Sunday, October 31, 2010

red warriors menang!!


assalamualaikum, nak sambung yang semalam punya..
korang tengok logo kat atas tu. tengok sekarang! hah dah tengok? bagus..so keputusannya the red warriors menang semalam dengan 2-1..haha suke suke..mak aq bukan main seronok lagi kelantan menang! aq pun seronok jugak sebab kelantan menang tebus balik tahun lepas punya. aq tak jangka pun kelantan menang sebab masa separuh minit masa pertama satu gol pun tak dapat tak silap aq. dan separuh masa minit yang kedua barulah mereka beraksi dengan semangat dan memberikan dua gol untuk penyokong kelantan. suke lagi. Mak n ayah aq bukan main sorak lagi masa kelantan jaringkan gol yang pertama. pastu beberapa minit selepas tu gol yang kedua pula menyusul wahhhhh..bukan main bersorak lagi orang kat stadium tu..tapi yang sedihnya dorang buang sampah merata-rata. botol-botol minuman tu semua di campaknya keluar padang. apa punya perangai tu? tong sampahkan ada? buang la dalam tong sampah kan tak mencemarkan stadium tu..kut ya pun marah jangan la sampai baling segala..sabar la..kesian kat pekerja stadium kena kutip botol yang bertaburan

walau apa pun aq nak ucapkan tahniah kat pasukan kelantan kerana membawa pulang trofi piala m'sia untuk kelantan selepas kecewa tahun lepas..teruskan usaha..majulah sukan untuk negara (tag line tv1)haha..


gotcha! ^_^

Saturday, October 30, 2010

kelantan vs n.9 siapa menang malam ni?

Assalamualaikum,

final bola sepak piala malaysia baru je mula beberapa minit tadi. KELANTAN VS N.SEMBILAN. Siapa yang menang agaknya ye? kalau nak tahu kena la tunggu akhir minit nanti. Tapi aq berharap kelantan la menang for this season coz last year dorang kalah jugak kat tangan n.sembilan. kenapa aq sokong kelantan? sebab aq ni ada darah kelantan. memandangkan mak n ayah aq orang kelantan so secara automatiknya aq ni orang kelantan. mak dengan ayah aq semangat duduk kat depan tv nak tengok bola. Ayah su aq pulak (adik mak aq) awal-awal lagi dah out dari rumah nak pergi stadium tengok bola punya pasal. Siap pakai baju warna merah lagi maklum la peminat the red warriors. Aq ada jugak tengok berita akhir-akhir ni bila nak dekat dengan piala malaysia. tiket habis dijual. tiket yang mahal pun habis dijual tu la minat sangat sampai sanggup berhabis wang nak tengok bola punya pasal. Aq pelik la..asal la dorang semua sanggup berhabis duit semata-mata nak tengok bola punya pasal? apa kata wang yang dorang pakai tuk beli tiket tu dorang guna untuk kegunaan harian. bola tu kat dalam tv pun boleh tengok. tapi tu la kan bila tengok kat rumah tak best sebab tak de kawan nak bersorak beramai-ramai. pastu kalau bersorak kat rumah anak bini nak tidur la. nanti kena marah bersorak. mungkin itu semua alasan kenapa dorang nak tengok kat stadium. tak pun tengok kat stadium lagi syok tengok real punya siap boleh kasi sokongan lagi kat pasukan masing-masing. itu semua aq tak nafikan.

  sedang aq membebel kat sini tiba-tiba aq dengar sorakan dari tv dan kekesalan dari mulut mak aq. aq keluar dari bilik nak tau apa berlaku then aq tanya mak aq "asal? dah gol ke? siapa yang gol?" tengok berapa soalan aq tanya. mak aq pun jawap la "n.sembilan yang gol..dapat sepakan penalti"..Ooo..jadi n.sembilan dah satu gol la? waaaa...betapa kesalnya aq..nak wat cam ne kan? dah rezaki dorang. mungkin lepas ni kelantan pulak yang gol ke? mana tau kan? (wah..berharap gile aq ni). aq tengok ulang tayang lagi sekali dan yang buat sepakan penati tu tak silap aq no.9 nama dia aq tak pasti la..tahniah n.sembilan ^_^ (walaupun hati tengah sedih). Aq terfikir dapat ke kelantan menang tahun ni? ya..harap-harap la dapat sebab last year dah tak menang (aq soal, aq jawab..tengok betapa sengal ye aq huhu). Aq ni nak kata peminat fanatik bola tak la tapi setakat nak bagi sokongan tu aq ok je. tak macam sesetengah orang tu sanggup wat apa saja asal dapat tengok pasukan dia beraksi. itu satu sokongan yang bagus tapi jangan la terlampau sokong sampai membinasakan diri atau lain kata menyusahkan diri sendiri. kita nak sokong kat mana-mana pun boleh.

