Sunday, January 17, 2010

langkah-langkah menangani stres

korang semua tentu stress kan? tak kira la sekarang,semalam,esok,lusa,tulat or sebagainya la korang mesti ada sikit stress kan? jangan tipu! jangan korang kata korang tak stress langsung sudah la..tu maknanya korang ni abnormal (tak normal). ni aq senaraikan antara langkah tuk menangani stress yang bersawang dalam otak korang tu..


1. tingkatkan sokongan sosial di sekolah/kerja.
- menjalinkan tali persahabatan sesama rakan kelas/sekolah.
- berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai. (jangan berkongsi dengan
samseng sudah/muka yang ala-ala jahat tu)

2. praktikkan pemikiran yang rasional dan positif
pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali
menyebabkan salah faham. sekiranya keadaan ini berlaku:
- Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda.
- Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta.
- Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih
munasabah.

3. Berkomunikasi secara berkesan.
- Jadilah pendengar yang baik. (bukan pendengar yang masuk telinga kiri kuar telinga kanan)
- Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas. (jangan simpan nanti makan diri)
- Hormati pendapat orang lain.
- Gunakan fakta dan bukan mengikut perasaan.(penting ni..)

4. Tangani kritikan dengan baik.
- Apabila anda dikritik:
* Bertenang. (paling penting jangan cepat melatah)
* Tentukan apa yang anda boleh percaya.
- Sekiranya kritikan itu bersifat membina dan benar:
* Terima. (terima dengan hati yang ikhlas bukan hati yg tengah geram)
* Ambil langkah yang sewajarnya.
- Sekiranya kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda:
* Dapatkan lebih maklumat.
* Betulkan tanggapan yang salah itu.

5. Tangani kemarahan secara berkesan.
tiga langkah yang penting:
- Berhenti:
akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang.
- Berfikir:
rancang fikiran anda.
- Bertindak:
gunakan daya tindak yang berkesan.

6. Atasi masalah dengan berkesan.
Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknil IDEAL:
- I : Identify the problem (kenal pasti masalah)
- D : Describe possible options (huraikan pilihan yang ada)
- E : Evaluate pros and cons (nilaikan akibat setiap pilihan / kelebihan dan kelemahan)
- A : Act based on the best possible Action (bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik)
- L : Learn (belajar dan semak semula)


hah ni la antara langkah-langkah menangani stress. cuba korang prektis mana tau jalan kan?. so sapa-sapa yang stress guna la tips ni. good luck! ^_^

No comments:

Post a Comment

kata2 dari korg yg wt aq tersenyum :)