Saturday, July 30, 2011

perkhemahan pengawas : jangan tak disiplin lak lepas ni ^_^ (part 1)

assalamualaikum,,

dua hari aq tak de kat rumah. mana aq pergi? hilangkan diri? wahhh...semua itu tidak benar sama sekali. sebenarnya aq pergi kem pengawas kat sekolah. aq jadi pengawas? macam tak percayakan? budak yang selalu bercakap masa perhimpunan, malas nak beratur and selalu wat pekak bila pengawas tegur tiba-tiba jadi pengawas? jangan terkejutnya kerana keajaiban boleh berlaku. wahhh ayat tak boleh blah.

kem yang aq join ni dua hari je. kenapa sekejap sangat? kau jangan tanya aq. pergi tanya sir terrence, guru pengawas aq. haha. walaupun dua hari aq rasa macam seminggu duk kat situ.(haha ayat tipu di situ). yang kawal keseluruhan kem ni atau selaku komander kem ni bekas ketua pengawas tahun 2010/2011. bapak tagas aq cakap kau!. salah sikit siaplah kena ketuk ketampi. tapi semua tu aq dah biasa. sapa yang tak biasa balik kang sakit lah kaki korang. okey aq nak cite pengalaman aq dua hari kat kem tu.


hari pertama tu iaitu hari jumaat. pendaftaran peserta pukul 4. pastu semua kena pergi kat dataran and abg fasilitator tuh pun kenalkan lah diri dan peraturannya. tak sangka abg and akak yang aq tengok sebelum ni kepala 2 X 5 cam aq boleh jadi tegas and garang nak mampus kat kem. baru je mula sesi ice breaking dah kena ketuk ketampi sebab tak de kerjasama. sakit hati pun ada masa tuh. pastu sesi ice breaking tamat terus bagi kumpulan. kumpulan aq best! dapat akak and member kumpulan yang gempak. kau ada?

masa sesi ice breaking ngan member group, kena bagi nama singkatan. aq tak tau nak kasi nama singkatan untuk aq sendiri. gila bukan?. lepas terguling-guling, meniarap kat situ pastu siap buat lompat katak lagi aq pun cakap la "pangil zie" singkat bukan?. lepas dah habis turn aq tiba-tiba terasa nak tukar nam lak sebab nama yang aq kasi tu mengelikan  (kut!). pastu aq cakap r "eh korang nak tukar lah, jangan pangil zie. panggil ziera" hah tuh lah. sian kat dorang yang lain penat perah otak kanan kiri ingat nama aq zie pastu sedap lidah aq je nak tukar pulak. tersasul-sasul nak panggil nama aq masa sorang2 kena ingat nama member grup.


malam kebudayaan lagi best and ade benda yang tak diingini berlaku. nak tau apa dia...jangan lupa saksikan sambungannya okey!


gotcha!!

Sunday, July 10, 2011

MURALYSM SHOP OPENING CONTEST

assalamualaikum, 


tadi usha FB jap tengok apa yang ada pastu ada sorang ni add aq masuk dalam group dye. aq un terima dan usha jap sekali dye de wat contest. ni hah


  
   

    so hati aq tergerak nak join jugak! shawl yang dye jual semuanya cantik macam tuan dye kau tau! serius aq cakap, tak bohong pun. ni link blogshop dye right klik please kalau korang nak join pun boleh tau! aq sure punya kalau korang tengok shawl yang dye jual mesti tertarik and rasa nak beli jew! aq pun rasa nak beli cuma duit susah sangat nak keluar dari wallet..hahaha..

    shawl2 yang dye jual semuanya menepati cite rasa muda mudi sekarang ni. kalau korang rasa susah sangat nak cari shawl yang cantik lagi cun hah kini korang tak perlu bimbang lagi kerana muralysm shop ada segalanya! jangan lupa terjah and beli banyak2 ok!