   akhir kata (dah macam syarahan je) aq harap kedua-dua pasukan dapat buat yang terbaik untuk negeri masing-masing dan aq still lagi berharap the red warriors menang..amin..kalah menang tu biasa la adat permainan jangan pulak nanti bila dah kalah nak mengamuk baling sana baling sini. botol-botol air tu jangan la buang dekat stadium tu. jangan baling kat pemain-pemain tu sebab marahkan mereka nanti kesian kat pekerja stadium tu kena bersihkan satu stadium akibat dari sikap suka baling-baling korang tu.. banyakkan bersabar kalau dah kalah nanti, tak kisah la siapa yang menang (masih mengharapkan kelantan menang) asalkan pemain-pemain yang korang sokong tu dah buat yang terbaik untuk negeri masing-masing..

  keputusan siapa juara piala malaysia kali ni korang kena la tunggu sampai pengadil membunyikan visel yang terakhir menandakan permainan tamat. Tak pun kalau korang rasa penat nak tunggu sampai habis korang tunggu je esok, dalam paper mesti keluar punya nak-nak jadi berita utama. tak pe nanti kalau esok aq ada masa nak membebel kat korang aq bagi tau ye siapa yang menang. wait n see huhu..ok lah dah malas nak membebel kat sini aq nak caow dulu. mak aq dah bengang tu dengan n.sembilan, tah apa yang dia bengangkan pun aq tak tau la. mak aq semangat gile tengok bola (macam anak dia la) melebihkan ayah aq pulak. esok mesti kecoh kan kat fb siapa yang menang piala malaysia. ok see u next time!


gotcha!! ^_^

Sunday, October 24, 2010


                                                               bermain di tengah hari,
bermain bersama anak mak suri,
bulan oktober dah nak pergi,
bulan november menyusul sekejap lagi.

amacam pantun aq? ada gaya tak? sebenarnya baru je berjinak-jinak dalam berpantun. rasanya dah agak lama aq tak menulis apa-apa kat blog ni since aq exam sampai la sekarang. Aq bukan apa..asal aq bukak je blog idea aq dah hilang tak tau nak tulis apa so aq just belek-belek je la blog ni. baiki mana yang patut. huhu.. this lately banyak sangat benda yang berlaku tanpa diduga. Contohnya, sekarang ni suara aq yang macam siti nur haliza ni (ok cepat muntah) telah hilang dan aq telah terlantar di rumah selama seminggu tanpa pergi ke sekolah..(yahooo..bestnya..) suhu badan aq juga dah naik, selere makanku yang sebelum ini seperti pantang nampak makanan juga sudah tiada dan badanku yang sebelum ini berisi sedikit telah menjadi kurus seperti papan (ye la tu) akibat kekurangan vitamin. tapi semua itu seminggu yang lalu. kini aq sudah kembali ceria seperti dulu-dulu cuma suara aq masih tiada. jadi tidak dapat la aq nak bercakap banyak (suka la korang kan). sebenarnya aq nak cerita kat korang pasal last week aq ngan kawan-kawan 6cS aq sambut birthday party group kami. kami telah sepakat untuk buat pada hari jumaat. pada awalnya kami mahu buat pada hari lain tapi di atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan so kami pun ambil kata putus buat hari jumaat bersamaan dengan 15/10/2010.

Jadi bila dah buat hari jumaat tu sah-sah la kiteorang tak pergi sekolah! yahooo..suka lagi..kau kalau bab tak sekolah suka je! ala sapa yang tak sukakan tak sekolah? so pada awalnya kami keluar rumah dalam pukul 9 pagi sebab tak nak g lambat-lambat nanti ramai orang. pening kepala kalau ramai orang tak boleh nak berjalan dengan hati yang riang. kami sampai di mid tak silap aq dalam pukul 10 lebih. kami round satu mid jap pastu kami pergi tempat tujuan utama kami untuk sambut birthday party kami. Kiteorang happy giler hari tu sampai tak nak balik rumah dah.. kami masuk sana, masuk sini, belek sana, belek sini, bergambar dan bergambar, tak perlu banyak kut yang aq perlu cerita. tak pe nanti aq kasi korang semua tengok pic yang sempat kami ambik..kalau ada yang berkenan jangan segan silu untuk bertanya pada aq. akanku cuba perkenalkan..gambar-gambar ni pun ada kat FB aq..
masa menunggu keretapi kami snap dlu gmbr.  


