Friday, March 19, 2010

PERHATIAN!!!

assalamualaikum..



maaf kerana dah agak lama tak mengupdate blog. bukan tak nak tapi internet tibe-tibe ada masalah sikit tapi syukurlah dah selesai dan masalah lain pulak yang timbul. blog aq tak leh bukak.. 'pak cik' google cakap aq punya blog dinyahdayakan dan kena buat password baru. Syukur akhirnya blog aq boleh bukak kalau tak, tak dapat la aq nak memblogging lagi. Sayang seh kalau tak kalau tak dapat nak memblogging lagi.



Mungkin lepas ni aq jarang update blog sebab kena fokus kat study TAPI (ek tiba-tiba guna caps lock ni napa?) aq akan cuba gak mengupdate blog. Oh ya aq nak tanya sapa-sapa yang ada pengalaman bercinta atau tengah dilamun cinta angkat tangan..huhuhu tah apa-apa kan aq ni? melalut lebih. okey balik pada soalan tadi aq nak tanya beberapa soalan.



1. macam-mana kalau org yg selalu gaduh ngan korg tiba-tba suka kat korg? apa korg nak buat?

2. kalau org yg korg suka dalam diam tiba-tiba suka kat member baik korg?apa korg nak lakukan?

3. kalau la ada mamat ni suka kat korg tapi korg suka kat member mamat tu pe korg nak buat?

4. kalau la tiba-tiba ada sorg mamat ni mintak couple kat korg kebetulan mamat ni korg punnye kawan and korg anggap dia sebagai kawan je la..korg nak terima dia or tak? tapi pada masa yg sama korg rsa serba salah kalau tak terima.



hah ni antara soalan yang aq nak tanya kat korg TAPI (guna kat caps lock lagi!) semua soalan ni tak ada kena mengena langsung dengan aq ye!!! harap maklum. soalan ni saja je aq nak tuju kat korg and aq nak buat kajian gak ni...huhuhu kajian apa? hah tak leh bagi tau..aq ni pelik sikit semua nak buat kajian xpecially pasal cinta. tapi jangan ingat aq ni minah jiwang lak!

Sunday, March 14, 2010

kiamat makin dekat?

Betul ke kiamat makin dekat? hah ni korg kena percaya sebab kiamat mmg dah dekat (rasanya la..firasat aq ni). Tapi mmg betul tau tanda-tanda kiamat kecil dah pun berlaku. Banyak sanggat tanda-tanda kiamat kecil berlaku contohnya gempa bumi, perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya(ni mmg makin ramai..betul tak?), anak derhaka kepada ibu bapa, banyak berlaku pergaduhan dan peperangan macam kat palestin,indonesia dll..dan manusia berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi..ni antara contoh kiamat kecil la. lagi pun aq baru je belajar tentang ari kiamat kat sekolah jumaat lepas and tau la sikit-sikit pasal hari kiamat ni pun aq ambik dari buku teks agama ting 3..huhu..


Cakap pasal kiamat ni rasa takut pun ada gak..huhu aq belum buat banyak kebajikan lagi ni..meremang bulu roma cakap pasal kiamat. hari di mana kita semua akan di hisap dan di tentukan sama ada masuk syurga atau neraka. kalau korg banyak buat kebajikan insya-allah boleh masuk syurga kalau buat banyak kejahatan tau-tau je la masuk mana kan?. hah aq baru ingat baru-baru ni ada seorg kenalan hantar sms (hidmat pesanan ringkas dan cepat..huhu pandai-pandai aq je buat nasi tampah..errrk?) kat aq. SMs nye berbunyi begini tuttt..tuttt..tutt..bunyi sms masuk..pastu aq tekan butang 'read' dan keluar la ayat-ayat ini..


renungkan..27/11/09 hari raya AIDILADHA pada
hari jumaat...18/12/09 tahun baru hijrah pada hari
jumaat..25/12/09 hari natal (atau krismas)
pada hari jumaat..01/01/10 tahun baru pada hari
jumaat..26/02/10 maulud nabi MUHAMMAD pada hari
jumaat..02/04/10 hari matiny yesus kristus pada
hari jumaat..26/06/10 hari wesak juga pd hari
jumaat..10/09/10 hari raya AIDILFITRI pd hari
jumaat..27/08/10 nuzul quran pd hari jumaat..
05/11/10 deepavali pada hari jumaat..
dalam AL-QURAN ALLAH telah
menyebutkan bahawa hari kiamat juga berlaku pada
hari jumaat..adakah kiamat makin dekat?
berapa banyak kah ibadat yg telah kita
lakukan untuk menghadapi hari kiamat?
fikirkan dan renungkan kembali..