kalau korang nak join contest ni pun boleh tau, tapi de syaratnya.. jeng jeng jeng..inilah dye ^_^
Cara Nak Join Contest ! ;)

  1. Firstly, korang WAJIB follow Blog Muralysm Shop . Kalau nak follow BLOG TAUKE MURALYSM SHOP pun dialu-alukn .
  2. Tampal notis contest ni dalam entry korang dan letakkan link Blog Muralysm Shop dalam entry tersebut .
  3. Wajib letakkan gambar contest sebagai banner dalam blog korang . (tak kesah sidebar kanan ke kiri, letak kt bawah pun ok! )
  4. Buat entry mengenai Blog Muralysm Shop untuk promote kat kawan2 korang . Entry korang haruslah menarik dan buat kawan2 korang excited nak terjah Blog Muralysm Shop! ;))
  5. Next, buat ayat yang bestgilekreatif tidak melebihi 10 patah perkataan . Ayat yang terbaik akan digunakan sebagai MOTTO Blog Muralysm Shop .
  6. Buat tajuk entry korang macam nie รจ “ MURALYSM SHOP OPENING CONTEST “ .
  7. Tinggalkan link entry korang diruangan komen entry contest ni untuk dinilai .
  8. Lastly, tag kan 5 orang kawan korang untuk join same2 contest ni ok! ;))
Hadiah

1st Price :
1 China Pashmina & 1 Satin Shawl

2nd Price :
1 Satin Shawl

3rd Price :
1 China Pashmina



  hah tengok lah hadiah dye..keluar air liur basi tau! dalam banyak2 syarat tu ada syarat dye yang kena wat ayat :

bestgilekreatif tidak melebihi 10 patah perkataan .
    
so setelah perah otak kanan, otak kiri tungang terbalik..habis satu buku reka... idea pun kontang so ni jew lah aq dapat buat..hopefully ok..

                                         nice to see, soft to touch and beautiful to wear


nak tag sapa nye?? ehh so ni lah dye!
                  *nadz si budak pemalas*
sorang lagi untuk sesiapa yang teringin tau! semua pun boleh join..




gotcha!!!



   

Wednesday, July 6, 2011

KOT peringkat sekolah

assalamualaikum,,

semalam bersamaan 05/07/2011 bertempat di stadium panasonic, shah alam telah berlangsungnya majlis Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat sekolah smk sri pantai .. wahhhh dah macam buat laporan pulak. okey la semalam aq stadium panasonic tu sebab ada KOT. aq masuk kawad kaki badan beruniform ppi (pergerakan puteri islam). semua rumah sukan and badan beruniform terlibat sama. kalau dah namanya kawad memang kena berdiri je la kan? memang lama la jugak berdiri dengar ucapan semua segala. and so on la..


habis kawad kaki, pertandingan larian rumah2 sukan pulak.. aq tak ambil bahagian dalam larian ni.. aq x mau la masuk larian nanti comform3 aq kalah punya. orang lain dah sampai dulu aq masih terkedek-kedek macam itik berlari. aq memang tak suka lari.. sapa yang lari ngan aq sure2 la orang tu menang. aq ni lari macam berjalan je.. teruk kan? aq kalau lari mesti ketinggalan..even kawan aq yang lari ngan aq un tinggalkan aq kat belakang. dalam hati dorang mesti cakap "lembab tul dye ni lari' betul kan? jgn tipu. aq memang lembab pun lari..apa kau kisah?


sebab tu lah aq selalu lari sorang2 kat belakang sebab semua kawan aq tinggalkan aq..nasib badan lah kan.. aq tak tau kenapa tapi tiap kali aq lari mesti semput. sakait kat bahagian pinggang dan perut. baru lari satu meter perut aq dah sakit. kena lah jalan supaya sakit tu reda. dah tak mau citer pasal lari. tutup.

