tak nak puji lebih-lebih. cukup setakat itu sahaja. kang kembang tak kempis-kempis. aq pun nak jugak lari laju-laju. segan doh tiap kali berlari dengan member-member aq,  orang yang terakhir sekali mesti aq. benci betul! even kawan aq yang badan lebih besar dari aq pun lari lagi laju dari aq. agaknya aq ni larian kategori siput kut. hoho. ok tak mau cerita banyak-banyak, nanti muak (macam pantun tak?). puuiihhhh!! 








gotcha!!

No comments:

Post a Comment

kata2 dari korg yg wt aq tersenyum :)