Okey ni adalah sms yang aq terima dari kenalanku itu..korg renungkan lah. Adakah kiamat makin dekat? waaa..cuaknya aq dah la tak banyak sanggat lakuka ibadat takutnya kiamat. Moga aq akan mati dalah iman dan di tempatkan dengan org-org yg beriman..amin..Tapi korg kena percaya dan hadapinya kerana kiamat itu pasti!!! kita tidak tahu bila kiamat dan kita hanya tahu kiamat akan jadi pada hari jumaat dan tidak tahun bila..mungkin esok?lusa?tahun hadapan?bulan hadapan? atau 10 tahun lagi? wallahhualam..itu hanya Allah yang tahu..kita hanya di pinjamkan oleh ALLAH di bumi ini maka hargai lah setiap pemberian dan kurniaan Allah..bersyukurlah..hargai lah org di sekeliling anda terutama ibu bapa anda..jangan bila mereka tiada barulah kita nak menyesal..jangan sampai nasi menjadi bubur..tapi kalau jadi bubur sedap gakkan? nak nak bubur jagung oh kegemaran aq tu!! ok berhenti merapu miori..kalau korg ada apa-apa nk tambah (tau nak buat nasi tambah..errmm?) dlam entry ni tulis je kat ulasan tu tau nnti aq bertimbangkan..



ok bye..
wassalam..

Friday, March 12, 2010

sUKa-DukA aq..

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara aq hari ini..hehe gedik lebih..


Hari ni aq ada dua story..satu story happy and satu lagi mungkin sedih la pada aq..mana satu korang nak dengar? hah mesti la story happy dulu kan? so aq akan ceritakan..kisahnya macam ni(guna ayat org dulu.. dah lapuk la miori..)


GEMBIRA- hah cerita gembira yang aq nak sampaikan kat korang ialah pasal kawad yg aq pernah cakap kat korg kan? tak ingat hah cuba baca link ni. kalau korang dah ingat bagus la..ok ok keputusannya ialah kawad kaki PUTERI ISLAM menang!!! hahaha..gembira sangat sampai tak ingat kat orang sebelah yang tengah usha panas. semalam bila dengar je p.islam dapat tempat kedua aq and the geng mengerit tak ingat dunia tau. mamat kat sebela usha panas je kat kami mana taknya tiba-tiba je kami menjerit tak ingat dunia. mungkin telinga mamat tu panas sebab dengar kami menjerit nyaring!. Tapi aq tak peduli yang penting kami menang. Yang paling kami tak percaya pengangkap tak menang tapi kami gembira dia tak menang memang bagus pun dorang tak menang.Nak cerita ni..masa kawad semalam aq ngan mina nyanyi-nyanyi la tak nak kasi pengsan ye la dah la buat petang panas pulak tu mna tak pengsannya (kalau org lembik dah lama pengsan). Aq apa lagi nyanyi la ngan mina pastu tangah nyanyi sedap-sedap de pulak suara sumbang dari pihak sebelah suruh diam (pengakap sebenarnya) dorng suruh aq ngan mina diam. Bila dorg suh diam aq lagi la nyanyi kuat0kuat kasi dorg bengang. Jahat kan aq? hahaha..memang sepanjang upacara kawad kaki berlangsung aq asyik nyanyi je tak ingat pe yg org2 atasan cakap (vip and pengetua berucap) lama yang amat berdiri. Bila dah habis je kami terus menjerit puas (lepaskan geram sebenarnya). ni antara pemanang yang aq ingat la..

kawad kaki beruniform:
tempat ke-3: kadet polis
naib johan: PUTERI ISLAM
johan: BSMM (nama lmanya pbsm)

kawad kaki rumah sukan:
johan: rumah lekiu (warna kuning)
naib johan: rumah kasturi (warna hijau) x silap aq la dorg menang..

juara keseluruhan:
naib johan: RUMAH LEKIR (warna merah) runah sukan aq woi..
johan: RUMAH KASTURI (hijau)

ni je la yang aq ingat yang lain dah tak ingat la..


hah da habis cerita gembira kembali pulak kepada cerita tak bape nak gembira pada aq.