pertandingan kawad kaki aq tak menang. memang dah agak dah dari awal. bukan sebab kawad tak betul tapi ada la sebab yang aq rasa aq patut simpan sendiri. kite kalau kawad ni tak leh duk sebelah BFF kan sebab nanti asyik bercakap je. betul tak? malas nak citer panjang. ni aq sajikan sedikit gambar. gambar ni aq cilok kt kwn aq. jgn marah naaa.. :)

mana aq ni??? oh x nmpak coz aq kat belakang



nak gak aq cuba sume aksesori tue

bila dah bosan ni lah jadinya..

kat tengah padang pun jadi lah..

tarian satu malaysia..kawan kelasa aq ramai yang masuk ni...cute dorang :)

bila bosan lihat orang berlari.. ni lah keja kami :)

hah ni la ckgu aq. .yang pakai tudung biru tu ckg puteri islam..yg pakai  tudung pink tu ckg kh aq thn lepas. dye mengandung sekarang ni.. kiteorang suka usik perut dye kalau jumpa. dye bengang je =_= :) hahha


ehh!!??? asal tiba2 gmbr ni tersesat pulak?? aq ambk kt pakcik google..

okey tu je lah... see u next time :)



gotcha!!

Saturday, June 25, 2011

lalalla

assalamualaikum,,

sudah lama jugak aq menyepi dari menulis apa-apa pada blog ni kan? rasa cam dah lama sangat! aq tak tau la kenapa tapi lately ni aq malas sangat nak update blog. Jari ni rasa cam malas nk bergerak tekan papan kekunci laptop ni. rasa malas nak menari-narikan jari taip satu-satu perkataa. uhhhh jauh melalutkan. rasanya aq tak update blog sejak dari 21 mei 2011 dan entry aq yang terakhir ialah sekolah rendah wahh dah lebih sebulan gak la aq tak update apa-apa story.

aq sebenarnyakan dah banyak kali buka blog nak update tapi tiap kali aq nak update je mesti idea aq hilang tah kemana. baru nak tulis satu perkataan jari aq dah berhenti tak tau nak tulis apa. betul-betul hilang idea aq. aq pun tak tau nak tulis apa. ni pun aq tulis apa yang terlintas dalam otak aq. kalau melalut tu korang abaikan je la. aq dah tak tau nak tulis apa.

korang ingat lagi cuti sekolah 2 minggu tu? hah! korang wat apa cuti sekolah tu? melancong? balik kampung? atau ada kat rumah dan termenung je? ha..kalau aq errmmm memang sibuk la aq cakap kat korang. rasa macam aq tak cuti je. mana taknya dalam masa dua minggu tu aq tak duduk diam langsung. kaki aq asyik gerak sana, gerak sini tak henti-henti. minggu pertama tu aq pergi kem di sg.buloh, selangor selama dua hari. kem pasal alam sekitar. best g sana. balik je dari kem kat sg,buloh tu aq g pulak kem kat raub,pahang selama seminggu.. mak ai memang penat r.. balik dari kem terus g kem lain pulak.

lepas cuti je aq memang sibuk ngan aktiviti kat sekolah. macam-macam aktiviti aq kena terlibat. memang tak cukup rehat la. yang terbaru ni nak kena kawad kaki pulak untuk K.O.T (kejohanan olah raga). nampaknya memang aq balik lambat la setiap hari. pastu lepas je habis K.O.T tu aq ada aktiviti lain pulak. macam-macam. nampaknya aq kena pandai manage masa aq sendiri la. baru-baru ni aq ada masuk pertandingan blog.ala kat sekolah je. kena buat pasal blog. aq dah la tak pandai sangat bab IT ni tapi gatal gak nak masuk! fuuhhh! doakan la aq menag tau (walaupun aq tau tipis tuk aq menang) memang ramai la yg join masuk pertandingan blog ni. nak tengok blog aq? oke ni blog yg aq masuk pertandingan tu..tak lawa pun :( klik sini so harap korg boleh komen. :)


aq dah tak tau nak cakap apa dah! so bye!!!


gotcha!!!