inilah dia kek kami..simple je..perisa chocolate! like!

semua air ditangan..tengok ayam tu besar kan? x tengok aq punya lagi besar..haxx
aq ngan huda..makan un sempat lagi nak snap..
time potong kek..klakar betul time ni. sume berebut nak potong kek macam jakun je..
peace wow!! kenyang dah time ni..
sebelum makan, kita bergambar dulu dengan kek tanda kenangan.. :)
6cS..sebelum balik kite snap dulu..huhu mulut aq macam something wrong je. menahankah? ohhh tidk sama sekali
berehat seketika..sambil menunggu yg lain..
aq rasa ni je kut yang dapat aq sajikan(macam makan la pulak) tapi kalau korang nak tengok lebih banyak gambar korang leh tengok kat fb aq je..gotca!!

Sunday, September 5, 2010

mencarinya..

assalamualaikum..

entry ni khas buat kawan aq (tapi kalu korang nk baca un boleh x salah) yang dah hampir 5 tahun tak jumpa ( tak silap aq la)..sebenarnya dah lama aq cari dia ni tapi tak jumpa-jumpa jugak akhirnya alhamdulillah aq jumpa gak dia.. dia ni dulu kawan lama aq masa darjah 4 kreatif SK DESA PETALING dia ni jugak merangkap kawan karib aq dulu..kiteorang selalu bersama. banyak sangat memori aq dengan dia (cehh mcm bercinta je). aq tak tau la sama ada 'orang' yang aq jumpa ni memang betul kawan lama aq masa darjah 4 sebab nama 'orang' ni sama ngan nama bff aq dulu ni..aq harap sangat dialah kawan lama aq tu..masa darjah 4 dulukan aq selalu pergi rumah dia dekat dengan pusat serenti ohh harap maklum eh dia bukan duduk kat pusat serenti tu tapi dia tinggal kat rumah teres dekat dangan pusat serenti  situ sebab ayah dia kerja kat situ..kadang-kadang aq ternampak la jugak orang-orang pusat serenti tu tapi tak selalu la sebab tu aq relex je (ohh sedangkan takut jumpa penagih dadah yang cuba nk memulihkan diri mereka tu). kalau hari tak sekolah je kiteorang selalu main dekat dewan yang ada kat kawasan rumah dia memang have fun ar aq..masa darjah 4 dulu pun kami kelas sama iaitu 4 kreatif (eh bukan aq dh tulis ke kat atas td?) tapi tak duduk sama la sebab cikgu dah tetapkan tempat duduk tapi kami selalu bersama...

kenapa aq ni asyik cakap 'darjah 4' je dari tadi..ohh sebenarnya aq kawan rapat dengat dia masa darjah 4 pastu aq kena berpindah (sedih yang amat). Ni untuk kawan aq yang bernama NUR FARZANA ISKANDAR :

1. kita tau mungkin kamu dah tak ingat kat kita tapi kita selalu ingat kat kamu tak pernah lupa pun..kita dah lama cari kamu tapi tak jumpa. nak call pun kita tak de nombor fon kamu. nombor rumah kamu ada la..pernah tak silap kita, kita pernah call kamu masa kita dah pindah. masa tu kita ngan FARAH NINI call kamu pastu je kita dah lost contant ngan kamu..sedih tul..

2. kamu masih ingat kat kita lagi tak? nama kita NURUL HAZIRAH BINTI MOHAMED..kawan lama kamu masa darjah 4..kita ingat lagi beberapa tahun yang lepas kamu  ada hantar surat dekat kita. sampai sekarang kita masih simpan surat tu...

3. kamu ingat tak anas anak ustazah apa tah namanya *tak ingat* ?? tak silap kita budak anas tu jahat kan?tapi dalam surat kamu yang beberapa tahun lepas kamu cakap anas dah baik dan jadi kawan baik kamu..kita happy masa tu bila tau dia dah baik..kalau dulu dia tu nakal yang amat..

4. kamu masih ingat tak dekat ASYIQIN kawan baik nazura dulu tu? yang pada kamu ngan kita dorang tu gedik? (maaf ekin) ingat tak? hah sekarang dia dah tak gedik dan dia dah jadi kawan baik kita pun tapi sekarang kami tak sekolah sama la but kami still lg kawan..kamu ingat FARAHNINI? hah dia sekarang sekolah kat Kelantan.

