Tuesday, November 30, 2010

give away from abby online shopping

assalamualaikum, salam terjah tua..

sedang aq blogwalking sana-sini terjah sana sini, usha blog-blog orang sekali aq terjumpa satu give away from blog shopping ni..aq pun usha la kejap blog ni sekali aq nampak hadiah dye cantik la pulak. terus terasa nak join sekali, boleh x? pada yang suka shopping online tu boleh la kut join blog ni. nak terjah? klik SINI. aq nak try. kalau dapat alhamdulillah, kalu tak dapat cuba lagi. gambate!!

dengan kalimah bismillah (cehh..macam nak kasik ceramah jew..huhu)

1.Warganegara Malaysia : yes i am, duduk kat area KL, nak no.ic sekali tak?haaha gurau jew..


2.Yang betol-betol berminat. : sanggat berminat thas why join ni..

3.Mempunyai blog : mesti la ada..kalau tak tak buat entry ni

4.Kene Buat benda ini.. :)

                  l
                  l
                  l
                  l
               
a) Be my Followerrr!!! : dah jadi pun..kalau tak caya pergi check

b) Letakkan Banner Give Away Ni kat Blog Korang..


c) Komen Sedikit Pasal Blog Abby Online Shopping ( yang membina ) kutuk2 tamau!! :p : blog ni bagus untuk yang kaki shopping online. blog ni baru je tertubuhkan? jadi buat yang terbaik untuk setiap pelanggan anda dan barang-barang yang saya lihat di abby shop ni juga menarik dan kalau boleh nak beli semua tapi apakan daya saya tidak berkemampuan kerana saya masih belajar lagi tapi memang berhasrat nak memilikinya ^_^. apa kata kalau abby online shopping ni buat lebih banyak promosi supaya lebih ramai yang datang ke blog ini.

d) Kenapa pihak Abby Online kene bagi Hadiah ni kat korang..?? :
 pihak Abby online shopping kenap bagi hadiah ni kat saya kerana (dah macam jawab periksa kertas behasa melayu pemahaman dah)

1. saya teringin nak purse yang u all tayang tu..menarik and i like it!
2. nak hadiahkan kat mak kalau dapat handbag u yang cantik tu sebab teringin nak bagi something for my mother setelah susah payah jaga saya. (baik kan aq?.huu) and last but not least..
3. saya kan perempuan so sekali sekala nak jugak melaram dengan beg cantik! haha..hope dapat purse or beg dari pihak Abby Online Shopping!

e) Ucapan yang terbaek tuk Blog ini...hihihihi... :
 ucapan apa ya? hah.. semoga Abby online shopping ni terus maju dan maju. lakukan yang terbaik untuk business anda. semoga business anda mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari blogger2 semua. usaha tangga kejayaan. kalau ada usaha kejayaan pasti mengirigi anda! semoga maju jaya! sekian..


kepada semua yang teringin nak join jangan lupa join.. tarikh tutup 15/12/2010..sapa cepat dia dapat..hahaha..tah apa-apa aq ni..eemmmmmrrmm..


p/s : aq tak akan update bloh dari 1-8/12/2010 sebab pulang ke kampung halamanku di kelantan. pakcik aq nak kawin..so  tak update blog selama seminggu..selamat rindu-rinduan kepada aq! huhu

gotcha!

Monday, November 29, 2010

first contest

 assalamualikum,

aq join contest ni..simple contest i think. 
kalau nak tau klik SINI
ni merupakan first contest yang 
aq join so hrp bole menang la..huhu..
rule dia pun simple je
gia suruh tag 3 orang tapi aq
rasa lebih adil kalau aq tag korang sume yang
baca blog ni..adilkan? (baik tak aq?) sume dapat..
mari mari join contest ni..mana tau menang? dapat 
hadiah..join ok!!

oh ya aq dpt contest ni pun dari salah sorang
blogger yang aq follow..aq tak tau nak wat
pe so aq pun join la contest ni..


gotcha!!!