Saturday, May 21, 2011

sekolah rendah

assalamualikum,,

         hari ni aq g sekolah rendah aq . sebab ada hari alumi and jubli emas tu (aq x pasti apa). Bekas2 pelajar sekolah di jemput hadir ke majlis tu. dah kira cam perjumpaan dak-dak lama jek. cam biasa la aq g ngan member aq. Bila dah sampai sekolah lama tu mesti lah nak jumpa cikgu kan. haha . rasa segan lak nak jumpa cikgu lama coz dah lama tinggalkan sekolah tu even sekolah tu dekat je ngan rumah aq (boleh tahan la). walaupun cikgu tu tak ingat tapi dorang still jaga hati kita konon-konon ingat la sedangkan.. huh ! mesti cikgu cakap "saya ingat muka kamu, tapi tak ingat nama" ayat tu dah macam sinonim je ngan cikgu2. sedangkan dia tak ingat pun kita. but aq respect dorang coz dorang jaga hati ank murid ngan cakap cam tu at least pelajar tu tak terasa langsung la cikgu tak kenal dorang.

      kalau dah semua bekas pelajar di jemput hadir sah-sah la jumpa kawan lama yang tak jumpa bertahun-tahun. aq ada jumpa sorang kawan lama aq masa darjah satu . dak lelaki . aq nak tegur dia tapi segan lak takut dia tak ingat kat aq . dia pun  cam tak cam aq je . mungkin sebab muka aq dah berubah kut . berubah cam ne ? makin cute kut ! ! haha bohong je la . perasan kan ! last2 aq hanya mampu memandang tanpa berkata apa2. huffffhh sedih T__T tapi tak la sangat .

   banyak jualan yang dorang wat . macam2 ada . pameran kerata f1, games, pameran motor berkuasa tinggi, gerai-gerai makanan (yummmy sedapnya), jualan baju yang berharga antara RM2-RM3, pertandingan menyanyi, ni budak-budak je aq tengok masuk. budak yang mak aq jaga pun masuk gak aq ngan selambe je g lambai kat dia tengah2 org  ramai tu konon bagi semangat r tu. dia bawak lagu sofea jane nyanyian Blank. perrgghh ! tersilap lirik daa dia nyanyi . kelakar pun ada . kalau aq masuk komfom2 nye la aq menang kan ? haha perasan . nak pegang mic pon cuak de hati nak nyanyi depan orang ramai .fukkhh ! ! .

   aq jalan2 pastu de nampak satu kedai ni buat pameran haiwan. ada ular, arnab, hamster and sekor binatang tu aq tak tau nama pe, macam tikus pun de gak tapi bukan . entah la . aq tengok ular tu macam best je pegang aq pun ajak la kawan aq g tengok ular tu sekali ngan pegang. dia awal2 lagi dah tarik diri tak nak g sana . takut ular katanya. haha ular pun nak takut ! cakap macam aq tak takut ular je kan. memang aq tak takut buktinya aq pegang pe ular tu siap tangkap gambar sekali . tak caya . nak bukti ? ? ok tunggu jap . . harap bersabar . hoho
    hah ! tengok de bukti tau . ular tu hidup tau bukan yang palsu . betul kali ni tak tipu ! ular tu stady je aq tengok mungkin sebab dah kenyang kut thats why dia tak banyak bergerak . geram aq tengok cam nak picit2 je ular tu . member aq yang lain dah cabut dulu tengok aq pegang ular . haha . tapi yang tak bestnya orang tu kasi pegang sekejap je kalut dia nak ambik . dah la aq bayar nak tangkap gambar ngan ular tu  baru je sekeping tangkap dah kalut nak ambik dari aq . tapi mujur r kawan aq sempat ambik beberapa keping lagi . eeeeee rasa cam nak cekik je org tu . haha . tapi rasa puas dapat pegang ular tu even kecik kalau besar lagi best pegang kan ? .