SEDIH-rasanya tak sesuai kut story ni nak kata sedih tak la tapi pada aq ada la sikit sedih. Sebenarnya hari ni befday aq..tapi aq rasa sedih..aq tahu aq tak patut rasa sedih sepatutnya aq happy coz today is my birthday..entah la aq tak tau kenapa aq sedih? tapi aq tak rasa macam hari ni hari jadi aq! macam sorang pon tak appreciate aq. Tapi kawan-kawan aq ada la wish 'happy birthday' tapi tu la aq macam tak rasa yang dorg betul-betul ikhlas nak wish aq. sedih seh tapi aq wat muka ceria je tak nak kasi dorg terasa tapi dalam ati ya-allah sedih sangat sebab tak rasa dorg betul-betul ikhlas nak wish. Rasa macam dorg terpaksa wish je coz nak jaga hati aq tapi tak pasti la..aq tak mintak hadiah pun dari dorg but at least do something yang boleh wat aq happy dengan wish dorg.. bukan wat aq rasa macam dorg terpaksa wish je..sedih seh bila ingat balik tapi tak pe la at least dorg wish gak walaupun hati aq sedih dengan dorg. Tadi pun aq macam bad mood ngan dorg tiba-tiba. tah la aq rasa mcam tak guna langsung ada hari jadi ni macam sial je. sebanarnya pagi tadi aq nak nagis bila ingat yang hari ni hari jadi aq lebih-lebih lagi kawan-kawan aq sorg pun macam tak layan aq( ye kut tak layan entah la). Tapi aq tahan, tu yang pagi tadi aq duk diam je dengan dorg tak banyak cakap sebab terasa hati kalau tak dah lama aq kecuh and banyak cakap. Tapi sorg pun tak perasan and prihatin pasal perasaan aq..cewahh..tapi tak pe la aq reda kalau dah ni yang di takdirkan..kemenangan puteri islam dalah hadiah untuk ari jadi aq tahun ni. aq tak perlukan hadiah dri korg langsung!!!!!!..dah la malas nak cerit pasal ni wta sedih je..sory ter emo lak..


AQ BENCI BIRTHDAY AQ!!!!! sorg pun tak faham aq even my friends pun!!! i hate my self for this time je..huhuuhu ok tak kelakar..

Wednesday, March 10, 2010

spm..kawad kaki?

pesanan ni hanya utk budak-budak yg ambik SPM (budak ke?rsanya mereka lebih tua dri aq huhu). ok good luck ye esok. Esok de pe? hah esok kan nak ambik SPM so kena la pergi untuk tengok result korg. Wish u many good luck xpecially for my sister becoz dia ambik SPM last year so i hope she will success in her examination..amin..entah kenapa aq pulak yg berdebar tak tentu pasal hahaha gedik lebih buuu sama dia. Hah esok aq ada perlawanan kawad kaki a.k.a KOT (kejohanan olahraga tahunan). Aq masuk kawad kaki puteri islam hahaha bajet alim masuk puteri islam. Aq harap sanggat this year menang sebab last year tak menang and i really hate be like this!. Tapi this year pun aq rasa cam tak menang sedih tul mana tak nya komander yg abgi arahan kat kitaorg (puteri islam) pun dah give up awal-awal. Aq paling pantang orang cepak give up cam dia belum pe pe lagi dah nak give up tak de kemauan langsung! aq punya la semangat nak kawad nak pastikan this year kami menag but komander lak putus kan semangat kami sepatutnya sebagai komander dia kena bagi kami semangat bukannya kata..

"kita mesti kalah punya"

hah ada ke patut belum apa-apa lagi dah mengaku kalah tak ada semangat juang langsung dalam diri. kalau aq jadi dia aq akan pastikan aq punya anak buah tak give up and akan desak dorg wat yang terbaik for this year. Tapi pe boleh wat aq tak ada kuasa nak membantah atau sebagainya. Biar la..kalah pun tak pe la tapi a harap menang la (tah pe2 tah aq ni). Errmmm..nak cakap pe lagi nye? rasanya dah tak de la tapi aq akan inform kat korang sapa yang menang dalam KOT nanti..hahaha saksikan aq nanti nya...



for my sister good luck!

Saturday, March 6, 2010

bEtUL bEtuL bEtuL


"betul betul betul" hah mesti tau kan ayat ni? ayat ipin la dalam cerita upin dan ipin. Aq boleh la minat dengan cerita ni tapi yang paling minat my niece la..bapak gile minat dia dengan upin dan ipin mengalahkan budak-budak yang lain. Kecik-kecik lagi dah minat benda-benda macam ni. umur baru nak masuk 1 tahun tapi dah pandai tengok upin dan ipin. Pantang sebut upin dan ipin terus gedik hahahaha aq tipu je tapi serius dia minat gile dengan cerita ni. Dia kan nakal sikit kalau tak nak bagi dia nakal pasang je cd upin dan ipin terus duduk diam dan tengok dengan penuh khusyuk sekali!!..aq tak tau la dia faham ke tak pe yang upin dan ipin tu cakap ahh biarkan dia asal dia diam hahahaha jahat punya makcik!!! opppsss panggilan makcik tu nampak macam tua la huhuhu tapi kalau guna cik nampak muda trang tang tang lagi tau..huhu perasan!!..