Sunday, November 21, 2010

sapa tau mcm mna nak tukar URL blog?

assalamualaikum,

dah baca tajuk entry kat atas? so korang boleh tolong x? (muka sedang mengharap pertolongan). aq memang betul2 mau tukar aq punya URL blog ni. aq nak tukar sebab ada problem sikit la.. boleh tolong? (mengharap lagi). aq nak buat tapi takut salah. mungkin korang fikir benda kecik macam ni pun aq tak boleh nak buat. ya sememangnya aq tidak tahu nak buat macam mana, lagi pun aq masih baru lagi dalam dunia blog ni so tak tau sangat la selok-beloknya. aq nak mintak pertolongan dari korang yang pandai dalam bab ni. orang kata 'malu bertanya sesat jalan' jadi disebabkan aq tak nak sesat jalan aq tebalkan muka (nak kasi muka tebal punya pasal letak tepung banyak2 kat muka sampai tebal muka aq huhu) tanya jugak korang. at least aq tak tersesat bila buat pertukaran URL ni tanpa bantuan sesiapa takut salah. sesungguhnya aq hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan..cehh terkejal aq ni!. boleh tolong tak? kalau korang tak keberatan la.. satu lagi aq nak tanya kalau kita dah tukar URL blog kita tu nanti bila nak sign in blog kita perlu letak alamat URL kita or email kita? harap ada yang memberi jawapan.. (ku sentiasa mengharap).


cara nak tolong aq (cehh macam ada yang nak tolong!) ok think positif miori!! takkan tak de orang yang baik nak tolong? mesti ada punya..tak 10 sorang pun jadilah.. caranya:

1. korang tinggalkan cara nak tukar URL tu kat 'cakap la..tak kisah pun' (ruangan untuk memberi komen) ^_^
2. tak pun korang boleh buat kat entry blog korang je..tapi jangan lupa bagi tau kat aq kalau korang dah wat entry tu. t aq terjah blog korang!

aq betul2 nak minta tolong ni.. orang kata sapa yang tolong orang dalam kesusahan (aq dalam kesusahan ke? hah betul la tu aq dlm kesusahan kalau tak x minta tolong) dapat pahala besar..korang x nak pahala? sapa yang sudi menolong aq dengan ikhlas aq ucapkan ribuan terima kasih kat korang tak terhingga walaupun apa yang aq minta tolong ni benda yang remeh temeh mcm budak tadika :( .. sapa yang sudi baca blog aq selama ni pun aq ucapkan terima kasih sebab korang sudi baca blog aq yang tak seberapa ni.. ^_O.. thanks a lot..love u guy!!!! erkk??

gotcha!!

Friday, November 19, 2010

korang bengang?

assalamualaikum..

aq betul-betul dalam masalah ni..dah la aq tak de mood ni...arrrrrrrrrrrrrrrghhhhhhhhhhhhhhhh... geramnya...ok lah aq nak coaw x de mood nak wat entry..saja wat entry ni menandakan kehadiran aq di sini...kalut kan?? korg pun bengang? ok jom jerit ramai-ramai kasi gegar dunia jangan ingat adam ngan stacy je pandai nyanyi lagu mengegar duani..aq lagi terer. cume malu nak tunjuk je..perrrghhhh..



ni untuk testing je ni..ghocha!

tak tau pe motif letak gambar ni.. (cam sengal je kan?)

Sunday, October 31, 2010

red warriors menang!!


assalamualaikum, nak sambung yang semalam punya..
korang tengok logo kat atas tu. tengok sekarang! hah dah tengok? bagus..so keputusannya the red warriors menang semalam dengan 2-1..haha suke suke..mak aq bukan main seronok lagi kelantan menang! aq pun seronok jugak sebab kelantan menang tebus balik tahun lepas punya. aq tak jangka pun kelantan menang sebab masa separuh minit masa pertama satu gol pun tak dapat tak silap aq. dan separuh masa minit yang kedua barulah mereka beraksi dengan semangat dan memberikan dua gol untuk penyokong kelantan. suke lagi. Mak n ayah aq bukan main sorak lagi masa kelantan jaringkan gol yang pertama. pastu beberapa minit selepas tu gol yang kedua pula menyusul wahhhhh..bukan main bersorak lagi orang kat stadium tu..tapi yang sedihnya dorang buang sampah merata-rata. botol-botol minuman tu semua di campaknya keluar padang. apa punya perangai tu? tong sampahkan ada? buang la dalam tong sampah kan tak mencemarkan stadium tu..kut ya pun marah jangan la sampai baling segala..sabar la..kesian kat pekerja stadium kena kutip botol yang bertaburan

walau apa pun aq nak ucapkan tahniah kat pasukan kelantan kerana membawa pulang trofi piala m'sia untuk kelantan selepas kecewa tahun lepas..teruskan usaha..majulah sukan untuk negara (tag line tv1)haha..


gotcha! ^_^

Saturday, October 30, 2010

kelantan vs n.9 siapa menang malam ni?