    dah habis lawat satu sekolah pe lagi balik la . aq pun dah penat menjelajah satu sekolah tu . jumpa ngan cikgu semua pun dah kira seronok . dapat lepaskan rindu kat sekolah rendah . ok dah sampai situ je tak mau cite panjang2 nanti bosan. sebelum tu aq nak titipkan beberapa gambar sikit sebagai memori . eceh ! !




       dah tu je tak mau banyak2 nanti luak . pissss : *gambar ni aq cilok kt fb nadzirah. haha .



gotcha!!

Tuesday, May 17, 2011

exam fever

assalamualaikum,,

        wahhh lama gak aq tak menulis kat blog ni..rasa cam bertahun lak (lebih2 sdh). this week and next week aq exam. argghhh..stress tul aq kena hadap buku je. ni pun aq curi masa nak update kalu tak cermin mata aq tambah power ag r nampaknya. last week exam bm and bi. pergghhh!!! nasib baik aq boleh jawab kalu tak terbongkang la aq kat situ. dah la mid year exam. maunye kena wat elok2 kalau tak siap la muka malu. dah la result mid year ni mak bapak kena ambik kat sekolah. mesti r aq akan malu kalau dpt result teruk. makcik-makcik mesti akan tanya "anak dapat nombor berapa?" fuhh...sebok je nak tau result org ! ! haha makcik jgn marah ^ _^ kan malu kalau aq dapt result teruk..

       semalam exam biologi..mak nenek (harap mak n nenek x tersedak) punya la susah nak mampusssshhh !! rasa mcm nk bako je kertas tu (kito bako je!) expecially paper 2 & 3. macam orang gila aq nak menjawabnya. paper 2 ok lagi depan-depan tu tapi bila masuk yang belakang setengah jam aq termenung cuba refresh balik apa yang aq belajar tapi hampeh satu pun tak lekat. dia lalu je kat otak aq tapi tak berhenti langsung untuk aq ingat kembali. (nampaknya kena buat trafic light ni kat dlm oth supaya berhenti) aq mula nak menguap bila dah tak dapat jawab. termenung punya termenung dengan lafaz bismillah n tawakalnya aq tulis apa yang terlintas kat kepala otak aq. betul salah aq dah tak kisah asal aq tak tinggal tempat kosong . habis cerita.

      paper 3 pulak tak yah cakap r ! rasa cam nak koyak, bakar and abu dia letak dalam jamban pastu press kasi lenyap dalam dunia ni. yang soalan satu tu aq stady lagi masuk soalan dua dia suruh aq kasi eksperimen. naik terkoyak kepala otak aq kena cari idea. dah la bagi yang tah apa-apa. bagi maklumat sikit je nak suruh aq wat eksperimen. dah la eksperimen tu aq tak belajar lagi (tak silah aq) memang aq tak leh nak buat r..tu pun aq banyak yang tinggal. apaapa pun aq still tak dpt nk jwb sedih yg teramat sgt T__T memang betul pun senior2 terdahulu cakap bio ni susah..waaaa T____T..
   
    kepada cikgu, saya mentak maaf kalau jawapan saya macam jawapan budak tadika baru nak belajar. saya tak tau la apa yang cikgu kasi tu. saya langsung tak faham. macam kejutan budaya je bila tengok paper tu. dah la sebelum-sebelum ni saya tak penah buat tiba-tiba cikgu kasi soalan cam tu. memang saya tarik diri la. MAAF cikgu. next time saya akan wat elok2. sorry. ! 

     esok exam math.hopefully aq dapat jawab and dapat buat yang terbaik. hopefully math tak susah. amin..



gotcha!!!
   

Tuesday, May 10, 2011

i will come back with my story.. please wait for me ! ! !