5. kita masih ingat lagi kawan-kawan masa kat SK DESA PATALING..cuma lupa nma dorang la sikit sikit..ni antara yang kita ingat nama diaorang..ANAS (ohh semestinya ingat sebab dia nakal dulu), ADAM, HAFIZ, SYUID, HAIRI, kembar tu ala tak ingat r nama dia yang ingat huruf depan dia H, IMRAN (dia sekarang duduk rumah seblok dengan kita tapi tak pernah jumpa, lagi pun dia tak sekolah sama dengan kita maybe dia sekolah SMK DESA PETALING), ZARIFAH (betul ke nama dia? ala dia selalu ada 3 orang tu dah tak ingat la nama yang lagi 2 org tu tp kita ingat yang seorg tu nma dia panjang n susah nak sebut) , SYUHADA IMANI (dia ni dulu kawan baik kita gak kan? tapi ingat tak dulu kita selalu buli dia tapi last-last jadi kawan baik..kelakar betul), NAZURAH IDORA, ASYIQIN, FARAHNINI, sapa lagi ek? buat masa ni nama ni je la yang timbul dalam kotak fikiran..

Farzana, kalau kamu masih berhubung dengan kawan-kawan lama masa 4 kretif dulu tolong contant kita melalui BLOG ni..i really2 need to met u..walaupun jauh tapi kita masih boleh berhubung kan? sekarang ni teknologi makin canggih so apa nak heran kan? kamu leh add kita kat facebook or myspace..but kamu mesti contant ngan kita dulu nak pastikan sama ada kamu ni betul-betul kawan lama kita yang 5 tahun lepas?. Farzana kamu mungkin tak boleh nak ingat sapa kita tapi mungkin melalui memori yang pernah kita lalui kamu boleh ingat kita..but u must remember this..i never forget u..how about u? do u remember me?

please contant kita farz..tolong tinggalkan apa2 note tuk kita yang boleh wat kita yakin yang kamu adalah kawan lama yang dh lama kita cari (berapa kali nk cakap la??) nur farzana iskandar (blogspot)

Tuesday, August 3, 2010

Faktor-faktor kenapa korang lupa..

fuhhh fuhhhh fuhhhh...hah dah hilang pun habuk ni..maaf la ye aq terpaksa buang habuk yang berkurung dalam blog aq ni..agak lama jugak aq tak update blog kan? almaklum la orang sibuk bagai nak rak kalah perdana menteri gitu! wahh..ok la hari ni aq nak kongsi sikit fasal faktor-faktor yang buat korang lupa tentang pelajaran..aq sure punya la mesti ramai yang lupa kan bila habis je apa yang cikgu ajar. pastu balik rumah leh pulak terlupa apa yang cikgu ajar tadi..ala normal la tu..aq pun sama tapi aq nak ingatkan kat korang and diri aq sendiri bahawa sifat lupa ni tak elok untuk kita. kenapa aq kata tak elok untuk kita? ok sebagai contoh, kalau cikgu suruh bawak buku mate esok tapi bila balik rumah je korang lupa tup-tup esok pergi sekolah tak bawak benda yang cikgu korang nak hah kalau kena marah padan dengan muka korang naknak kalau cikgu tu garang macam singa lapar nah ambik korang alamaknya belajar luar kelas la.....  ni aq senaraikan faktor-faktor korang cepat lupa apa yang cikgu ajar...faktor ni paling famous sekali r yang sering pelajar lupa..

1. berkhayal semasa membaca dan ketika cikgu mengajar. hah aq tau ni mesti betul punya lah and mesti berlaku punya kat diri kita sebagai pelajar. mesti time cikgu tengah mengajar kita berkhayal kat tempat lain kadang-kadang tu mesti sampai kat luar dari Malaysia. Berkhayal punya pasal sampai apa yang cikgu cakap pun tak masuk dalam kepala pastu bila cikgu suruh wat kerja sekolah hah barulah terkial-kial tanya kawan sebelah tak pun cikgu hah kadang-kadang tu sampai kena marah dengan cikgu sebab tak alert.

2. Tidak ulangkaji apa yang pernah dibaca. ini jugak salah satu faktor yang buat kita lupa apa yang kita belajar. benda ni pun pernah berlaku pada diri aq sendiri. Ada satu masa tu aq tak ulang kaji apa yang aq belajar sekali cikgu suruh buat latihan apa yang belajar hah ambik kau sekali otak aq dah tak ingat apa yang aq belajar hah mula la aq tanya kawan-kawan dan bukak buku semula cari jawapannya..satu buku sekali aq belek. kan susah tu..hah padan la dengan muka aq.