Assalamualaikum,

final bola sepak piala malaysia baru je mula beberapa minit tadi. KELANTAN VS N.SEMBILAN. Siapa yang menang agaknya ye? kalau nak tahu kena la tunggu akhir minit nanti. Tapi aq berharap kelantan la menang for this season coz last year dorang kalah jugak kat tangan n.sembilan. kenapa aq sokong kelantan? sebab aq ni ada darah kelantan. memandangkan mak n ayah aq orang kelantan so secara automatiknya aq ni orang kelantan. mak dengan ayah aq semangat duduk kat depan tv nak tengok bola. Ayah su aq pulak (adik mak aq) awal-awal lagi dah out dari rumah nak pergi stadium tengok bola punya pasal. Siap pakai baju warna merah lagi maklum la peminat the red warriors. Aq ada jugak tengok berita akhir-akhir ni bila nak dekat dengan piala malaysia. tiket habis dijual. tiket yang mahal pun habis dijual tu la minat sangat sampai sanggup berhabis wang nak tengok bola punya pasal. Aq pelik la..asal la dorang semua sanggup berhabis duit semata-mata nak tengok bola punya pasal? apa kata wang yang dorang pakai tuk beli tiket tu dorang guna untuk kegunaan harian. bola tu kat dalam tv pun boleh tengok. tapi tu la kan bila tengok kat rumah tak best sebab tak de kawan nak bersorak beramai-ramai. pastu kalau bersorak kat rumah anak bini nak tidur la. nanti kena marah bersorak. mungkin itu semua alasan kenapa dorang nak tengok kat stadium. tak pun tengok kat stadium lagi syok tengok real punya siap boleh kasi sokongan lagi kat pasukan masing-masing. itu semua aq tak nafikan.

  sedang aq membebel kat sini tiba-tiba aq dengar sorakan dari tv dan kekesalan dari mulut mak aq. aq keluar dari bilik nak tau apa berlaku then aq tanya mak aq "asal? dah gol ke? siapa yang gol?" tengok berapa soalan aq tanya. mak aq pun jawap la "n.sembilan yang gol..dapat sepakan penalti"..Ooo..jadi n.sembilan dah satu gol la? waaaa...betapa kesalnya aq..nak wat cam ne kan? dah rezaki dorang. mungkin lepas ni kelantan pulak yang gol ke? mana tau kan? (wah..berharap gile aq ni). aq tengok ulang tayang lagi sekali dan yang buat sepakan penati tu tak silap aq no.9 nama dia aq tak pasti la..tahniah n.sembilan ^_^ (walaupun hati tengah sedih). Aq terfikir dapat ke kelantan menang tahun ni? ya..harap-harap la dapat sebab last year dah tak menang (aq soal, aq jawab..tengok betapa sengal ye aq huhu). Aq ni nak kata peminat fanatik bola tak la tapi setakat nak bagi sokongan tu aq ok je. tak macam sesetengah orang tu sanggup wat apa saja asal dapat tengok pasukan dia beraksi. itu satu sokongan yang bagus tapi jangan la terlampau sokong sampai membinasakan diri atau lain kata menyusahkan diri sendiri. kita nak sokong kat mana-mana pun boleh.

   akhir kata (dah macam syarahan je) aq harap kedua-dua pasukan dapat buat yang terbaik untuk negeri masing-masing dan aq still lagi berharap the red warriors menang..amin..kalah menang tu biasa la adat permainan jangan pulak nanti bila dah kalah nak mengamuk baling sana baling sini. botol-botol air tu jangan la buang dekat stadium tu. jangan baling kat pemain-pemain tu sebab marahkan mereka nanti kesian kat pekerja stadium tu kena bersihkan satu stadium akibat dari sikap suka baling-baling korang tu.. banyakkan bersabar kalau dah kalah nanti, tak kisah la siapa yang menang (masih mengharapkan kelantan menang) asalkan pemain-pemain yang korang sokong tu dah buat yang terbaik untuk negeri masing-masing..