Cerita upin dan ipin ni memang bagus untuk budak-budak sebab dia banyak pengajaran. bukan saja cerita ni sesuai untuk budak-budak tapi sesuai gak untuk orang yang meningkat dewasa macam aq..oh aq memang minat katun pun..aq paling suka bila dengar ipin cakap "betul betul betul" nampak cute sanggat. Kadang-kadang aq pun tiru gak gaya dia cakap. cerita dia kelakar pun ada..eh bukan memang kelakar pun!! pishhsss..sekarang ni pada pukul 12:50 tengahhari hari sabtu, 6/3/2010 (uhhh siap dengan masa hari dan tarikh lagi tu..) anak buah aq tengah tengok upin dan ipin..adik aq tolong pasang kan tak nak kasi dia ganggu mak aq masak and tak nak dia buas..hahaha senang je nak kasi dia diam pasang upin ipin terus diam tak perlu nak kena dukung dan sebagainya. Kadang-kadang aq pun nak bosan asyik tengok benda yang sama je. kadang-kadang tu boleh ingat dialog yang dia cakap tau! but its still okey for me..haha



ok la aq wish semoga upin dan ipin terus maju (produksi dia la yang maju bukan katun tu coz katun tu tak hidup). Dan tak lama lagi akan keluar upin dan ipin angkasa!! tak sabar nak tengok..yang geng punya dah tengok..not bad la...but still funny..vcd dia pon dah beli lama..Aq beli yang ori ek bukan cetak berompak punya..hahaha bajet je aq!! blah la...ye la nak blah ni..

Thursday, March 4, 2010

LamA mEnyEpi..

salam,

agak lama juga aq menyepikan? sebenarnya aq bukan nak menyepi tapi tak de masa langsung nak update blog, lately ni aq busy dengan sekolah sekolah sekolah sampai naik jemu asyik pandang benda yang sama je. Dan kebelakangan ni juga macam-macam perkara berlaku..merajuk dengan kawan la gaduh la..Ooppppsss merajuk tu bukan aq tapi kalau gaduh dengan kawan tu mungkin ya kut. Aq gaduh dengan sapa? oh itu korang tak yah tau (kerana akan mengaibkan dia) tapi aq betul-betul tak puas hati dengan dia.. dah buat salah tak reti nak mintak maaf pastu pengecut pulak tu takut berdepan dengan kenyataan!! biarlah aq hanya katakan dia seorang lelaki..wahh miori gaduh dengan lelaki!! ok tak de apa yang perlu di banggakan..tapi aq gila tak sangka dia sorang yang pengecut! takut dengan aq pulak tu!! ok aq tipu je sebenarnya aq tak tau la dia takut or tak dengan aq tapi dari cara dia aq rasa cam dia takut bila aq marah dia. mana taknya ni 1st time aq marah gila kat lelaki gara-gara nak bela kawan aq (sapa dia tak yah tau) and ni juga 1st time aq hampir nak menanggis depan boy tu sebab dia tak ikut pe yang aq cakap (aq suruh dia mintak maaf dengan kawan aq lepas apa yang dia buat). ok mungkin dia ego sanggat thats why dia tak nak mengalah.



Yang paling aq bengkek sekali and buat aq marah gila tiba-tiba ada malaun (sejenis binatang yang aq sendiri tak tau..actually aq reka je) yang masuk campur urusan aq. mamat ni memang **** sikit aq benci gile kat dia tahap pokok kelapa tau tapi sabar je dengan perangai dia..dah la kurang ajar dengan cikgu ada ke masa cikgu tengah mengajar malaun ni pergi nyanyi kat belakang!! kau ingat suara kau tu sedap sanggat ke? macam **** je suara kau!!!!!!! aq benci kau sanggat-sanggat!! ...sorry aq terbiadap sebenarnya aq memang tak puas hati gile dengan mamat ni rasa cam nak bunuh je! subhanallah sabar sabar...malas la nak cerita pasal malaun ni wat sakit hati je baik aq tengok upin&ipin ada faedahnya gak dari cerita pasal mamat yang menyakitkan hati ni. Ok sambung balik..mamat malaun ni pergi hasut boy tu supaya tak dengar cakap aq..aq pe lagi marah la dengan dia tapi aq sabar je..malas nak gadu dah buang karan je..tapi malaun ni still tak puas nak sakitkan hati aq! ahh biar la dia aq tak kisah sikit pun pasal dia nak mati ke sakit ke hidup ke i don't care!! tadi dia tak datang sekolah wahhh rasa aman gile dia tak de..aman seaman-amannya..


Hah boy yang aq cerita tu akhirnya mintak maaf juga kat kawan aq ni pastu aq dengan dia baik-baik balik..satu lagi pasal aq ni aq ni tak reti nak marah lama-lama..aq marah sekejap je pastu da ok dah..tah kenapa la dengan aq ni...so senang cerita aq ni tak leh marah lama-lama la kat korang hahaaha..ok tak kelakar jangan ketawa!!!


story kat atas lari sikit dari tajuk..huuhuhu