3. Tiada usaha menberikan penumpuan. Aq rasa ni adalah masalah yang sering berlaku bila kita belajar. Mesti tak dapat bagi sepenuh perhatian apa yang cikgu sedang ajar. tapi kita kena berusaha untuk memberikan perhatian 100% terhadap apa yang cikgu ajar tapi jangan la sampai korang gila bila asyik serius je dengar apa yang cikgu cakap. kadang-kadang tu wat la lawak jugak kasi sesi pembelajaran kita tu menarik dan tak terlalu tertekan.

ni adalah antara faktor korang lupa pasal pelajaran. nanti kalau aq ada apa-apa lagi tips yang perlu dikongsi ngan korang aq akan kongsi don't worry be happy ok!! i should go now..



ghotca!! ^_^
   

Monday, July 12, 2010

hadiah dari pengetua

hari ni aq telah mendapat hadiah berupa barang perhiasan sejumlah $4000 US dolar..satu buah rumah banglo 4 tingkat, satu biji buah kereta exora kesukaanku. penginapan 5 hari 4 malam di Korea dan wang tunai sebanyak 10 000 ringgit malaysia..wahh kalau la aq dapat semua ni mau nya aq kaya! korang nak? boleh..tapi dalam mimpi la..itu semua hanyalah angan2 aq yang macam pak pandir tu je..sebenanya pengetua aq yang dah tua tue eh eh bukan r tak tua mana pun..saja gurau..tadi dia telah datang ke kelas aq dan telah menganggu pembelajaran aq dan ketika itu tengah nak tido tue zzz..dia datang nak bagi hadiah tuk budak yang dapat tempat pertama hingga ketiga dan aq tergolong dalam kelompok itu jadi aq pun dapat la hadiah dari dye..actually dye dah janji nak kasi chocolate cadbuary yang sedap tue dan aq telah pun terbayang2 nak memakannya dan menghisap chocolate itu dengan penuh perasaan tapi apa kan daya dye tak jadi nak bagi alasannya nanti kalau bagi chocolate kita akan makan and terus tak ingat pemberian dye so dye bagilah hadiah yang boleh mengingatkan dya..hadiah ni bukan sebarang hadiah ok ni di import dari luar negara ok! korang ada? wahh..tiba2 aq terasa bangga ni asal?.. hadiah dye tak la besar mana tapi aq hargai..
anyway, aq happy sangat dapat hadiah dari pengetua coz secara pribadi..korg ada? 
ni gambar hadiah yang dye kasi kat aq and yang tergolong untuk mendapat hadiah tue..

ni dari mekkah..beg tuk ltk handphone..berliplap-liplap..letak kat tempat gelap
pun boleh nampak kau tau..!
ni pen dari jepun tau..tengok tue muka patung tue ada macam maruko x?
pen ni cute sangat..aq suka..

kalau nak tahu dua2 benda ni ada kebaikannya..satu aq leh letak handphone satu lagi boleh aq menulis..i like its...thanks PN.HAMIDAH..i love it..^_^ oh ya de yang dapat pensil box tau buatan indonesia..

Sunday, July 11, 2010

tata semua..

setelah puas mencomotkan blog aq dengan menukar background yang entah keberapa kali akhirnya dapat jugak aq menukar background aq. Tapi aq rasa macam ada yang tak kena je dengan blog aq ni... korang tak rasa cam tu ke? aq kadang-kadang naik bosan gak tengok benda yang sama je kat blog aq..kadang-kadang tu nak jugak la aq change sikit suasana bagi gempak gitu!.. aq sebenarnya bosan giler ni tak tau nak buat apa..nak buat bodo tak leh nanti jadi bodoh tul-tul baru tau..huhu aq tak mau jadi bodoh sapa yang nak kan? so kita kena la jadi pandai..

sebenarnya aq nak bagi tau korang sikit..after this aq MAYBE jarang update blog macam selalu la sebab kena fokus tuk PMR yang lagi dua bulan ni..diam tak diam, bising tak bising akhirnya dah nak sampai ke kemuncaknya..cuak pun ada doh..takut pun ada tapi aq akan cuba buat yang terbaik insya-allah..nanti korang doakan la tuk aq ye supaya aq boleh jawab exam and dapat 8A's dalam exam..doakan tau..AMIN..ok la memandangkan aq akan jarang update blog so aq akan hidangkan korang bukan dengan nasi tapi dengan gambar aq and kawan2 aq masa kami keluar jalan2 satu KL gamaknya..nanti korang add la aq kat facebook ek ni namanya..nurul hazirah


sebenarnya banyak lagi gambar tapi aq malas nak uploud. tak pe la nanti kalau aq ada masa lagi aq letak gambar2 banyak sikit ek..

bye..bye.. (^_^)