  keputusan siapa juara piala malaysia kali ni korang kena la tunggu sampai pengadil membunyikan visel yang terakhir menandakan permainan tamat. Tak pun kalau korang rasa penat nak tunggu sampai habis korang tunggu je esok, dalam paper mesti keluar punya nak-nak jadi berita utama. tak pe nanti kalau esok aq ada masa nak membebel kat korang aq bagi tau ye siapa yang menang. wait n see huhu..ok lah dah malas nak membebel kat sini aq nak caow dulu. mak aq dah bengang tu dengan n.sembilan, tah apa yang dia bengangkan pun aq tak tau la. mak aq semangat gile tengok bola (macam anak dia la) melebihkan ayah aq pulak. esok mesti kecoh kan kat fb siapa yang menang piala malaysia. ok see u next time!


gotcha!! ^_^

Sunday, October 24, 2010


                                                               bermain di tengah hari,
bermain bersama anak mak suri,
bulan oktober dah nak pergi,
bulan november menyusul sekejap lagi.

amacam pantun aq? ada gaya tak? sebenarnya baru je berjinak-jinak dalam berpantun. rasanya dah agak lama aq tak menulis apa-apa kat blog ni since aq exam sampai la sekarang. Aq bukan apa..asal aq bukak je blog idea aq dah hilang tak tau nak tulis apa so aq just belek-belek je la blog ni. baiki mana yang patut. huhu.. this lately banyak sangat benda yang berlaku tanpa diduga. Contohnya, sekarang ni suara aq yang macam siti nur haliza ni (ok cepat muntah) telah hilang dan aq telah terlantar di rumah selama seminggu tanpa pergi ke sekolah..(yahooo..bestnya..) suhu badan aq juga dah naik, selere makanku yang sebelum ini seperti pantang nampak makanan juga sudah tiada dan badanku yang sebelum ini berisi sedikit telah menjadi kurus seperti papan (ye la tu) akibat kekurangan vitamin. tapi semua itu seminggu yang lalu. kini aq sudah kembali ceria seperti dulu-dulu cuma suara aq masih tiada. jadi tidak dapat la aq nak bercakap banyak (suka la korang kan). sebenarnya aq nak cerita kat korang pasal last week aq ngan kawan-kawan 6cS aq sambut birthday party group kami. kami telah sepakat untuk buat pada hari jumaat. pada awalnya kami mahu buat pada hari lain tapi di atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan so kami pun ambil kata putus buat hari jumaat bersamaan dengan 15/10/2010.

Jadi bila dah buat hari jumaat tu sah-sah la kiteorang tak pergi sekolah! yahooo..suka lagi..kau kalau bab tak sekolah suka je! ala sapa yang tak sukakan tak sekolah? so pada awalnya kami keluar rumah dalam pukul 9 pagi sebab tak nak g lambat-lambat nanti ramai orang. pening kepala kalau ramai orang tak boleh nak berjalan dengan hati yang riang. kami sampai di mid tak silap aq dalam pukul 10 lebih. kami round satu mid jap pastu kami pergi tempat tujuan utama kami untuk sambut birthday party kami. Kiteorang happy giler hari tu sampai tak nak balik rumah dah.. kami masuk sana, masuk sini, belek sana, belek sini, bergambar dan bergambar, tak perlu banyak kut yang aq perlu cerita. tak pe nanti aq kasi korang semua tengok pic yang sempat kami ambik..kalau ada yang berkenan jangan segan silu untuk bertanya pada aq. akanku cuba perkenalkan..gambar-gambar ni pun ada kat FB aq..
masa menunggu keretapi kami snap dlu gmbr.  


inilah dia kek kami..simple je..perisa chocolate! like!

semua air ditangan..tengok ayam tu besar kan? x tengok aq punya lagi besar..haxx
aq ngan huda..makan un sempat lagi nak snap..
time potong kek..klakar betul time ni. sume berebut nak potong kek macam jakun je..
peace wow!! kenyang dah time ni..
sebelum makan, kita bergambar dulu dengan kek tanda kenangan.. :)
6cS..sebelum balik kite snap dulu..huhu mulut aq macam something wrong je. menahankah? ohhh tidk sama sekali
berehat seketika..sambil menunggu yg lain..
aq rasa ni je kut yang dapat aq sajikan(macam makan la pulak) tapi kalau korang nak tengok lebih banyak gambar korang leh tengok kat fb aq je..gotca!!